Teks:Masayu Ahmad
Salam suri sekalian, sementara menunggu waktu berbuka, layan tv sambil tulis entri. Hari ini menu berbuka gulai ayam ala Kelantan dan ikan masak pedas. Ingatkan mahu buat puding gula hangus, susu pula tiada dalam stok, malam ini sahaja buat operasi jika rajin.
Sambutan raya tahun ini sederhana sahaja dan biasa-biasa. Sementelah pula saya perlu menyelesaikan deretan tugasan. Alhamdulillah momentum saya sudah kembali laju dan sudah berada dalam trek. Lama juga saya mandom, menulis dan tidak. Tetapi senarai tugasan tetap juga dilihat dan ditanda setiap hari. Apabila selesai satu persatu sangat suka.
Juga perancangan untuk 2011, nampaknya membuka ruang dan jalan agar saya terus berusaha gigih. Sangat-sangat suka dengan situasi sekarang. Berada dalam situasi sibuk, insya-allah sementera rezeki masih lagi memihak akan saya usahakan sungguh-sungguh.
Kehamilan memasuki bulan ke empat, saya masih belum mendapatkan rawatan sepatutnya di klinik. Insya-Allah rasanya minggu ini sudah ada ruang untuk saya membuat pemeriksaan kehamilan. Orang dalam perut sudah menendang-nendang, sangat aktif. Kesihatan juga, alhamdulillah setakat ini ok.
Selamat berbuka puasa dan salam kasih sayang.
http://www.masayuahmad.com/
No comments:
Post a Comment