Sumber:http://khairulfadhli.com/2011/07/07/ulasan-buku-jana-rm-dari-rumah-oleh-masayu-ahmad/
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Akhir-akhir ni, semakin ramai yang bertanya kepada saya tentang cara-cara memulakan bisnes dari rumah, langkah-langkah yang harus diambil, tips-tips pemasaran online dan sebagainya. Sebagai seorang yang suka berkongsi apa jua ilmu yang diperolehi, saya rasa amat bertangunggjawab untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bidang ni.
Beberapa hari lepas, Allah telah membuka jalan untuk saya berkenalan dengan penulis, Masayu Ahmad. Beliau merupakan penulis buku yang bertajuk “Jana RM Dari Rumah”. Sebenarnya, buku ni saya beli dah lama, dari akhir tahun lepas. Sudah dibaca sekali, akan tetapi, selepas dapat berkenalan dengan penulis buku ni, saya baca lagi sekali.
Selepas membacanya, saya dapati kandungan buku ni, amat sesuai untuk sesiapa sahaja pun yang ingin memulakan bisnes dari rumah. Ia merupakan satu buku permulaan. ’1st step towards home business’. Ia bukan sahaja memberikan pembaca informasi tentang bagaimana nak mula, malahan tips-tips serta idea-idea bisnes dari rumah disertakan juga.
Boleh dikatakan buku ni amat lengkap untuk sesiapa sahaja yang sudah ada niat untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah. Buat saya yang dah 3 tahun lebih buat perniagaan sepenuh masa hanya dari rumah, tidak dapat dinafikan yang buku ni boleh dan akan membantu sesiapa sahaja.
Tapi adakah buku ni lengkap dari segi tips-tips khusus mengenai satu bidang yang ingin diceburi? Tidak sama sekali. Ini adalah kerana tips/informasi yang dikongsikan dalam buku ini lebih kepada bisnes dari rumah secara umum. Akan tetapi, walaupun secara umum, ia banyak menyentuh bisnes melalui internet.
Pada saya, asas bisnes mesti kukuh. Banyak yang gagal kerana asas tidak kukuh. Kalau sekadar ingin berbisnes kerana ingin kaya dan banyak duit, saya berani jamin, bisnes anda, kalau dapat jana pendapatan pun, tidak akan pergi jauh.
Di sini, saya ingin tekankan dari pandangan saya pula, kenapa saya berkata ianya tidak akan pergi jauh.
Pertama sekali niat mesti betul. Jangan sekali-kali jadi hamba duit. Jangan sekali-kali buat duit sebagai matlamat hidup, atau matlamat bisnes. Besar kemungkinan, kerana duit menjadi matlamat, kita akan mula fikir bagaimana nak untung lebih. Kalau berniaga nasi ayam kita akan mula kurangkan nasi, kurangkan ayam, tapi harga kita naikkan seposen. Kerana kita tahu, bila kita kurangkan nasi dan ayam, kita boleh jual kepada lebih ramai orang.
Nanti lama kelamaan, orang ramai akan dapat rasa yang nasi ayam anda terlalu mahal, atau quantity nasi terlalu sikit. Sup tawar kerana kurangkan garam (Saya tahu sihat, tapi kalau da mcm hirup air paip buat pe) dan sebagainya. Kalau anda buat kan duit sebagai matlamat utama, syaitan mula berbisik untuk menghalalkan yang haram. Da mula nak guna pelaris dan pergi jumpa bomoh. Syirik tu semua!
Jadi, macam mana agaknya nak dapatkan niat yang betul, supaya kita tidak terjerumus dalam kancah maksiat?
No. 1, kalau sebelum ni niat buat bisnes pasal nak kaya, gi ubah. Tukar kepada “Saya nak berbisnes pasal nak hantar mak & ayah saya gi haji setiap tahun” Dan niat tu mesti IKHLAS. Baru Allah akan buka jalan.
Lepas tu, da ada niat, mesti ada MINAT. Okay, tentang minat ni, saya post di lain masa. Buat masa skarang, nasihat saya, grab lah satu copy “Jana RM Dari Rumah” oleh Puan Masayu Ahmad. Lepas sudah terbuka sket minda tu, boleh cari saya pula. hehehe
Sampai sini sahaja,
Wassalam,
No comments:
Post a Comment