Thursday, June 30, 2011

Terus mendaki


Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto; Google


Sekarang ini sudah 6.36 pagi, anak-anak masih enak berselimut. Saya gemar waktu begini untuk menulis dan berkarya. Suasana sunyi diselimut damai, tenang, sesekali bunyi cengkerik menemani. Rek, rek, rek, kadangkala bunyinya pendek, kadang-kadang panjang. Angin kipas sesekali menderu ke kiri dan ke kanan. Bunti enjin kereta di jalanan juga menyapa.


Inilah nikmat ketenangan, suasanan sunyi, tenang, semuanya memberi ucapan selamat pagi. Pepohon hijau keliling rumah sudah tentu sentiasa berzikir dengan bersyukur dengan kebesaran Allah. Juga waktu pagi yang penuh produktif. Lontaran idea lebih segar, ketukan lebih lancar.

Tiada kebisingan anak-anak ketawa, menangis, bergaduh, bermanja dan bermacam lagi kerenah anak-anak.

Hari ini sudah 1 Julai 2011. Nampaknya saya sedikit terbabas dengan trek bulan lalu. Lalu saya bawakan bersama dengan tugasan baru bulan ini. Agak tebal dan banyak, tetapi saya berdikit-dikit menyelesaikannya. Waktu pagi saya akan mulakan bahagian yang sukar, agar siang hari nanti lancar sahaja proses penyuntingan. Doakan saya agar tugas dipermudahkan. Insya-Allah

Saya mengintai melalui daun pintu. Mertua masih bertelekung dan masih dengan rutinya, lebih lama lagi, kerana hari ini Jumaat.

Saya melangkah ke dapur. Menu apa ya pagi ini? Nasi semalam masih banyak, semalam juga Hakim sudah minta mahu makan bihun goreng.

Jadi ambil bawang merah bawang putih potong. Panaskan minyak letak dahulu daging biar empuk. Kemudian buka peri ais, ambil sayur. Bahan ditumbuk, daging sudah empuk. Masukkan dalam minyak panas. Datang Hakim.

"Saya sudah lapar, sedapnya bau," sambil gosok perut.

"Ibu masak bihun rupanya, terima kasih ibu. Mari saya tolong ibu," abang Hakim memang pandai bodek.

Kelentang kelentung, ada beberapa pinggan yang belum berbasuh. Hakim sapu sabun dan bilas air.
Ibu masak dua menu. Selesai bihun goreng, masak lagi nasi goreng.

Selasai! Hakim makan dua pinggan bertambah.

Tit, tit, bunyi kereta Pok Syid datang. Rutin Jumaat, mertua akan ke pasar pagi.

Jadi sekarang semua hampir selesai, Arissa sedang enak menyusu diriba, sambil ibu menyiapkan entri ini.
Kejap lagi mahu mandikan dan tidurkan semula si comel ini.

8.43 pagi
1 Julai 2011

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/


Dapatkan panduan bekerja dari rumah http://www.janawangdirumah.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin