Teks: http://www.masayuahmad.com/
Salam kasih sayang, sekarang jam 1.56 tengahari bersamaan 19 Julai 2011. Hari ini saya sudah siap masak seawal jam 12 tengahari, berdesup tiga masakan mudah siap. Sebaba lagi tempoyak, saya sampaikan pada mertua boleh beli ikan patin kalau mahu masak ikan patin tempoyak.
Memang ya, dia beli, sebabnya memang dia suka masakan ini. Mertua suka masakan masam-masam, berkuah, jadinya antara menu yang boleh dikira disukainya tomyam, patin masak tempoyak, sup tulang dan apa sahaja jenis kerabu selalunya buat kerabu timun lah. Saya suka tengok dia makan bertambah, usai petang jika lapar lagi dia makan lagi. Hehe, suka saya kalau masakan saya diterima.
Kalau ayah lebih suka bersantan-santan, tapi apa yang Allah berikan kepada ayah adalah kesihatan yang baik iaitu berat ideal dan tiada penyakit kronik lain seperti sesetengah warga emas lain. Terima kasih Ya Allah. Menu ayah suka selalunya masakan berlemak, seperti gulai masak lemak, sayur lemak terung, bersama ikan goreng itu sahaja. Mudah kan, tetapi memang sukar menawan selera dia, kalau dia bertambah alhamdulillah. Tetapi ayah memang makan gaya hidup sihat, dia makan sekadarnya walau bertambah, tambahnya tidak banyak. Suka aktif ke sana sini, walaupun sakit lutut. Saya ada satu ceramah disampaikan oleh ustaz melalui radio, katanya orang yang suka bersedekah, tidak akan mendapat sakit kronik. Inilah yang saya katakan rezeki buat ayah, badannya sihat selalu. Demam tu biasalah, demam sunyi orang tua.
Sifatnya suka bersedekah, itulah yang membuatkan dia sihat. Selalunya bulan puasa antara majlis wajib diadakan menjamu orang berbuka puasa. Mesti buat ketika arwah emak ada, jika rezeki murah maka ramailah orang kampung dijemput. Itu antara memori yang selalu tersemat di fikiran saya.
Jika saudara mara datang berkunjung, sudah menjadi 'perkara rutin pula' mesti makan tengahari. Arwah emak memang sedia maklum. Apa sahaja lauk yang ada di dapur akan dimasak. Selalunya masakan kampung, ditambah pula rasa keikhlasan, itulah yang menjadi penyedap rasa masakan.
Oh, saya sudah melalut. Hari ini tidak perlu jemput Hakim, ada email dari editor saya perlu menghantar bahan segera, iaitu bahan tambahan untuk salah satu manuskrip. Saya mahu selesaikan sekarang. Salam kasih sayang, selamat menjamu selera.
http://www.janawangdirumah.com/
No comments:
Post a Comment