Tuesday, September 21, 2010

26 minggu sudah

Teks: Masayu Ahmad

Tadi saya membuat rawatan buat pertama kali, kini sudah 26 minggu. Alhamdulillah semua ok, tiada apa-apa masalah. Juga sempat membuat satu tinjauan tempat Haki, Arif dan Aiman akan ditempatkan bermula Januari 2011. Semuanya berada dalam perancangan. Terdapat dua pilihan, sama ada ketiga-tiga berada tadika/ transit sehingga jam 6 petang. Memandangkan jadual kerja saya juga sangat padat bermula sekarang sehingga sepanujang tahun 2011.

Atau, saya hanya menghantar Hakim dan Arif sahaja, Aiman berada di rumah. Itu jika kembali mengambil pembantu. Masih dalam perkiraan dan penilaian. Banyak kerja perlu diselesaikan dengan masa berbaki 4 bulan dari sekarang sehingga sepanjang 2011.

Juga, saya bersedia bersama bayi sahaja di rumah untuk tempoh penyusuan eksklusif tanpa gangguan tiga kanak-kanak riang. Melihat akan persekitaran, bayaran, pengangkutan, kandungan pembelajaran, pemilik pusat jagaan saya sangat berpuas hati. Tinggal lagi membuat keputusan sahaja.

Lokasi bersalin juga ada dua pilihan sama ada di Hospital Ampang, atau Az-Zahra Bangi. Saya akan membuat rawatan pemeriksaan kandungan di ke dua-dua tempat. Insya-Allah. Sangat suka membuat perbandingan sebelum membuat keputusan akhir juga berdasarkan bajet, lokasi, persekitaran sokongan dan bantuan perubatan.

Selalunya saya mengalami tempoh kontraksi yang lama melebihi 12 jam atau 24 jam dan mendapatkan bantuan epidural untuk memudahkan proses bersalin. Untuk kandungan ke-4 saya membiarkan masa sahaja menentukannya. Alhamdulillah tidak ada alahan yang teruk. Juga masih berteka teki sama ada biru atau pink. Layanan juru rawat juga saya sangat berpuas hati. Memandangkan dekat sahaja lima minit daripada rumah. Memudahkan. Jangkaan penghujung Disember, namun naluri berkata biarlah Januari 2011.

Selepas rawatan bersalin saya gemar mendapatkan urutan tradisional, sauna, refleksologi dan bekam. Untuk kali ini akan mendapatkan rawatan tulang belakang. Kesihatan perlu lebih dititikberatkan memandangkan tempoh kelahiran yang agak dekat. Insya-Allah akan memilih kaedah merancang keluarga selepas bayi ke-4.

Saya akan fokus kepada karier penulisan, mahu lebih produktif menulis sama ada buku atau ebook. Juga satu lagi misi yang belum selesai, harapnya berjaya dilaksanakan sebelum bersalin, insya-Allah.

2 comments:

Wan Anie said...

elok juga dihantar ke taska yang offer playgroup utk anak2 1-3 thn macam aiesyah sekarang, belajar iqra' menulis, membaca, mewarna, menyanyi.

boleh lar mas dapatkan rehat yg cukup dengan bayi sahaja tanpa gangguan 3 kanak-kanak2 riang. Pengalaman saya berpantang dengan bayi dan 2 anak yg lain sangat memenatkan.

saya doakan yang terbaik utk mas semoga semuanya selamat.

Masayu Ahmad said...

wan

terima kasih wan atas pandangan, ya, saya bersetuju jika ke tiga2 nya tiada sepanjang berpantang, boleh rehat dan menumpukan kepada bayi

tambahan pula berpantang sendiri kali ini, insya-allah keputusan tidak akan meminggirkan kanak-kanak riang 'D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin