Monday, July 4, 2011

ceritera kehidupan

Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto: Tanisaha Vasudevan

Alhamdulillah badan beransur kebah, walau masih ada sisa 20 peratus, anak tekak ada rasa sakit ketika menelan. Saya kekurangan air, mungkin. Jadi selalu minum air suam. Pantang terus ais nampaknya. Walaupun semalam terliur-liur ketika membancu jus oren untuk kanak-kanak riang. Minum juga seteguk dua, rasa oren tak apa, vitamin C.


Selesai juga saya mendobi ‘gunung everest’, berpagi-pagi di jemuran. Suasana pagi tenang, daun-daun pokok masih basah. Semalam hujan. Bunyi cengkerik menemani saya menyudahkan kain di ampaian.

Mertua sebagaimana biasa menyiapkan sarapan. Kalau saya perlu siapkan semuanya, berpeluh juga. Arissa pagi ini sangat baik, lepas menyusu tidur semula.

Jam sekarang 7.23 pagi, Hakim sedang bersiap-siap ke sekolah. Hakim sudah boleh diharap, boleh bangun sendiri, siap sendiri, mengemas beg sekolah sendiri. Alhamdulillah.

Kepala di sebelah kiri masih berdenyut, kadang-kadang menyucuk. Mungkin kali ini petanda badan, supaya tidak mahu saya stress-stres, tidur cukup, buat kerja konsisten, jangan terlalu menekan diri.

Alhamdulillah juga, jualan ebook www.janawangdirumah.com, konsisten setiap bulan, terima kasih yang sudah membeli dan membaca, menghantar email. Saya sangat terharu, juga pembeli buku yang membeli Jana RM Dari Rumah, mendapatkan ke dua-duanya. Doakan agar urusan buku-buku seterusnya dipermudahkan.

http://www.janawangdirumah.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin