Thursday, July 7, 2011

Jumaat yang segar

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Terima kasih Allah atas anugerah hari ini, nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang, nikmat ketenangan. Alhamdulillah, pagi ini berjalan lancar. Semalam kononya mahu berjaga, tetapi tidak pula, sambil mendodoikan Arissa dengan saya sekali lelap sama.

Hati lapang raga kain sudah kosong, hati senang semua kain sudah berlipat, hati riang rumah sudah kemas, hati seronok anak-anak semua sudah berbau harum, kecuali abang Aiman seorang lambat mandi pagi.

Jadi, mari Masayu Ahmad, kita selesaikan satu persatu 'to do list' untuk hari ini. Selesaikan hari ini juga! Jangan bertanguh lagi.

Saya ingin berkongsi kata-kata peransang Dr. Irfan Khairi dalam bukunya, Nota Jutawan Nota Motovasi

Kejayaan demi kejayaan

Pernah dengar isitilah 'Success breeds succes"? Ia bermaksud, apabila anda berjaya, kejayaan yang akan datang adalah lebh mudah.

Kejayaan yang pertama adalah paling sukar, tetapi, sekali anda mencapai kejayaan dan matlamat anda yang pertama, kejayaan yang akan datang menjadi lebih mudah untuk dicapai.

Ini terjadi kepada setiap orang yang berjaya. Apabila berada di atas, ditambahkan dengan usaha, kejayaan yang seterusnya menjadi lebih mudah.

2 comments:

zuwaidah said...

alhamdulillah, mendapat ilmu yg boleh dimanafaatkan di pagi jumaat yang segar ini. terima kasih ya

Masayu Ahmad said...

zuwaidah

salam perkenalan dari saya, semoga kesegaran Jumaat ini dimanfaatkan lagi dengan ilmu dan ama, ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin