Teks: http://www.masayuahmad.com/
Salam kasih sayang, jam sekarang 3.28 bersamaan 12 Julai 2011. Barulah saya boleh melepaskan lelah, jam 2.45 jemput Hakim dari sekolah, kemudian baru makan tengahari.
Banyak lauk hari ini sampai saya tidak tahu masak apa. Ada udang, daging, tenggiri dan bawal. Sayur terung, kobis, tomato dan bendi. Jadi fikir punya fikir, masak sahaja kari bawal, campur bendi dan tomato. Terung saya rebus buat ulam cicah dengan budu yang diperah asam dan diletak cili padi. Itu menu tengahari. Keluntung kelentang di dapur, sambil intai Arissa menangis atau tidak. Arissa sekarang tidak mahu ditinggalkan seorang diri. Mujur abang Arif ada temankan.
Terima kasih kepada yang sudi membeli Jana Rm Dari Rumah, sebab tadi ada yang order buku. Jadi mata saya terus buntang mahu selesaikan sikit sahaja lagi manuskrip. Rugi jika tidur, baik sambung kerja. Malam ini kan boleh tidur lagi. Saya pujuk hati agar lebih keras menolak cabaran bantal. Tambah pula badan rasa letih, kipas mendayu-dayu member rasa angin nyaman, suasana pula sunyi petang hari.
Klik di sini http://www.janawangdirumah.com/ untuk beli ebook panduan bekerja di rumah untuk wanita. Lelaki juga boleh beli. ;D
No comments:
Post a Comment