Monday, June 13, 2011

40 minit 3 masakan serentak

Teks: Masayu

Saya marathon memasak menu, nasi putih, ikan gelama goreng, ikan kering goreng dan sayur terung masak lemak. Usai jam 11 mertua akan ke kedai membeli barang basah. Ada ikan gelama gemuk mongel, ikan siakap, sayur terung, lada hijau besar, satu plastik ikan jaket kering. Hmmm, fikir dengan laju apa menu yang menarik.

Ok, segera simpan barang di dalam peti sejuk. Basuh ikan, simpan. Siang ikan gelama kelar dan lumur kunyit dan garam yang sudah sedia ada dimesin. Biarkan sebentar. Basuh beras dan letakkan nasi, sudah di situ. Sambung kerat terung, kerat lada hijau, satukan biarkan ia. Lihat balik dalam peti, ada ikan untuk direbus. Rebus sekejap. Sambil itu ambil pula bawang merah dan lada hitam tumbuk bersama. Panaskan minyak mula goreng ikan gelama dan ikan kering, siap! Letak sayur tarung bersama lada hijau, masukkan air lebihan rebusan ikan. Tumbuk ikan, masukkan bersama bawang merah dan lada hitam. Masukkan semua bahan dalam periuk, juga santan.

Sayur lemak dan ikan digoreng serentak. Nasi biar ia masak sendiri. Kejar 40 minit berjaya. Sambil itu juga kejar Arissa sambil menyus, layan Aiman mahu minu air, nak ais pula, ketuk ais. Alhamdulillah selesai, menu hari ini giliran saya memasak tengahari. Sambung menyusu Arissa, sekarang si comel ini juga menemankan saya sambil menaip. Mahu selesaikan 16 muka surat lagi untuk tengahari ini. Selamat menjamu selera

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin