Teks: http://www.masayuahmad.com/
Salam kasih sayang, selamat menjalan tugas. Beberapa hari ini tiada kesempatan untuk menjengah di sini. Saya kini berada di kampung ayah, kerana kematian bapa saudara, malam kelmarin. Semalam adalah tahlil hari pertama. Mungkin di sini untuk beberapa hari lagi. Alhamdulillah semua sudah selesai. Selepas beberapa bulan, sakit kanser tahap 4, itupun setelah pergi ke hospital. Itu adalah sebab musabab, kerana ajal semakin mendekat. Dalam dua minggu juga arwah tenat, ayah saya ketika arwah di hospital, sentiasa sahaja ke sana. Itulah khidmat adik kepada abang. Kami memanggilnya Pok Ngoh, dia adalah abang yang agak rapat.
Ketika di rumah, arwah sudah tenat, ketika saya menziarah di rumah, mensedekahkan yasin, baca dan baca. Itu sahaja khidmat saya kira semoga dipermudahkan dan doa saya sampai. Ayah siang dan malam berada di rumah pok ngoh. Tidak henti-henti membisikkan khalimah syahadah, agak pok ngoh tidak lalai dalam hari-hari terakhirnya. Malam hari juga ayah menemani pok ngoh, pulang ke rumah jam lima pagi.
Hari ini ayah mahu ziarah abangnya di Terengganu, kebetulan adik lelaki pulang semalam. Menunaikan hasrat ayah. Itulah keisitimewaan ayah, kalau soal hubungan silaturrahim dia memang suka menziarah, saudara mara, apatah lagi adik beradik. Seorang demi seorang orang-orang paling rapat dan disayanginya pergi ke rahmatullah. Juga kata-katanya yang melekat di hati saya.
"Seorang demi seorang pergi, tunggu giliran sahaja siapa yang pergi dahulu,"
Sangat dalam maksud yang disampaikan. Walau ia ayat-ayat biasa sahaja, ia boleh difahami daripada banyak aspek.
Sebagai anak, itu isyarat bahawa ayah saya sudah tua, saya perlu melayan apa sahaja hajatnya, tidak menderhaka, berbakti sehingga hujung nyawa, juga apabila berpindah alam.
Saya doakan Allah permudahkan beberapa lagi permintaan ayah. Semoga saya mampu melaksanakannya. Cepat atau lambat itu adalah kuasa Allah. Apa yang penting memastikan ayah tidak sunyi dan kebajikannya terjaga. Terima kasih Allah kerana memberi rezeki dan peluang saya pulang dan berada di Kelantan, salah satu tujuannya kerana ayah. Juga kerana mahu membantu suami, menjaga mertua. Mereka memerlukan kami. Jika bukan kami yang melakukannya, siapa lagi. 10 anak belum tentu menjaga orang tua, tetapi orang tua sepasang suami isteri memang dah tentu mampu menjaga 12 orang anak sekalipun.
Iktibar daripada tidak sempat pulang semasa arwah emak dahulu, saya tidak mahu berulang lagi. Saya sempat menatap wajah sudah tiada nafas. Memnba yasin, memandikan, mengkafan, melihat badan mayat diturunkan ke liang lahad. Berdoa dan terus berdoa semoga arwah emak dicucuri rahmat. Al-fatihah buat Rakiah Daud dan Yahya Awang Lah. Ya Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka, ampunia segala dosa-dosa permudahkanlah laluan mereka. Ringankan azab, jauhkanlah siksaan api neraka. Al-fatihah.
http://www.janawangdirumah.com/
No comments:
Post a Comment