Teks: http://www.masayuahmad.com/
Salam kasih sayang pembaca budiman, sekarang ini jam 10.01, bersamaan 20 Julai 2011, sudah tentu kalian sudah melepasi waktu puncak pagi, menghantar anak-anak ke sekolah, murseri. Saya pagi ini alhamdulillah, dari jam 4 pagi masih segar hingga kini. Arissa bangu sekejap-sekejap menemani ibu selesaikan kerja. Pakaian sudah dijemuran, sarapan hari ini nasi berlauk dan teh o panas.
Tengahari ini mungkin masak sup tulang pula. Minggu ini agak padat jadual, menerima email editor, mahu menambah beberapa bahan. Insya-Allah separuh sudah selesai, saya masih menyunting 16 muka surat lagi iaitu bersamaan 1 bab. Saya suka dikejar begini, cepat pula siap. Kalau tak suka main-main walaupun sudah ada susunan jadual kerja.
Hari ini ada sedikit urusan di luar begitu juga esok hari, semoga saya dipermudahkan. Walau di mana sahaja berada, rezeki ada di mana-mana, asal sahaja kita pandai mencari peluang dan berusaha.
Salam kasih sayang, semoga hari ini lebih baik daripada semalam
http://www.janawangdirumah.com/
1 comment:
sudah agak lama tidak menjenguk ke sini, hari ni byk melawat, mode utk munils melayang-layang...
malam ni, no lappy, no call hehe nak rest dengan anak-anak jer di rumah :)
dlm seminggu mesti ada 1 hari saya tidak ke mana2 hanya dirumah, buat kerja2 rumah...
bila lah agaknye tercapai cita2 utk hanya berada di rumah tapi duit masuk bermacam cara :) hehe
Post a Comment