Thursday, June 16, 2011

SOHO tradisional vs SOHO moden

Teks: Masayu Ahmad


Salam pagi Jumaat, satu lagi pagi indah untuk diterokai. Kedudukan rumah ini adalah laluan utama ke Kota Bharu, jadi ia adalah antara jalan sibuk. Tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Saya bawakan contoh. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori. Jika dilihat pula pemandangan di kanan jalan, ada kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggang mangkuk, bengkel basikal.

Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini.

Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di kampung ia telah lama diamalkan. Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit dan kedai makan adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebalah rumah sahaja. Dahulu tiada isitilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan

SOHO moden

Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah, ia adalah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.

Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang  lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin