Saturday, October 27, 2012

Sup tulang vs daging goreng kunyit

Teks: Masayu Ahmad
Sumber foto: tanya sama pakcik google


Petang nyaman begini, memang enak kalau letak kepala di bantal yang lembut dan gebu. Udara nyaman, cuaca molek, sana sini banyak undangan makan-makan, jenuh perut. Saya tidak kemana-mana memandangkan Arissa dan Aiman masih tidak sihat. Maka, kami berada di rumah mertua sahaja. Ada beberapa undangan, tetapi kami tidak pergi. Tambahan pula esok en.suami out station, maka misi mengemas belum selesai lagi.

Itulah, beraya di sini memang meriah dengan daging, semestinya di tempat kalian juga kan. Hari raya pertama, menjelang tengahari, sekejap, bunyi hon motor, sekejap bunyi orang memberi salam. Plastik berisi daging bertukar tangan, sekejapan sahaja peti ais sudah penuh dengan daging. Sekejapan juga ada yang menjemput makan kenduri, majlis biasa pada hari raya aidil adha. Satu kampung menunya daging.

Soalan Arif menarik perhatian saya,

"Ibu, bakpo pok cik bagi daging. Semua orang beri daging."

Saya ketawa sendiri. Teringat pula kisah semasa hamil kepada Aiman, kami beraya di Kuala Lumpur, tidak pulang kerana sarat dan sudah sampai hari. Saya mahu makan daging segar korban. Maka mencarilah saya di masjid ke masjid, oh rupanya perlu kupon. Kami tidak layak. Jadi segan dan tidak mungkin saya masuk dan meminta, kerana keadaannya tidak sama di kampung ;) kalau mahu makan memang ada jamuan, tetapi saya segan kerana tidak membantu sama. Mencari pula di tepi jalan. Nasib baik ada yang menjual daging segar, itu pun bukan orang kita. Payah benar mencari ketika benar-benar mahu.

Nah, semalam tidak termakan kerana banyaknya daging. Tengahari saya masakkan daging goreng kunyit, tambah menu acar mentah (adunan timun batang dan kobis). Semua licin. Malam sebelum balik rumah mertua, saya masak lagi, usai mengemas kami berangkat pulang. Sampai di rumah mertua, tu dia, keadaan yang sama penuh dengan daging juga. Betapa mewahnya kita rakyat Malaysia, mati kerana makan. Badan juga rasa tidak sihat kerana asyik makan daging sahaja ;)

Rumah sendiri ada yang 'korban daging', adik beradik, jiran tetanttag, semua ada bahagian untuk diagihkan, jumlahnya jadi banyak apabila setiap orang memberi. Menu sup tulang, singgang, goreng kunyit dan gulai kawah, menu seminggu pada musim raya korban begini. Lembu terkorban isinya daging, manusia terkorban kerana banyaknya makan dan penyakit pula bertandang, jadi berpada-pada saat kemewahan begini. (Ingatan buat diri sendiri.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin