Friday, July 29, 2011

Jimat masa dan jimat tenaga sempena Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Selamat menyambut Ramadhan bulan penuh keberkatan. Alhamdulillah ada juga masa saya bersiaran kembali di sini. Seminggu berada di rumah ayah, menyelesaikan beberapa perkara, juga masa untuk berehat. Saya panggil lagi sekali Kak Lah tukang urut.

Semalam sudah kembali ke rumah mertua, berdikit-dikit saya mengemas, menyelesaikan 'gunung everest' dek kerana jadual ulang alik Kota Bharu dan Bachok.

Tengahari ini berjaya juga siapkan sup sayur, perut cicah air asam, ikan goreng dan nasi putih, alhamdulillah. Untuk anak-anak menjelang bulan puasa, saya sudah mengingatkan Hakim, Arif dan Aiman, bahawa saya akan kejutkan sahur jam 5, banyak kali juga saya bagi penerangan. Boleh mula sahur bersama ibu, ayah, atuk dan mok. Bangun dan tidur semula.

Jika ditanyan

"Puasa tu apa bang?"

"Puasa tu, kita tak boleh makan, tak boleh minum dari pagi sampai petang,"

Saya kira berterima kasih kepada cerita upin dan ipin yang memudahkan pemahaman kanak-kanak dan sudah tentu memudahkan kerja ibu super sibuk seperti saya.

Kita boleh tambah lagi, bangun sahur, makan bersama-sama.

Hari ini Hakim demam, leher dan telinganya bengkak.

"Itulah abang, kalau ibu pesan lain kalin abang terus dengar, tengok sekarang telinga abang dan makin besar sebab tak nak dengar cakap ibu,"

"Ya la bu," jawab Hakim akur.

"Berapa kali ibu nak cakap?"

"Sekali," sambil mengangkat satu jari. Faham selepas ini perlu patuh dan dengar nasihat ibu, nanti telingat besar lagi ;D.


Banyak mahu bicara, tetapi 'kerja memangil-manggil pula', nanti saya sambung lagi ;D

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin