Saturday, July 16, 2011

Teh panas pembakar semangat

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam hari Ahad bersamaan 8.52 pagi 17 Julai 2011. Saya sudah kembali ke Kota Bharu setelah lima hari di Bachok. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Apa yang tidak lancar ialah beberapa urusan penulisan tergendala. Hari ini saya perlu fokus menyiapkan kerja-kerja penulisan.

Kanak-kanak riang masih nyenyak tidur, kecuali Hakim sudah ke sekolah. Selama berada di rumah ayah, saya mengambil kesempatan mengurut badan. Urutan tradisional di sini masih murah dan berbaloi-baloi. Satu jam hanya RM20, tetapi saya tambah lagi RM5 menjadikan RM25. Satu badan terkena sentuhan Kak Lah, aduhai memang enak, rasa mahu tertidur-tidur. Biasanya dia sangat sibuk, perlu pesan dahulu. Saya suka kalau diurut waktu pagi, kerana tenaga tukang urut masih lagi bertenaga.

Jam 8 pagi Kak Lah seperti biasa, sudah datang ke rumah. Saya sudah selesai membeli sarapan dan memang sudah ternanti-nanti dengan tidak sabar. Terasa ringan satu badan, tetapi saya masih ketagih lagi. Banyak betul angin di sana sini, perlu dikeluarkan dari badan ;D.

Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin