Monday, June 20, 2011

Teh panas, hujan dan manuskrip

Teks: Masayu Ahmad


Hujan pagi atau hujang petang, ia adalah situasi yang sangat mendamaikan perasaan. Ketukan papan key board lancar, meneguk air panas berperisa daun teh. Mengalir rasa haba, enak dan tenang. Aduh, saya memang suka situasi ini. Inilah masanya, masa untuk saya. Saat Arissa sudah kenyang, sudah dimandikan dan kini lena di buaian, juga Aiman yang sudah terlena bersama pelukan dingin hujan. Hakim dan Arif yang tidak lagi menganggu. Ketukan demi ketukan, harapan agar manuskrip di tangan cepat siap dan cepat prosesnya. Cepatlah dapat diistiharkan di sini. Bertambah koleksi terbitan adalah antara usaha saya untuk memperbanyakan karya saya di pasaran.

Apa kaitan teh panas, hujan dan manuskrip.

Ia adalah dunia saya. Dunia yang cukup harmoni. Ada ketenangan di situ. Ada perjuangan yang ingin diselak. Ada kehidupan yang saya nikmati. Ada laluan di depan yang masih bertanah becah, air hujang, lebuh raya, semak, atau puncak sebuah gunung yang sedang saya daki.

Teh dan kehidupan yang memberi kehidupan. Air teh yang panas, memang sedap dihirup. Panas-panas suam. Bukan panas meletup-letup. Apabila diteguk, dapat dirasai sentuhan meresap ke seluruh badan. Tenaga bersatu, ketukan lancar. Jiwa tenang, ketukan lancar. Hujan yang damai, rezeki dan rahmat Tuhan.

Manuskrip

Manuskrip juga satu proses kehidupan, daripada satu fasa ke fasa yang lain. Setiap kali berdepan dengan tugasan baru setiap bulan. Saya akan mulakan dengan baca, baca, baca dan mula menulis.


Lakukan kerja kita, kemudian Tuhan akan tentukan rezeki itu kemudian. Jangan ditanya berapa, tetapi mohonlah seberapa yang kita mahu. Tetapi mohonlah agar ada keberkatan di situ.

Selalu saya ingatkan diri sendiri, saya bekerja untuk Tuhan, bukan untuk orang lain. Berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar orang lain turut sama tempisanya. Juga semoga bakat kurniaan ini, akan lebih mematangkan diri saya sendiri dan juga apa yang saya tulis dan sampaikan.

Biarlah ia bermanfaat. Biarlah ia sesuatu yang boleh menyumbang kepada agama dan masyarakat. Biarlah ia sebagai tanaman hari ini dan hasilnya setelah hari kebangkitan saya nanti.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin