Saturday, October 27, 2012

Berkorban kerjaya demi keluarga-wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Majalah Mingguan Wanita, bilangan 1510, halaman 97

Sekitar empat tahun lepas, Ogos 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ia sudah lama dalam perancangan dan fikiran. Apatah lagi dorongan kuat itu salah satunya adalah kerana Hakim setiap tahun, dan dalam setahun banyak kali berulang alik dan dimasukkan wad.

Hakim adalah sebab utama saya berhenti kerjaya, bertukar haluan untuk bekerja dari rumah. Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa tersebut tentang panduan bekerja dari rumah. Yang ada adalah sumber di internet dan juga web dari negara-neraga maju yang sudahpun terkehadapan tentang bekerja dari rumah.

Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya sudah menetapkan matlamat mahu bekerja dari rumah. Selepas Hakim berterusan masuk wad, keluar masuk, saya sudah bertekad dan tidak menoleh ke belakang.

Ketika usia anak ke tiga enam bulan, saya memegang status wanita bekerja dari rumah. Pun, begitu pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah.

Juga atas dorongan diri dan usaha inilah saya memberi dan mengutip banyak info bekerja dari rumah dan mula menulis tentanya di blog dan facebook. Saya mula mempunyai rakan-rakan maya (online) yang juga mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.
Jadi saya abadikan blog ini, diari wanita bekerja dari rumah http://naufalsayang.blogspot.com/ (Panduan Bekerja Di Rumah, Wahm, Sahm, Soho)

Ia bukan sekadar catatan harian, malah juga saya berkongsi info terkini kepada wanita lain di luar sana yang ingin mencari peluang bekerja dari rumah.

Jadi pengorbanan awal saya, sebagai wanita bekerjaya, bukan sekadar pengorbanan kosong, ia adalah tambah nilai untuk keseimbangan keluarga dan kerjaya. Walau masih di rumah, saya masih punya pendapatan sendiri.

Hikmah daripada pengorbanan

Kerana dugaan anak sakit dan kerapkali ke hospital, hikmahnya saya dapat menyiapkan juga buku Jana RM Dari Rumah terbitan Grup Buku Karangkraf. Kerana ini jugalah impian saya untuk menjadi penulis sepenuh masa telah dapat direalisasikan.

Juga Kedai Buku Online yang telah menjadi idalam juga, telah beroperasi http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom.

Perkara yang paling membuatkan saya gembira, kerana dapat kembali berhijrah ke kampung tanah kelahiran. Kembali menjaga orang tua dan juga kedua mertua. Harapan saya lebih ramai yang dapat kembali bekerja dari rumah dan ia bukan sekadar berkorban kerjaya, kerana lebih banyak manfaat yang diperolehi jika kita melihat pengorbanan asal adalah titik tolak kepada matlamat yang lebih realistik.

Ini buku pertama saya



Ini pula ebook pertama masih berkisar panduan bekerja dari rumah khusus untuk wanita, lelaki pun boleh baca, boleh beli di sini www.janawangdirumah.com.

Ini pula pilihan pakej mula bisnes atau buku-buku yang sesuai jika kalian mahu dan mula merancang bekerja atau bisnes dari rumah

Pakej mula wahm, sahm, soho

Semenanjung: RM77.00+ RM10 pos (Jumlah RM87)
Sabah sarawak RM84 +RM15 (Jumlah RM99)
Bayar di sini: http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan




1 comment:

sista said...

bila baca...sedikit sebyk mcm apa yg berlaku dkt saya...salam perkenalan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin