Thursday, October 25, 2012
Alunan takbir bergema bersahutan- catatan suri di pagi indah
Allahuakbar, Allhaukbar, Allahukbar
Hening subuh disambut segar dengan alunan zikir, takbir dan tahmid. Celik mata, alhamdulillah atas rezeki nafas hari ini. Meraikan aidil adha bersama keluarga. Sehari sebelum membuat persiapan untuk mertua. Sehingga malam usai selesai mengemas di rumah mertua, saya bertolak balik pula rumah ayah.
Pagi ini masak gulai ayam kelate dan ayam goreng. Juga ketupat daun palas serunding daging. Kanak-kanak pagi ini Arif dan Hakim sudah ke masjid bersam ayah. Alhamdulillah. Cuti begini, saya tidak cuti mahu memecut menyiapkan manuskrip. Sudah banyak yang tertangguh. Insya-allah, insya-allah saya cabar diri sendiri dalam lima hari ini menyiapkan ada lima tugasan yang perlu disiapkan dalam lima hari,
Pun begitu, kedai http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom tetap beroperasi seperti biasa, tempahan diterima setiap hari 24 jam tanpa cuti. Jadi miliki buku idaman, kami akan masukkan lebih banyak judul dari penerbit terkemuka di Malaysia, Karangkraf, PTS, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan banyak lagi. Dari bacaan awal hingga kitab agama, terjemahan dan sebagainya.
Pelanggan juga boleh mengemukakan buku apa yang ingin dibeli, jika tidak ada boleh cadangkan, saya akan masukkan stok tersebut. Insya-Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment