Sunday, July 31, 2011

Salam 1 Ramadhan

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Salam satu Ramadhan, akhirnya bulan penuh barakah sampai jua. Rasa tenang, rasa bertenga, rasa sangat mengebu-gebu. Insya-Allah saya perlu merangka dan mengubah sedikit jadual penulisan. Sudah masuk bulan ke lapan 2011, fasa seterusnya, perlu memecut menyiapkan mana yang tertinggal perlu dikejar semula.

Rasa agak lapang kerana kerja rumah sudah banyak disiapkan, jadi saya boleh fokus untuk menulis semula selepas banyak minggu ada sahaja urusan bersifat luar biasa datang. Insya-Allah semoga keberkatan Ramadhan ini sama-sama kita isi dengan banyak agenda yang lebih bermanfaat.

Salam ramadhan buat semua

http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, July 30, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Teks; http://www.masayuahmad.com/

Ramadhan datang lagi, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat pembaca budiman. Mohon maaf zahir dan batin, semoga ramadhan kali ini mampu memberi perubahan yang besar dan momentum yang lebih baik rohani dan jasmani.

Hari ini sudah 31 Julai 2011, alhamdulillah tinggal sedikit sahaja lagi misi mengemas rumah. Tidak perlu tunggu sambut raya baru kemas, ye tak. Beberapa ruang lagi dan beberapa kotak perlu saya selesaikan, selain rutin biasa menjaga anak-anak.

Petang ini mahu menyusun semula jadual penulisan. Insya-Allah.

http://www.janawangdirumah.com/

Friday, July 29, 2011

Jimat masa dan jimat tenaga sempena Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Selamat menyambut Ramadhan bulan penuh keberkatan. Alhamdulillah ada juga masa saya bersiaran kembali di sini. Seminggu berada di rumah ayah, menyelesaikan beberapa perkara, juga masa untuk berehat. Saya panggil lagi sekali Kak Lah tukang urut.

Semalam sudah kembali ke rumah mertua, berdikit-dikit saya mengemas, menyelesaikan 'gunung everest' dek kerana jadual ulang alik Kota Bharu dan Bachok.

Tengahari ini berjaya juga siapkan sup sayur, perut cicah air asam, ikan goreng dan nasi putih, alhamdulillah. Untuk anak-anak menjelang bulan puasa, saya sudah mengingatkan Hakim, Arif dan Aiman, bahawa saya akan kejutkan sahur jam 5, banyak kali juga saya bagi penerangan. Boleh mula sahur bersama ibu, ayah, atuk dan mok. Bangun dan tidur semula.

Jika ditanyan

"Puasa tu apa bang?"

"Puasa tu, kita tak boleh makan, tak boleh minum dari pagi sampai petang,"

Saya kira berterima kasih kepada cerita upin dan ipin yang memudahkan pemahaman kanak-kanak dan sudah tentu memudahkan kerja ibu super sibuk seperti saya.

Kita boleh tambah lagi, bangun sahur, makan bersama-sama.

Hari ini Hakim demam, leher dan telinganya bengkak.

"Itulah abang, kalau ibu pesan lain kalin abang terus dengar, tengok sekarang telinga abang dan makin besar sebab tak nak dengar cakap ibu,"

"Ya la bu," jawab Hakim akur.

"Berapa kali ibu nak cakap?"

"Sekali," sambil mengangkat satu jari. Faham selepas ini perlu patuh dan dengar nasihat ibu, nanti telingat besar lagi ;D.


Banyak mahu bicara, tetapi 'kerja memangil-manggil pula', nanti saya sambung lagi ;D

Monday, July 25, 2011

Hari ini dalam sejarah 26 Julai, hadiah buat Ayah

Teks; http://www.masayuahmad.com/


Allahuakbar, Allah Maha Besar. Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki.

Saya mahu rakamkan ini sebagai satu hari yang perlu diingati, 26 Julai 2011, berita membahagiakan hati dan perasan lebih kurang jam 8.40 malam. Deringan telefon, ayah menyatakan rasa sukacita atas rezeki Allah yang tidak terduga.

Terima kasih Ya Allah, kerana memakbulkan doa saya, juga doa adik beradik yang lain. Merancang dan jalannya lebih baik sudah ditentukan Allah yang maha pemurah. Inilah 'hadiah' yang paling bermakna buat ayah sempena kedatang ramadhan kali ini. Ia sangat bermakna, buat ayah, buat saya dan adik beradik yang lain.

Moganya segala urusan dipermudahkan. Insya-Allah.

Maha suci Allah yang sentia mendengar dan memakbulkan doa hambanya.

Sunday, July 24, 2011

Bangkit, jangan malas-malas

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Salam pagi Selasa bersamaan 25 Julai 2011, saya sudah kembali ke rumah mertua, malam kelmarin perlu pulang ke rumah ayah kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi nafas dan dipinjamkan lagi nyawa untuk menyelesaikan amanah.

Aduhai senarai kerja saya seperti tidak mahu surut-surut, untuk minggu ini saya cuba untuk lunaskan secepat mungkin. Sekiranya ada urusan lain yang datang, saya perlu menggantikannya dengan jam kerja lebih masa, atau pecutan awal menyiapkan lebih awal sebelum tarikh yang ditetapkan.

Saya mahu tenaga kuasa kuda, mahu selesaikan lebih banyak marathon. Masayu Ahmad siap sedia untuk memecut ;D.

http://www.janawangdirumah.com/

Tuesday, July 19, 2011

Nasi berlauk, teh o panas

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang pembaca budiman, sekarang ini jam 10.01, bersamaan 20 Julai 2011, sudah tentu kalian sudah melepasi waktu puncak pagi, menghantar anak-anak ke sekolah, murseri. Saya pagi ini alhamdulillah, dari jam 4 pagi masih segar hingga kini. Arissa bangu sekejap-sekejap menemani ibu selesaikan kerja. Pakaian sudah dijemuran, sarapan hari ini nasi berlauk dan teh o panas.

Tengahari ini mungkin masak sup tulang pula. Minggu ini agak padat jadual, menerima email editor, mahu menambah beberapa bahan. Insya-Allah separuh sudah selesai, saya masih menyunting 16 muka surat lagi iaitu bersamaan 1 bab. Saya suka dikejar begini, cepat pula siap. Kalau tak suka main-main walaupun sudah ada susunan jadual kerja.

Hari ini ada sedikit urusan di luar begitu juga esok hari, semoga saya dipermudahkan. Walau di mana sahaja berada, rezeki ada di mana-mana, asal sahaja kita pandai mencari peluang dan berusaha.

Salam kasih sayang, semoga hari ini lebih baik daripada semalam

http://www.janawangdirumah.com/

Monday, July 18, 2011

Masak tempoyak ikan patin, ikan kering gelama, siap!

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, sekarang jam 1.56 tengahari bersamaan 19 Julai 2011. Hari ini saya sudah siap masak seawal jam 12 tengahari, berdesup tiga masakan mudah siap. Sebaba lagi tempoyak, saya sampaikan pada mertua boleh beli ikan patin kalau mahu masak ikan patin tempoyak.

Memang ya, dia beli, sebabnya memang dia suka masakan ini. Mertua suka masakan masam-masam, berkuah, jadinya antara menu yang boleh dikira disukainya tomyam, patin masak tempoyak, sup tulang dan apa sahaja jenis kerabu selalunya buat kerabu timun lah. Saya suka tengok dia makan bertambah, usai petang jika lapar lagi dia makan lagi. Hehe, suka saya kalau masakan saya diterima.

Kalau ayah lebih suka bersantan-santan, tapi apa yang Allah berikan kepada ayah adalah kesihatan yang baik iaitu berat ideal dan tiada penyakit kronik lain seperti sesetengah warga emas lain. Terima kasih Ya Allah. Menu ayah suka selalunya masakan berlemak, seperti gulai masak lemak, sayur lemak terung, bersama ikan goreng itu sahaja. Mudah kan, tetapi memang sukar menawan selera dia, kalau dia bertambah alhamdulillah. Tetapi ayah memang makan gaya hidup sihat, dia makan sekadarnya walau bertambah, tambahnya tidak banyak. Suka aktif ke sana sini, walaupun sakit lutut. Saya ada satu ceramah disampaikan oleh ustaz melalui radio, katanya orang yang suka bersedekah, tidak akan mendapat sakit kronik. Inilah yang saya katakan rezeki buat ayah, badannya sihat selalu. Demam tu biasalah, demam sunyi orang tua.

Sifatnya suka bersedekah, itulah yang membuatkan dia sihat. Selalunya bulan puasa antara majlis wajib diadakan menjamu orang berbuka puasa. Mesti buat ketika arwah emak ada, jika rezeki murah maka ramailah orang kampung dijemput. Itu antara memori yang selalu tersemat di fikiran saya.

Jika saudara mara datang berkunjung, sudah menjadi 'perkara rutin pula' mesti makan tengahari. Arwah emak memang sedia maklum. Apa sahaja lauk yang ada di dapur akan dimasak. Selalunya masakan kampung, ditambah pula rasa keikhlasan, itulah yang menjadi penyedap rasa masakan.

Oh, saya sudah melalut. Hari ini tidak perlu jemput Hakim, ada email dari editor saya perlu menghantar bahan segera, iaitu bahan tambahan untuk salah satu manuskrip. Saya mahu selesaikan sekarang. Salam kasih sayang, selamat menjamu selera.

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, July 17, 2011

Mendaki dan mendaki

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Alhamdulillah untuk hari ini, jam sekarang sudah 8.36, jemur kain ada satu raga lagi, lipat kain sudah, masak sarapan pun sudah. Semak semula tugasa hari ini. Ya-ya minggu ini saya agak kelam kabut sedikit, banyak urusan yang terkendala, disebabkan beberapa kejadian penting. Kadang-kadang ia datag tanpa diundang, tetapi tenang-tenang sahaja menghadapinya.

Insya-Allah, bagi yang belum memiliki buku Jana Rm Dari Rumah, stok di tangan saya sudah tidak banyak, jadi boleh kalian segera mendapatkannnya. Saya perlu marathon menyelesaikan beberapa tugasan penting yang diminta editor, harapnya editor sabar menanti. Mahu siapkan hari ini juga.

Hari inilah baru saya dapat melepaskan lelah sebentar. Sekarang mahu teruskan menyiapkan tugasan yang tertangguh. Saya perlu bekejar masa, walaupun ada beberapa masalah kecil, hanya positif sahaja untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Itulah kita manusia, sentiasa ada kelemahan, tetapi perlu sentiasa membuat penambahbaikan dalam apa sahaja yang diusahakan.

Jika ada kekurangan dari pihak saya, bermohon maaf sekali lagi. Hanya Allah jua yang terbaik.

Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, July 16, 2011

Teh panas pembakar semangat

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam hari Ahad bersamaan 8.52 pagi 17 Julai 2011. Saya sudah kembali ke Kota Bharu setelah lima hari di Bachok. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Apa yang tidak lancar ialah beberapa urusan penulisan tergendala. Hari ini saya perlu fokus menyiapkan kerja-kerja penulisan.

Kanak-kanak riang masih nyenyak tidur, kecuali Hakim sudah ke sekolah. Selama berada di rumah ayah, saya mengambil kesempatan mengurut badan. Urutan tradisional di sini masih murah dan berbaloi-baloi. Satu jam hanya RM20, tetapi saya tambah lagi RM5 menjadikan RM25. Satu badan terkena sentuhan Kak Lah, aduhai memang enak, rasa mahu tertidur-tidur. Biasanya dia sangat sibuk, perlu pesan dahulu. Saya suka kalau diurut waktu pagi, kerana tenaga tukang urut masih lagi bertenaga.

Jam 8 pagi Kak Lah seperti biasa, sudah datang ke rumah. Saya sudah selesai membeli sarapan dan memang sudah ternanti-nanti dengan tidak sabar. Terasa ringan satu badan, tetapi saya masih ketagih lagi. Banyak betul angin di sana sini, perlu dikeluarkan dari badan ;D.

Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/

Wednesday, July 13, 2011

Iktibar kematian

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, selamat menjalan tugas. Beberapa hari ini tiada kesempatan untuk menjengah di sini. Saya kini berada di kampung ayah, kerana kematian bapa saudara, malam kelmarin. Semalam adalah tahlil hari pertama. Mungkin di sini untuk beberapa hari lagi. Alhamdulillah semua sudah selesai. Selepas beberapa bulan, sakit kanser tahap 4, itupun setelah pergi ke hospital. Itu adalah sebab musabab, kerana ajal semakin mendekat. Dalam dua minggu juga arwah tenat, ayah saya ketika arwah di hospital, sentiasa sahaja ke sana. Itulah khidmat adik kepada abang. Kami memanggilnya Pok Ngoh, dia adalah abang yang agak rapat.

Ketika di rumah, arwah sudah tenat, ketika saya menziarah di rumah, mensedekahkan yasin, baca dan baca. Itu sahaja khidmat saya kira semoga dipermudahkan dan doa saya sampai. Ayah siang dan malam berada di rumah pok ngoh. Tidak henti-henti membisikkan khalimah syahadah, agak pok ngoh tidak lalai dalam hari-hari terakhirnya. Malam hari juga ayah menemani pok ngoh, pulang ke rumah jam lima pagi.

Hari ini ayah mahu ziarah abangnya di Terengganu, kebetulan adik lelaki pulang semalam. Menunaikan hasrat ayah. Itulah keisitimewaan ayah, kalau soal hubungan silaturrahim dia memang suka menziarah, saudara mara, apatah lagi adik beradik. Seorang demi seorang orang-orang paling rapat dan disayanginya pergi ke rahmatullah. Juga kata-katanya yang melekat di hati saya.

"Seorang demi seorang pergi, tunggu giliran sahaja siapa yang pergi dahulu,"

Sangat dalam maksud yang disampaikan. Walau ia ayat-ayat biasa sahaja, ia boleh difahami daripada banyak aspek.

Sebagai anak, itu isyarat bahawa ayah saya sudah tua, saya perlu melayan apa sahaja hajatnya, tidak menderhaka, berbakti sehingga hujung nyawa, juga apabila berpindah alam.

Saya doakan Allah permudahkan beberapa lagi permintaan ayah. Semoga saya mampu melaksanakannya. Cepat atau lambat itu adalah kuasa Allah. Apa yang penting memastikan ayah tidak sunyi dan kebajikannya terjaga. Terima kasih Allah kerana memberi rezeki dan peluang saya pulang dan berada di Kelantan, salah satu tujuannya kerana ayah. Juga kerana mahu membantu suami, menjaga mertua. Mereka memerlukan kami. Jika bukan kami yang melakukannya, siapa lagi. 10 anak belum tentu menjaga orang tua, tetapi orang tua sepasang suami isteri memang dah tentu mampu menjaga 12 orang anak sekalipun.

Iktibar daripada tidak sempat pulang semasa arwah emak dahulu, saya tidak mahu berulang lagi. Saya sempat menatap wajah sudah tiada nafas. Memnba yasin, memandikan, mengkafan, melihat badan mayat diturunkan ke liang lahad. Berdoa dan terus berdoa semoga arwah emak dicucuri rahmat. Al-fatihah buat Rakiah Daud dan Yahya Awang Lah. Ya Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka, ampunia  segala dosa-dosa permudahkanlah laluan mereka. Ringankan azab, jauhkanlah siksaan api neraka. Al-fatihah.

http://www.janawangdirumah.com/

Tuesday, July 12, 2011

Kari ikan, terung rebus cicah budu

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, jam sekarang 3.28 bersamaan 12 Julai 2011. Barulah saya boleh melepaskan lelah, jam 2.45 jemput Hakim dari sekolah, kemudian baru makan tengahari.

Banyak lauk hari ini sampai saya tidak tahu masak apa. Ada udang, daging, tenggiri dan bawal. Sayur terung, kobis, tomato dan bendi. Jadi fikir punya fikir, masak sahaja kari bawal, campur bendi dan tomato. Terung saya rebus buat ulam cicah dengan budu yang diperah asam dan diletak cili padi. Itu menu tengahari. Keluntung kelentang di dapur, sambil intai Arissa menangis atau tidak. Arissa sekarang tidak mahu ditinggalkan seorang diri. Mujur abang Arif ada temankan.

Terima kasih kepada yang sudi membeli Jana Rm Dari Rumah, sebab tadi ada yang order buku. Jadi mata saya terus buntang mahu selesaikan sikit sahaja lagi manuskrip. Rugi jika tidur, baik sambung kerja. Malam ini kan boleh tidur lagi. Saya pujuk hati agar lebih keras menolak cabaran bantal. Tambah pula badan rasa letih, kipas mendayu-dayu member rasa angin nyaman, suasana pula sunyi petang hari.

Klik di sini http://www.janawangdirumah.com/ untuk beli ebook panduan bekerja di rumah untuk wanita. Lelaki juga boleh beli. ;D

Monday, July 11, 2011

Tempahan Jana RM Dari Rumah dibuka!

Saya bermohon maaf kerana ada email yang bertanyakan buku ini, berada di kategori 'spam'. Stok di tangan saya masih ada. Jadi tempahan buku Jana RM Dari Rumah, dibuka semula!

Dapatkan terus daripada saya ya: Klik pautan di bawah untuk menempah buku Jana RM Dari Rumah,

http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

Trek pendek, trek panjang

Teks: Masayu Ahmad

Apa itu trek pendek, trek panjang. Saya suka berkias-kiaskan. Insya-Allah apabila 'trek pendek' sudah hampir mahu terbit baru saya hebah-hebah, selagi ia belum ada lay out dan cover, selagi itulah saya berkias-kias.

Alhamdulillah trek pendek pagi ini sangat lancar proses penyuntingan. Banyak kali tersangkut-sangkut perjalanannya. Ada kala jalan berlubang saya mengelak, ada kala hari hujan, saya mencari tempat berteduh. Hari ini jam 8.22 pagi bersamaan 12 Julai 2011, Allah telah memudahkan hati dan momentum saya. Sudah 95% selesai. Mahu selesaikan 5 peratus lagi, proses ulang baca, sunting, ulang baca, sunting, buang, tambah, bagi mencantikkan lagi manuskrip. Insya-Allah sebelum jam 10 pagi saya mahu emailkan ia kepada editor.

Selepas jam 10 hingga 12 tengahari, saya mahu sambung pula trek panjang. Semalam, Arissa jurang sihat, banyak kali dia menangis, tidak mahu tidur. Rupanya dia mahu membuang, agaknya perut sudah selesa. Selesai 'membuang' saya mandikan, sapu minyak ubat yuyi cap limau, sapu bedak, tukar baju. Arissa kembali selesa dan kembali tidur dengan nyenyak dalam buai.

Saya sudah bekerja dari rumah kalian bila lagi?

Baca ebook http://www.janawangdirumah.com/ sebagai persediaan asas untuk bermula. Dapatkannya, sebelum harga dinaikkan. ;D

Yang dikejar dapat yang dikendong tak tercicir ;D

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Sangat penting kita tidak melihat pandangan orang lain sebagai menutup segala idea yang kita miliki. Saya suka melihat apa-apa perkara sekalipun dari sudut positif. Ya positif.

Yang dikejar dapat yang dikendong tak tercicir (asalnya yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir), buat apa kejar perkara yang sah-sah tak dapat, jadi usahakanlah perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Orang tamak selalu untung

Saya selalu pegang kata-kata di atas. Saya tamak membaca mana-mana informasi yang berkaitan perkara yang sedang saya tulis. Saya tamak untuk membawa kisah-kisah kejayaan luar biasa. Saya tamak untuk menulis, menulis, menulis.

Saya tamak dan memang tamak, agar saya bekerja dengan kelajuan yang lebih pantas. Saya rugi apabila tidak menggunakan masa sebaiknya. Saya rugi apabila anak-anak sudah tidur saya perlu bangun sepantas kilat untuk menyelsaikan kerja.

Bersambung: Aiman mahu air oren ;D

Sunday, July 10, 2011

Persediaan asas bekerja dari rumah

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Buku Jana RM Dari Rumah
Muka surat 97


Persediaan bekerja di rumah

Jangan percaya janji-janji bahawa anda boleh membuat banyak wang dengan mudah dengan bekerja di rumah. Kalau itu benar kita semuak akan melakukannya! Pejabat yang beroperasi di rumah memerlukan pengalaman, kemahiran dan jaringan yang membantu. Manakala bagi bisne syang baru bermula memerlukan sasaran pelanggan yang tepat, kemahiran penjualan yang baik, kerja keras, pelaburan, peralatan dan kelengkapan yang lengkap.

Tahu dan kuasi pasaan pekerjaan yang anda lakukan

Setiap bidang sudah ada potensi untuk dilakukan di rumah. Pendidikan, kesihatan, kecantikan, komputer, pengurusan atau apa sahaja. Terokai, selidik dan cari peluang yang sesuai dengan pendidikan, pengalaman dan minat.

http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, July 9, 2011

Surirumah yang disayangi Allah

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, hari ini kalian mungkin sedang berhujung minggu. Saya di Kelantan, sudah memulakan hari bekerj. Alhamdulillah atas nikmat hari ini. Arissa sudah kebah demam, saya sudah mulai marathon seperti biasa. Terima kasih buat pembeli ebook http://www.janawangdirumah.com/.

Juga tempahan Jana RM Dari Rumah. Saya sedang menyelesaikan manuskrip bulan Julai dan juga penyuntingan beberapa manuskrip lagi sebelum dihantar. Itulah rutinnya.

Saya ingin berkongsi apa lagi pilihan sebagai muslimah yang memilih untuk bekerja dari rumah.

1. Berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, bukanlah satu bebanan, tetapi ia juga satu lagi ibadah kerana kita bekerja dengan Allah. Mungkin rezeki itu tidak nampak dari segi wang ringgit. Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anak-anak, juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenar-benar majikan

2. Ada yang cukup risau apabila tidak bekerja, tiada lagi pilihan untuk berbelanja sesuka hati wang sendiri, juga mahu memakai apa sahaja yang diigini.

3. Pilihan berada di rumah bukanlah bergelar suri rumah semata-mata, tetapi kita boleh mencari peluang untuk menjana pendapatan. Pilihan sama ada menjual produk fizikal atau digital. Carilah sumber, seminar, mana-mana peluang yang boleh kita ambil ilmunya dan mula berusaha ke arah tersebut.

4. Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat bekerja dari rumah sepenuh masa, tetapi ia terpulang kepada pandangan masing-masing, apa matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam kehidupan. Kehidupan bukan kekal di sini, asas pendirian inilah yang membawa apa hala tuju kehidupan kita yang sebenar.

http://www.janawangdirumah.com/

Friday, July 8, 2011

Sudah Sabtu

Teks : http://www.masayuahmad.com/


Salam kasih sayang, hari ini bersamaan 9 Julai 2011. Arissa demam semalam dan hari ini, namun begitu  dia masih dapat tidur lena dan tidak merengek-rengeh. Sangat baik anak ibu. Sekarang sudah lena kembali di dalam buaian. Boleh saya sambung semula menulis.

Hari ini mahu keluar sebentar ke bandar, harapnya Arissa sudah kebah menjelang petang. Jika sempat mahu menziarah bapa saudara sekali lagi.


Saya ingin kongsikan tip dalam buku Jana RM Dari Rumah muka surat 219-220.

Cabaran sebagai penyelesai masalah

  • Mengautr Jam kerja secara tetap

Tetapkan peruntukan masa harian jam kerja. Anda boleh mentapkan berapa jam untuk fokus menyelesaikan dan menguruskan operasi harian. Gunakan Jadual Tempoh 4 Masa yang disarankan pada bab 9.

  •  Sokongan dan kritikan memantapkan motivasi
Anda masih memerlukan sokongan, kritikan dan pandangan. Jangan mudah marah atau kecil hati jika ada yang memberikan kritikan yang tidak munasabah. Anda perlu membuat analisa kepada setiap kritikan yang diterima. Lakukanlah perubahan jika menerima kritikan yang bernas. Jangan sesekali patah semangat jika menerima kritikan yang menyakitkan hati.

Dapatkan ebook http://www.janawangdirumah.com/, sebagai permulaan dan bacaan asas untuk persediaan bekerja dari rumah. Lakukan dari sekarang sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Thursday, July 7, 2011

Jumaat yang segar

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Terima kasih Allah atas anugerah hari ini, nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang, nikmat ketenangan. Alhamdulillah, pagi ini berjalan lancar. Semalam kononya mahu berjaga, tetapi tidak pula, sambil mendodoikan Arissa dengan saya sekali lelap sama.

Hati lapang raga kain sudah kosong, hati senang semua kain sudah berlipat, hati riang rumah sudah kemas, hati seronok anak-anak semua sudah berbau harum, kecuali abang Aiman seorang lambat mandi pagi.

Jadi, mari Masayu Ahmad, kita selesaikan satu persatu 'to do list' untuk hari ini. Selesaikan hari ini juga! Jangan bertanguh lagi.

Saya ingin berkongsi kata-kata peransang Dr. Irfan Khairi dalam bukunya, Nota Jutawan Nota Motovasi

Kejayaan demi kejayaan

Pernah dengar isitilah 'Success breeds succes"? Ia bermaksud, apabila anda berjaya, kejayaan yang akan datang adalah lebh mudah.

Kejayaan yang pertama adalah paling sukar, tetapi, sekali anda mencapai kejayaan dan matlamat anda yang pertama, kejayaan yang akan datang menjadi lebih mudah untuk dicapai.

Ini terjadi kepada setiap orang yang berjaya. Apabila berada di atas, ditambahkan dengan usaha, kejayaan yang seterusnya menjadi lebih mudah.

Santai petang Jumaat, khabar gumbira ;D

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Alhamdulillah, sujud syukur. Apabila ada email daripada editor, maksudnya ia adalah berkaitan perkembangan manuskrip saya. Salah satunya, sedang dalam proses penyuntingan, maksudnya ia sudah masuk dalam senarai untuk diterbitkan. Alhamdulillah.


Wahai orang kampung, saya sangat ceria hari ini. 'Gunung Everest' sudah berjaya saya sudahkan. Tinggal lagi separuh untuk dilipat. Malam ini marathon membuat sedikit bahan tambahan, dan ada juga beberapa naskah lagi yang perlu dihantar. Moganya malam ini tenang, kerana hujan hampir turun sebentar lagi di sini.

Sujud syukur. Alhamdulillah, tiada perasaan setenang dan rasa sukacita. Selepas demam dan kepenatan beberapa hari ini, inilah rezeki saya yang Allah mahu khabarkan. Bertenang Masayu Ahmad. Mari semak semula senarai kerja. Ya, memang bersusun-susun lagi yang sedang menyahut. Justeru, disebabkan semangat sedang berkobar saya mahu masak, suapkan Arissa dan mandikan, saya mandi, solat, sujud syukur, lepas tu sambung semula marathon malam ini.

Terima kasih pembaca budiman.

http://www.janawangdirumah.com/

Sesuai untuk sesiapa sahaja- Khairul Fadli

Sumber:http://khairulfadhli.com/2011/07/07/ulasan-buku-jana-rm-dari-rumah-oleh-masayu-ahmad/

Assalamualaikum & Salam sejahtera,


Akhir-akhir ni, semakin ramai yang bertanya kepada saya tentang cara-cara memulakan bisnes dari rumah, langkah-langkah yang harus diambil, tips-tips pemasaran online dan sebagainya. Sebagai seorang yang suka berkongsi apa jua ilmu yang diperolehi, saya rasa amat bertangunggjawab untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bidang ni.

Beberapa hari lepas, Allah telah membuka jalan untuk saya berkenalan dengan penulis, Masayu Ahmad. Beliau merupakan penulis buku yang bertajuk “Jana RM Dari Rumah”. Sebenarnya, buku ni saya beli dah lama, dari akhir tahun lepas. Sudah dibaca sekali, akan tetapi, selepas dapat berkenalan dengan penulis buku ni, saya baca lagi sekali.

Selepas membacanya, saya dapati kandungan buku ni, amat sesuai untuk sesiapa sahaja pun yang ingin memulakan bisnes dari rumah. Ia merupakan satu buku permulaan. ’1st step towards home business’. Ia bukan sahaja memberikan pembaca informasi tentang bagaimana nak mula, malahan tips-tips serta idea-idea bisnes dari rumah disertakan juga.

Boleh dikatakan buku ni amat lengkap untuk sesiapa sahaja yang sudah ada niat untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah. Buat saya yang dah 3 tahun lebih buat perniagaan sepenuh masa hanya dari rumah, tidak dapat dinafikan yang buku ni boleh dan akan membantu sesiapa sahaja.

Tapi adakah buku ni lengkap dari segi tips-tips khusus mengenai satu bidang yang ingin diceburi? Tidak sama sekali. Ini adalah kerana tips/informasi yang dikongsikan dalam buku ini lebih kepada bisnes dari rumah secara umum. Akan tetapi, walaupun secara umum, ia banyak menyentuh bisnes melalui internet.

Pada saya, asas bisnes mesti kukuh. Banyak yang gagal kerana asas tidak kukuh. Kalau sekadar ingin berbisnes kerana ingin kaya dan banyak duit, saya berani jamin, bisnes anda, kalau dapat jana pendapatan pun, tidak akan pergi jauh.

Di sini, saya ingin tekankan dari pandangan saya pula, kenapa saya berkata ianya tidak akan pergi jauh.

Pertama sekali niat mesti betul. Jangan sekali-kali jadi hamba duit. Jangan sekali-kali buat duit sebagai matlamat hidup, atau matlamat bisnes. Besar kemungkinan, kerana duit menjadi matlamat, kita akan mula fikir bagaimana nak untung lebih. Kalau berniaga nasi ayam kita akan mula kurangkan nasi, kurangkan ayam, tapi harga kita naikkan seposen. Kerana kita tahu, bila kita kurangkan nasi dan ayam, kita boleh jual kepada lebih ramai orang.

Nanti lama kelamaan, orang ramai akan dapat rasa yang nasi ayam anda terlalu mahal, atau quantity nasi terlalu sikit. Sup tawar kerana kurangkan garam (Saya tahu sihat, tapi kalau da mcm hirup air paip buat pe) dan sebagainya. Kalau anda buat kan duit sebagai matlamat utama, syaitan mula berbisik untuk menghalalkan yang haram. Da mula nak guna pelaris dan pergi jumpa bomoh. Syirik tu semua!

Jadi, macam mana agaknya nak dapatkan niat yang betul, supaya kita tidak terjerumus dalam kancah maksiat?

No. 1, kalau sebelum ni niat buat bisnes pasal nak kaya, gi ubah. Tukar kepada “Saya nak berbisnes pasal nak hantar mak & ayah saya gi haji setiap tahun” Dan niat tu mesti IKHLAS. Baru Allah akan buka jalan.

Lepas tu, da ada niat, mesti ada MINAT. Okay, tentang minat ni, saya post di lain masa. Buat masa skarang, nasihat saya, grab lah satu copy “Jana RM Dari Rumah” oleh Puan Masayu Ahmad. Lepas sudah terbuka sket minda tu, boleh cari saya pula. hehehe

Sampai sini sahaja,

Wassalam,

Wednesday, July 6, 2011

Idea bisnes bulan ramadhan

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Antara cara paling cepat dan juga mahu menimba pengalaman adalah menjelang bulan Ramadhan dan juga jualan produk untuk musim perayaan.

Saya ada beberapa pengalaman menjual kek coklat, kek buah dan kek biasa pada bulan puasa di sekolah menengah. Jualan dan sangat memberansangkan. Upah juga boleh tahan.

Mari kita lihat beberapa idea bisnes menjelangnya bulan puasa.

1. Biskut raya.

2. Jualan pasar ramadhan

3. Jualan persiapan raya

4. Tempahan baju raya

5. Kuih-muih tradisional

6. Aneka kek dan puding

7. Tempahan katering, banyak majlis kahwin di musim perayaan

Dan banyak lagi.

Tuesday, July 5, 2011

Alhamdulillah, terus gerak ke depan

Teks; http://www.masayuahmad.com/


Bismilillahirrahmanirrahim

Saya mulakan dengan yang ini: ;D

Saya sudah baca buku Jana RM dari rumah, tahniah! Pengisian yang bagus.-Zakiah Abdul Ghafar


Terima kasih buat pembeli dan pembaca budiman. Inilah pengerak semangat dan kekuatan untuk terus menulis. Terima kasih Ya Allah, tuan empunya milik jasad ini, memberikan semula anugerah kesihatan untuk melunaskan amanah untuk hari ini.

Sekarang ini jam 9.21 pagi bersamaan 6 Julai 2011. Fuh, sungguh laju masa bergerak meninggalkan saya. Arissa enak menyusu di atas riba, sambil ibu menyiapkan entri ini. Anakanda ini memang sungguh tidak mahu lepas bawah ketiak.

Saya akan teruskan kembara penulisan yang sudah tertangguh. Mahu siapkan apa yang sudah diteruskan, tiada jalan singkat untuk berjaya.

Saya mahu titipkan pesanan ini buat diri sendiri dan juga pesanan buat penulis baru yang lain. Bidang penulisan adalah sebagaimana bidang yang lain, ia penuh dengan ilmu dan kesantunan bahasa. Jangan cemarkan ia dengan budaya mahu sukses cara singkat, tiada istilah itu dalam kamus kejayaan. Permudahkan komunikasi kita dengan sesiapa sahaja yang bekerja dengan kita, insya-allah mudahlah.

Jangan berasa 'diva' ya sayang, kerana ia tidak kekal lama. Juga jangan sesekali menggunakan kemudahan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Kami yang bekerja di belakang tabir (industri penerbitan), adalah orang-orang yang sama sahaja, apabila cubit peha kiri, paha kanan terasa. Jaga kelakuan dan tingkah laku, kerana ia boleh memusnahkan karier itu sendiri. Masukkan bidang ini dengan hati bersih, suci, murnia, insya-allah pasti berjaya dengan penuh berkat.

Salam kasih sayang

Ramai yang sudah memiliki ebook http://www.janawangdirumah.com/
Anda bila lagi?

Siti Fatimah RA & Pembantu Rumah

Sumber http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/949-siti-fatimah-ra-dan-pembantu-rumah.html#.ThLERtMB4JA.facebook

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.


Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)


Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.

Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.

Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.

Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya.

Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.
Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Monday, July 4, 2011

ceritera kehidupan

Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto: Tanisaha Vasudevan

Alhamdulillah badan beransur kebah, walau masih ada sisa 20 peratus, anak tekak ada rasa sakit ketika menelan. Saya kekurangan air, mungkin. Jadi selalu minum air suam. Pantang terus ais nampaknya. Walaupun semalam terliur-liur ketika membancu jus oren untuk kanak-kanak riang. Minum juga seteguk dua, rasa oren tak apa, vitamin C.


Selesai juga saya mendobi ‘gunung everest’, berpagi-pagi di jemuran. Suasana pagi tenang, daun-daun pokok masih basah. Semalam hujan. Bunyi cengkerik menemani saya menyudahkan kain di ampaian.

Mertua sebagaimana biasa menyiapkan sarapan. Kalau saya perlu siapkan semuanya, berpeluh juga. Arissa pagi ini sangat baik, lepas menyusu tidur semula.

Jam sekarang 7.23 pagi, Hakim sedang bersiap-siap ke sekolah. Hakim sudah boleh diharap, boleh bangun sendiri, siap sendiri, mengemas beg sekolah sendiri. Alhamdulillah.

Kepala di sebelah kiri masih berdenyut, kadang-kadang menyucuk. Mungkin kali ini petanda badan, supaya tidak mahu saya stress-stres, tidur cukup, buat kerja konsisten, jangan terlalu menekan diri.

Alhamdulillah juga, jualan ebook www.janawangdirumah.com, konsisten setiap bulan, terima kasih yang sudah membeli dan membaca, menghantar email. Saya sangat terharu, juga pembeli buku yang membeli Jana RM Dari Rumah, mendapatkan ke dua-duanya. Doakan agar urusan buku-buku seterusnya dipermudahkan.

http://www.janawangdirumah.com/

Cepatlah kebah

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Alhamdulillah, petang ini 4.24 bersamaan 4 Julai 2011, badan sudah semakin kebah. Lama juga tiga hari, aduhai. Malu juga lama-lama berehat, banyak kerja rumah tertangguh, kerja 'menulis' apatah lagi. Malu hanya bangun lihat lauk sudah masak, malu kerana tidak dapat bantu mertua di dapur. Cepatlah badan sihat dengan sempurna. Insya-Allah petang ini pelan-pelan buat kerja rumah, terutama 'gunung everest'.

Tadi dalam kepenatan, saya gagahkan juga bawa ayah menziarah kematian saudara terdekat. Al-Fatihah, kita akan menyusul. Juga bapa saudara yang sedang tenat, kanser paru-paru tahap 4, kini hanya berada di rumah. Sanak saudara tidak putus-putus datang melawat. Ayah juga malam hari tidur di rumah abangnya yang sakit. Jam lima pagi baru pulang ke rumah. Hati saya ceria apabila melihat ayah ceria.

Cepatlah adik bongsu lelaki pulang dapatlah menemani ayah di rumah. Sekarang ini saya dan kakak bergilir-gilir pulang menjenguk ayah. Kami risau dalam pada masa yang sama sedang berusaha agar ayah tidak sunyi dan sentiasa menceriakan harinya. Terutama kanak-kanak riang. Rumah bising gegak gempita pun tidak mengapa, asalkan rumah lama itu sentiasa terisi kesunyiannya. Saya ibarat di sana menanti di sini menunggu, hehe, semoga dipermudahkan segalanya. Tiada sudah impian mahu duduk rumah sendiri. Tinggalkan di sini, sementara orang tua perlukan kudrat kita, Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada ayahanda dan kedua mertua. Berikanlah keberkatan kehidupan kepada mereka, permudahkanlah hidup mereka di sini dan bertambah-tambah lagi di sana.

Mengenang pula, apabila kita sudah berstatus warga emas kelak, bagaimana agaknya ya. Apa yang kita lihat itulah yang akan berlaku, apa yang kita belajar dan serap itulah yang kita dapat. Moganya saya diberi kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, juga kesabaran yang tidak pernah putus. Sabar itu penting, agar saya sabar dalam apa jua urusan, takut nanti sabar tetapi tidak ikhlas. Pabila tidak ikhlas semuanya tidak kena.

Tengahari tadi Aiman bantu saya.

Ibu: Man, Man amikkan ibu sarung kaki.
Aiman: Ni ya bu,
Ibu: Ya, ya, man tolong sarung pada kaki ibu.

Sambil bernafas singkat-singkat Aiman ambil stoking panjang berwarna hitam, cuba dimasukkan jari-jari ibu. Tidak berjaya. Aiman cuba lagi, masukkan lubang stoking dan lima jari. Berdikit-dikit, Aiman berjaya. Selepas itu dengan susah payah, Aiman tarik ke atas. Uh, uh, ah. Akhirnya, berjaya.

"Yeah, berjaya, berjaya," sambil tepuk-tepuk tangan dan badannya dioleng ke kiri dan ke kanan.

"Iman, berjaya bu,"

Saya tumpang seronok, lihat gelagat Aiman, sudahlah tidak berbaju, kepala botak dan menari-nari riang.

Saturday, July 2, 2011

Nikmat kesihatan

Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto: google


Dek kerana mahu menikmati air kelapa muda sejuk. Saya habiskan juga satu bekas minuman yang sejuk, ketika singgah di Pasar Malam Kubang Kerian. Padahnya, satu badan tidak senang urut, urat macam ditarik-tarik. Akibatnya demam dua hari, hari ini masih lagi terasa. Biasanya kita panggil 'demam urat' atau 'sakit urat'.

Ais dan kelapa muda memang berbisa. Tambahan pula wanita yang sudah melahirkan ramai anak, saya perlu betul-betul menjaga kesihatan. Semalam kerana belum makan ubat, bangun juga untuk memasak masakan tengahari, mana ada mc kan, nanti orang tua dan suami mahu makan apa pula. Masih lagi boleh, pulang ke Kota Bharu, singgah beli ubat.


Panadal extend for muschle and joint pain memang mujarab. Usai magrib sampai di rumah mertua, segera solat dan mandikan Arissa. Telan ubat dua biji, terus letakkan badan berehat. Nasib baik mertua sudah siap memasak, dalam 20 minit, saya bangun gorengkan ikan dan panaskan sup tulang, sambil melayan Aiman makan. Badan sudah tidak tertahan, segera berehat dan berehat.

Bangun pagi ini, masih keletihan, ambil lagi dua biji. Jam sekarang 9.31 pagi bersamaan 3 Julai 2011. Badan rasa makin kebah, saya mahu bercuti mendobi pakaian. Badan sudah letih bangat. Si comel Arissa tersengih-sengih bangun. Nasib baik, adik sangat baik.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin