Thursday, October 25, 2012

Sehari sebelum Aidil adha

Teks: Masayu Ahmad

Ketika ini berbondong-bondong jutaan umat manusia sedang wukuf di Arafah. Ya, Allah, jemput aku, seluruh umat Islam ke sana, ke rumah suci, sudah tidak ada peluang tahun ini. Jemputlah untuk tahun-tahun akan datang. Ya Allah permudahkan perolehan rezeki, permudahkan segala urusan, permudahkan agar dapat datang ke sana, ke makkah, ke madinah, ke tanah suci.



Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF 
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
Sumber: http://www.al-azim.com/haji/rukun_wukuf.htm
ri umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin