Thursday, June 30, 2011

Terus mendaki


Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto; Google


Sekarang ini sudah 6.36 pagi, anak-anak masih enak berselimut. Saya gemar waktu begini untuk menulis dan berkarya. Suasana sunyi diselimut damai, tenang, sesekali bunyi cengkerik menemani. Rek, rek, rek, kadangkala bunyinya pendek, kadang-kadang panjang. Angin kipas sesekali menderu ke kiri dan ke kanan. Bunti enjin kereta di jalanan juga menyapa.


Inilah nikmat ketenangan, suasanan sunyi, tenang, semuanya memberi ucapan selamat pagi. Pepohon hijau keliling rumah sudah tentu sentiasa berzikir dengan bersyukur dengan kebesaran Allah. Juga waktu pagi yang penuh produktif. Lontaran idea lebih segar, ketukan lebih lancar.

Tiada kebisingan anak-anak ketawa, menangis, bergaduh, bermanja dan bermacam lagi kerenah anak-anak.

Hari ini sudah 1 Julai 2011. Nampaknya saya sedikit terbabas dengan trek bulan lalu. Lalu saya bawakan bersama dengan tugasan baru bulan ini. Agak tebal dan banyak, tetapi saya berdikit-dikit menyelesaikannya. Waktu pagi saya akan mulakan bahagian yang sukar, agar siang hari nanti lancar sahaja proses penyuntingan. Doakan saya agar tugas dipermudahkan. Insya-Allah

Saya mengintai melalui daun pintu. Mertua masih bertelekung dan masih dengan rutinya, lebih lama lagi, kerana hari ini Jumaat.

Saya melangkah ke dapur. Menu apa ya pagi ini? Nasi semalam masih banyak, semalam juga Hakim sudah minta mahu makan bihun goreng.

Jadi ambil bawang merah bawang putih potong. Panaskan minyak letak dahulu daging biar empuk. Kemudian buka peri ais, ambil sayur. Bahan ditumbuk, daging sudah empuk. Masukkan dalam minyak panas. Datang Hakim.

"Saya sudah lapar, sedapnya bau," sambil gosok perut.

"Ibu masak bihun rupanya, terima kasih ibu. Mari saya tolong ibu," abang Hakim memang pandai bodek.

Kelentang kelentung, ada beberapa pinggan yang belum berbasuh. Hakim sapu sabun dan bilas air.
Ibu masak dua menu. Selesai bihun goreng, masak lagi nasi goreng.

Selasai! Hakim makan dua pinggan bertambah.

Tit, tit, bunyi kereta Pok Syid datang. Rutin Jumaat, mertua akan ke pasar pagi.

Jadi sekarang semua hampir selesai, Arissa sedang enak menyusu diriba, sambil ibu menyiapkan entri ini.
Kejap lagi mahu mandikan dan tidurkan semula si comel ini.

8.43 pagi
1 Julai 2011

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/


Dapatkan panduan bekerja dari rumah http://www.janawangdirumah.com/

Terapi buat wanita


Teks: http://www.masayuahmad.com/

Petang Khamis, maksudnya esok di sini sudah Jumaat. Lega sudah apabila melihat raga hijau berwarna hijau sudah kosong. Kain semua sudah siap dicuci. Sebahagian sudah dilipat, hanya tinggal pakaian kanak-kanak riang. Mala mini boleh sambung melipat dan menyudahkannya. Hari Jumaat tidak mahu fikir lagi tentang kain baju yang kotor.


Kadangkala ia meninggalkan ‘satu perasaan pelik’ kepada en.suami, mengapa perlu basuh pakaian setiap hari. Sedangkan pada saya, melihat pakaian kotor sudah berbasuh, berjemur, berlipat dan raga kosong adalah satu terapi. Ia terapi pada wanita.

Sudah tentu bagi wanita bekerja di luar rumah, cuti sabtu dan ahad itulah hari untuk menyudahkan gunung pakaian, atau berbakul-bakul pakaian yang sudah dicuci malam hari bersedia untuk dilipat. Memang menggeliat juga melihat pakaian yang begitu banyak.

Terapi juga bagi saya apabila melihat anak-anak sudah siap mandi berpakaian dan berbau harum.

“Hakim dan siap sabun ibu,” sambil meloncat-loncat keriangan, mandi dengan air batang paip bersumberkan air perigi. Berjujus air mandi jatuh yang melekat pada tubuh.

Ibu tahu itu loya buruk Hakim, lalu saya sekali lagi mengambil sabun dan menyapu ke seluruh badan anak sudah makin membesar. Semakin keras kepak lengan, sudah ada otot-otot yang sudah menimbul. Oh, anak ini sudah semakin membesar. Sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru melahirkan, menyuap, memandikan. Mungkin sikit masa lagi apabila sudah baligh tangan saya tidak lagi akan menyapu badan Hakim dan menemani mandi.

Rahsia air tangan

Barangkali saya akan rindukan saat sebegini. Saat waktu pagi, tengahari dan petang, memujuk dan kadangkala agak keras juga suara supaya cepat mandi.

Cuba kira berapa kali setiap hari kita memandikan anak-anak, terutama anak-anak yang masih bawah umur 7 tahun ke bawah. Jangan berpagi-pagi mengejar ‘punch card’ makanya kita membawa anak ke pusat jagaan atau pengasuh, dengan tidak bermandi. Juga rasa gembira apabila mengambil anak yang sudah mandi dan siap berpakaian malam. Tiga kali sehari pengasuh memandi dan membersihkan anak kecil kita.

Adakah hanya hujung minggu sahaja masa diperuntukkan untuk memandikan anak. Itu pun mungkin berbolak balik dengan suami, siapa yang perlu mandikan anak-anak kerana banyak urusan rumah tangga yang lain perlu diuruskan juga.


Salam kasih sayang

Dapatkan panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/ persediaan awal bekerja di rumah. Saya sudah kalian bila lagi?

Wednesday, June 29, 2011

Perjuangan diteruskan

Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto: Tanisha Vesudavan

Pejam celik-pejam celik hari ini sudah 30 Jun 2011, saya belum habis lagi mendaki, tetapi catatan masa untuk bulan ini sudah hampir tamat. Apa yang perlu saya buat? Bertenang, dan teruskan pendakian seperti biasa sehingga sampai puncak. Dan mula semula mendaki bukit yang lain. Tidak mengapa jika lambat, tetapi saya perlu selesaikan juga. Ada dua kemungkinan saya perlu pecut dan segera tamatkan larian, atau teruskan seperti biasa walaupun perlahan tetapi konsisten.

Dalam perlumbaan arnab dan kura-kura, arnab memecut dengan laju, dengan kata lain dia terlampau yakin dapat menyudahkan dengan mudah. Jadi si arnah berehat sebentar, dengan anggapan bahawa si kura-kura tidak akan berjaya.
Kura-kura tidak pernah erti putus asa, teruskan juga, walaupun perlahan-lahan ia tetap maju ke depan. Lama-kelamaan dia maju ke depan, bukan sahaja sampai, malah dapat pula mengalahkan si arnab yang bongkak dan terlalu yakin diri.
Konsisten itu perlu, usaha juga perlu, sabar dan terus bergerak juga perlu. Apa yang tidak perlu dalam kisah tauladan ini ialah jangan terlalu memandang rendah pada orang lain. Begitu juga dalam bisnes, jangan memandang enten kepada pesaing, mungkin dalam diam, pesaing sedang melakukan perkara luar biasa. Mungkin dalam tidak menunjuk-nunjuk ada satu sisi kejayaan yang akan ditempa. Nilai-nilai moral ini selalu ada dalam apa sahaja kisah tauladan, kisah insipirasi, kisah orang yang berjaya. Lalu kita sebagai orang biasa-biasa ambillah sisi positif untuk diserap masuk dalam pendakian kita.

Salam kasih sayang

Klik di sini http://www.janawangdirumah.com/ jika mahu bekerja di rumah seperti saya. Buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Tuesday, June 28, 2011

Fikiran Kusut Antara Punca Kemalangan Ke Tempat Kerja

SEPANG, 28 Jun (Bernama) -- Fikiran kusut, mengejar kad perakam waktu atau tergesa-gesa ke tempat kerja dikatakan antara punca kemalangan semasa pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.


"...Kebanyakan kemalangan berlaku pada waktu pagi antaranya kerana fikiran kusut memikirkan pelbagai tanggungjawab untuk dilaksanakan hari itu, mengejar kad perakam waktu atau lambat bertolak dari rumah," kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau melancarkan Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja Kebangsaan 2011.

Beliau berkata jumlah kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja meningkat 38 peratus dengan 22,036 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 20,810 kes pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 63 pekerja meninggal setiap bulan kerana kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja, katanya.

Maznah turut berkata kajian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 80 peratus mangsa kemalangan adalah pekerja lelaki yang melibatkan pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Beliau berkata Perkeso mengeluarkan RM1.8 bilion pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan sewaktu di tempat kerja atau pun sewaktu berulang-alik ke tempat kerja berbanding RM1.3 bilion pada tahun 2009.

Sasaran pengurangan sebanyak 30 peratus kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja diharap dapat dicapai tahun ini sempena kempen yang dilancarkan yang bermula hari ini, katanya.

"Saya harap kempen ini akan dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan kesedaran betapa tingginya risiko berulang-alik ke tempat kerja. Ia tertumpu kepada 100 majikan yang pekerjanya paling tinggi terlibat kemalangan ke tempat kerja," katanya.

Maznah berkata kempen juga akan tertumpu kepada kawasan kemalangan berisiko tinggi di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Ipoh.


-- BERNAMAS--
 
Pilihlah untuk bekerja dari rumah, klik di sini http://www.janawangdirumah.com/

Iktibar masa yang bergerak

Teks: Masayu Ahmad


Sudah lapan pagi, lihat lagi 8.30, sekjap 9 pagi kini sudah 9.42 pagi bersamaan 29 Jun 2011. Masa terus bergerak dengan konsisten. Biar ia sedetik-sedetik, lama-lama sudah suku, setengah, sudah satu jam. Pagi, tengahari, petang, malam, dinihari, pagi semula. Mari ambil iktibar daripada masa

Sifat masa tidak bertangguh, terus bergerak. Ia tidak berhenti rehat, tetapi terus menerus berjalan dalam satu pusingan. Selesai satu pusingan, bergerak lagi. Tiada istilah penat, mahu rehat.
Masa tidak bising. Hanya bising apabila ia dijadikan sebagai satu alat, supaya berbunyi dan berdering, agar manusia disedarkan. Ia tahu akan tugas, terus bertugas walau hujan, ribut, tsunami sekalipun
.

Mari kita serap dan jadikan iktibar, terus bergerak dan tidak bertangguh untuk menyelesaikan matlamat. Boleh berehat kerana kita sudah fitrah manusia, perlu rehat dan kemudian menyambung semula perjuangan. Rahat pula tidak berlebih-lebih, melepak tidak tentu fasal, asyik berangan tetapi satu kerja pun belum selesai. Jika lihat orang yang berjaya sentiasa sibuk dan masih mampu mengurus masa dengan baik.

Salam kasih sayang, dapatkan ebook panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/
Saya sudah, anda bila lagi? Buatlah persediaan dari sekarang!

Lajunya sungguh masa

Teks: Masayu Ahmad



Jam sekarang 4.07 petang bersamaan 28 Jun 2011.

Mencabar sungguh hari ini, apabila dapur rosak, jadi saya keluarkan dapur saya, juga tidak boleh, beli dapur baru, juga tidak berjaya. Rupanya wayar yang tersumbat. Nasib baik ada dapur pengganti,sementara malam nanti mencari wayar yang menyambungkan kepala gas ke dapur.

Akhirnya siap masakan saya hari ini, ikan bakar, sayur campur goreng, dan ikan goreng menggunakan dapur arang. Dapur khas untuk membakar ikan atau membakar ikan percik.  Apa yang ingin saya sampaikan:

Lakukan apa sahaja  atau cari apa sahaja jalan. Sama ada jalan a, b, c, atau z sehinggalah berjaya sampai ke matlamat yang disasarkan. Mungkin jika melalui sungai kita akan menggunakan pendayung, berenang atau bot. Mungkin lambat, atau cepat. Tetapi lambat atau cepat, bagaimana kita mencari strategi agar matlamat kita berjaya digenggam.
Laju sungguh masa kan, saya perlu menyiapkan manuskrip di tangan. Sudah ada beberapa buah di tangan editor, mungkin dalam proses penyuntingan dan sebagainya. Saya hanya perlu teruskan tugas saya menulis dan menyiapkan manuskrip.

Saya juga akan menulis dua lagi ebook, masih dalam proses mencari, menyusun bahan dan membuat penyelidikan. Bulan baru maksudnya manuskrip baru. Saya perlu menyiapkan seberapa pantas, pada masa yang sama perlu mengekalkan kualiti. Perlu produktif untuk mencapai sasaran apa yang sudah saya rancang.

Sebelum Hakim, Arif dan Aiman bersekolah. Tahun hadapan Hakim darjah satu, Arif dan Aiman akan ke tadika. Hanya Arissa bersama saya di rumah. Jadinya ketika tiga beradik ini tiada di rumah, perlu menyusun jadual dan menggunakan sebaiknya masa menulis.

Sekarang ini, dari jam 9 pagi hingga 3 petang, memang tiada ruang. Akan ada semula jam 4 petang seperti sekarang. Pagi adalah masa yang paling produktif menyelesaikan sasaran 16 muka surat sehari. Jika satu hari saya dapat menyiapkan 1 bab, maka petangnya dapat dirasakan hari tesebut adalah produktif. Jika, tidak saya perlu konsisten menyelesaikan 1 bab setiap hari dengan cekap. Oleh kerana semalam sudah menghantar satu lagi manuskrip yang disunting semula, jadi hari ini saya cuti. Malam ini bermula lagi kayuhan menyiapkan satu lagi manuskrip.


Salam kasih sayang, jangan lupa dapatkan ebook saya seperti pautan di bawah, saya sudah bekerja dari rumah, kalian bila lagi?

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, June 26, 2011

Indahnya pagi ini

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Tanisha Vesudavan


Satu lagi hari indah untuk dinikmati. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya juga urusan pembaca budiaman. Alhamdulillah, 20 muka surat berjaya disunting pagi ini. Sambil bertukar jersi, menyusu Arissa dan kemudian menyambung suntingan.

Indah sungguh pagi ini. Daun-daun nampak segar, titisan hujan terlekat molek pada kelopak. Dinihari yang mendamaikan, bersama unggas yang sesekali menyapa.

rek, rek, rekk, bunyi cengkerik. Berselang seli dengan bunyi deru kereta. Jam sudah menginjam 8.11 pagi, bersamaan 27 Jun 2011. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini. Jadikanlah segala ujian kecil pada hari ini sebagai satu anugerah yang datang bersama hikmah yang tiada nilai untuk kejayaan pada masa hadapan. Ya Allah sesungguhnya aku meletakkan Engkau di hadapanku, atas segala kesyukuran, cabaran dan proses pendakian yang kadangkala perlu menempuhi banyak cabaran yang tidak diduga.

Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam. Semoga hari ini lebih banyak ilmu yang diserap, lebih banyak amal yang ada penambahbaikan, lebih konsisten dalam menguruskan apa-apa sahaja urusan yang akan menjadikan diri ini lebih baik setiap masa dan ketika.

Semoga juga menjadi isteri dan muslimah yang terbaik. Sentiasa memandang ke bawah, bersama arus pendakian ilmu dan semangat yang tidak pernah padam.


Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, June 25, 2011

Usai Subuh mentari menyinar

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Tanisha Vesudavan

Sinar mentari pagi, sudah mula menerangi alam. Matahari sudah menjelma, memberi isyarat bahawa sudah masanya hari terang. Masanya untuk berjuang. Masanya untuk bangkit dari lena yang panjang. Masanya juga menyelak gebar yang enak, lalu melangkah gagah untuk teruskan amanah hari ini. Jadilah sebagaimana matahari tidak pernah merungut keletihan. Apabila tiba masanya untuk bertugas, ia kembali pada waktu pagi memulakan tugas dan terbenam semula apabila selesai.

Pagi adalah waktu paling produktif menyelesaikan tugas. Tugas sebagai suri rumah hampir selesai, apabila menyusu si kecil, memandi, menyuap dan mendodoikan kembali di dalam buaian. Kain di jemuran telah selesai, masih ada lagi satu bakul penuh, dek kerana dua hari tidak mendobi. Menjemur tilam nipis, kerana abang Hakim 'terkucil' buat sekian kalinya. Saya sudah menyelamatkan tilam tebal kerana sudah menghampar 'cadar alas khas kalis air', kerana buasnya Hakim, terkena pula tilam sebelah. Aduhai anakanda memang sungguh-sungguh mahu ibu membakar seberapa banyak kalori pada waktu pagi.

Kini jam 8.41 pagi, bersamaan Ahad 26 Jun 2011, saya kembali menyarung jersi 'WAHM' duduk sebentar meneruskan untuk menyunting manuskrip. Sebentar lagi saya mahu sarapan. Saya kini mengambil sarapan yang agak berat juga pada waktu pagi iaitu nasi, kemudian akan berkejaran semula dengan tugas 'SAHM' kemudian bertukar semula sebagai 'WAHM'. Biasanya jam 4 petang barulah lega semula, dan ketika itulah Arissa sudah kembali tidur petang, saya baru boleh menjamah hidangan tengahari. Oleh kerana sudah mengambil makan berat waktu pagi, jadi ia sangat perlu bagi saya yang menyusu badan. Saya suka apabila berpeluh-peluh menyelesaikan kerja rumah, itu tandanya saya sedang bersenam sambil mengemas rumah. Untuk Zohor dan Asar saya akan mandi dahulu. Sudah tentu badan kembali segar dan bertenaga.

Saya mahu sarapan dahulu, pagi ini ada daging goreng kunyit air tangan mertua. Menantu ratu sudah lapar dan mahu tambah tenaga, hehe.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/- Klik di sini jika mahu bersantai di rumah sambil bekerja ya. ;D

Dapatkan Jana RM Dari Rumah di Pesta Buku Selangor, berlansung sekarang!




Friday, June 24, 2011

Jelajah Kota Bharu

Teks: Masayu Ahmad


Semalam berkesempatan untuk bertemu teman lama satu universiti, bidang yang sama, juga kami menginap di Fajar Baki USM. Sudah 11 tahun tidak ketemu. Berjumpa Tanisha, berpeluang saya untuk menjelajah satu KB. Banyak juga kami borak, dari satu topik ke satu topik.

Saya juga dibawa keliling KB, macam pelancong pun ya juga. Nama sahaja anok kelate, tapi masih banyak tempat yang belum teroka. Ada beberapa tempat yang terselindung yang saya tidak ketahui seperti Taman Tengku Anis, sangat sesuai untuk keluarga rekreasi, jadi saya sudah ada tempat untuk kanak-kanak riang. Selalu buntu mahu dibawa ke mana selain tepi Pantai.

Terima kasih Sha, lain kali kita lepak lagi. ;D

Wednesday, June 22, 2011

Bisnes online atau konvensional, mana satu pilihan

Teks: Masayu Ahmad



Bisnes konvensional

Bisnes ini adalah bines yang diletakkan di mana-mana lokasi, yang boleh dikunjungi oleh pelanggan. Banyak pilihan bisnes konvensional, sama ada di deretan kedai, taman perumahan, pasaraya, kiosk dan pelbagai lagi.


Bisnes online

Bisnes yang boleh dilakukan di mana sahaja, sama ada pemilik bisnes konvensional yang mengunakan dua pendekatan pemasaran iaitu kedai yang boleh dikunjungi pelanggan, juga secara online  yang boleh dijejaki lebih ramai prospek secara maya.

Juga sangat sesuai untuk pemilik soho, yang mahukan kedai secara online sahaja. Sangat penting menggunakan laman web jualan yang menyakinkan untuk menarik pembeli.

Tuesday, June 21, 2011

Hai, hai

Teks: Masayu Ahmad


Aduhai saya perlu berebut dengan Arif dan Aiman minggu ini jika mahu menggunakan komputer. Penatnya lagi, Aiman bangun awal pagi seawal Arissa bangun. Apa lagi, upin ipin, upin ipin. Akan diulang-ulang sampai dapat. Arif pula, Ben10, Ben10, game di internet diorang sendiri yang pandai-pandai on pc, aduhai anak-anak zaman siber.

Kalau broaband dok kelip-kelip, pandai pula godek sendiri.

"Hoh, tu, internet tak dok," arah Aiman apabila lihat isyarat tiada sambungan internet.

"Jap Alim buat,"

Beberapa minit kemudian terdengar gelak ketawa dua beradik, melihat aksi cerita upin dan ipin. Diulang-ulang, sampai jemu. Lepas tu klik balik mana-mana cerita yang mereka mahu.

Pandia pula guna aplikasi google.

Arif hanya akan taip huruf, u..p..i...n

Lepastu berderet-deret keluar di youtube cerita upin-ipin.

Ibu? Kalau mahu kerja, terpaksa pujuk sampai lebam.

"Tengok dulu ya, nanti bagi ibu kerj,"

"Yelah-yelah," sampuk dua beradik.

10 minit kemudian ibu datang.

"Jap, tak abis lagi ni,"

Ish, ish, ish.

"Jap, jap," Aiman suka melengah-lengah masa ibu.

"Ibu, ibu, nah, boleh buat kerja sekarang."

Monday, June 20, 2011

Terima kasih Azie

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum Kak Masayu.

Saya Azie dari Perak. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas artikel-artikel hebat dan berilmu untuk para pengunjung blog.

Banyak informasi dan pengetahuan yang saya perolehi sejak berjumpa secara tidak sengaja dengan blog tersebut terutamanya perihal yang berkaitan dengan wanita dan bekerja dari rumah.

Membaca tulisan di blog menyuntik semangat saya untuk kembali bangkit mencari diri sendiri. Panduan dan ilmu yang diberikan begitu bermanfaat untuk saya yang masih lagi teraba-raba mencari hala tuju untuk ke destinasi yang sebenarnya.

Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.


Tujuan email ini adalah untuk memaklumkan yang saya berminat untuk mendapatkan buku yang bertajuk "JANA RM DARI RUMAH".

Sebelum ini saya sudahpun membeli ebook yang bertajuk "JANA WANG DI RUMAH" www.janawangdirumah.com.

Banyak informasi yang dapat memberi manfaat kepada saya melalui pembacaan ebook berkenaan. Apabila difikirkan kembali bukan tiada usaha tetapi kita yang tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Di samping tiada fokus yang tinggi dan berterusan membuatkan segala apa yang kita lakukan sering tidak menjadi.

Itulah yang sering dihadapi oleh saya, kadang-kadang diri dalam dilema dan sampai satu tahap, sudah tidak tahu untuk buat apa-apa lagi. Mungkinkah saya yang gagal untuk merancang segala perjalanan hidup saya. Betul juga rasanya, minta maaflah kak mas panjanglah pula coretan. Sekadar ingin berkongsi rasa hati, saya sekarang dalam usaha untuk mencari kekuatan diri dalam memajukan diri untuk kehidupan yang lebih bermakna..
 
Apa-apapun, informasi dan ilmu yang dikongsi ini dapat memberikan saya peluang untuk mecapai apa yang dihajati. Apa yang penting praktikkan apa yang terkandung di dalam buku dan ebook sepertimana yang disarankan.
 
Kita berusaha untuk mendapatkannya, terima kasih yang tidak terucap buat kak mas semoga terus dikurniakan Allah dengan idea dan ilmu yang lebih bermanfaat lagi untuk dikongsi bersama kami di luar.
 
Wassalam, Azie Perak.



 Terima kasih kembali buat Azie, alhamdulillah rasa sejuk hati saya apabila menerima email sebegini. Apalah sangat yang dikongsi di sini. Semoga kita dapat belajar untuk berhijrah ke satu fasa ke satu  yang lebih baik. Terima kasih atas kesudian membaca blog ini, terima kasih kerana sudah membawa ebook http://www.janawangdirumh.com/ dan terima kasih juga kerana ingin khatam pula Jana RM Dari Rumah. Nantikan pula buku ke tiga dan empat, ia adalah kesinambungan dari satu fasa ke satu fasa. Insya-Allah. Semoga pembaca saya mendapat manfaat.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Teh panas, hujan dan manuskrip

Teks: Masayu Ahmad


Hujan pagi atau hujang petang, ia adalah situasi yang sangat mendamaikan perasaan. Ketukan papan key board lancar, meneguk air panas berperisa daun teh. Mengalir rasa haba, enak dan tenang. Aduh, saya memang suka situasi ini. Inilah masanya, masa untuk saya. Saat Arissa sudah kenyang, sudah dimandikan dan kini lena di buaian, juga Aiman yang sudah terlena bersama pelukan dingin hujan. Hakim dan Arif yang tidak lagi menganggu. Ketukan demi ketukan, harapan agar manuskrip di tangan cepat siap dan cepat prosesnya. Cepatlah dapat diistiharkan di sini. Bertambah koleksi terbitan adalah antara usaha saya untuk memperbanyakan karya saya di pasaran.

Apa kaitan teh panas, hujan dan manuskrip.

Ia adalah dunia saya. Dunia yang cukup harmoni. Ada ketenangan di situ. Ada perjuangan yang ingin diselak. Ada kehidupan yang saya nikmati. Ada laluan di depan yang masih bertanah becah, air hujang, lebuh raya, semak, atau puncak sebuah gunung yang sedang saya daki.

Teh dan kehidupan yang memberi kehidupan. Air teh yang panas, memang sedap dihirup. Panas-panas suam. Bukan panas meletup-letup. Apabila diteguk, dapat dirasai sentuhan meresap ke seluruh badan. Tenaga bersatu, ketukan lancar. Jiwa tenang, ketukan lancar. Hujan yang damai, rezeki dan rahmat Tuhan.

Manuskrip

Manuskrip juga satu proses kehidupan, daripada satu fasa ke fasa yang lain. Setiap kali berdepan dengan tugasan baru setiap bulan. Saya akan mulakan dengan baca, baca, baca dan mula menulis.


Lakukan kerja kita, kemudian Tuhan akan tentukan rezeki itu kemudian. Jangan ditanya berapa, tetapi mohonlah seberapa yang kita mahu. Tetapi mohonlah agar ada keberkatan di situ.

Selalu saya ingatkan diri sendiri, saya bekerja untuk Tuhan, bukan untuk orang lain. Berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar orang lain turut sama tempisanya. Juga semoga bakat kurniaan ini, akan lebih mematangkan diri saya sendiri dan juga apa yang saya tulis dan sampaikan.

Biarlah ia bermanfaat. Biarlah ia sesuatu yang boleh menyumbang kepada agama dan masyarakat. Biarlah ia sebagai tanaman hari ini dan hasilnya setelah hari kebangkitan saya nanti.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, June 18, 2011

Mendaki terus mendaki

Teks: Masayu Ahmad

19 Jun 2011


Setelah dua hari 1 malam di rumah ayah, kembali semula ke rumah mertua untuk rutin biasa. Biasanya saya bawa satu beg penuh dengan buku-buku. Juga lap top kononnya mahu menyiapkan di rumah ayah. Biasanya juga memang tidak sempat. Masa itu digunakan sepenuhnya menemani ayah berborak.

Memasak hidangan apa yang ingin dia makan. Jika ayah makan bertambah maknanya ia kena pada selera. ;D. Masih ada beberapa matlamat kecil untuk ayahanda. Doakan agar saya dapat menunaikannya. Sedang berusaha dengan gigih.

Pagi ni si comel Arissa tak mahu tidur pagi. Selepas makan saya kembalikan dia di buai, jenuh mendodoi, tapi tak mahu lena. Hinggalah jam sudah 9 pagi tetap tak mahu juga. Apakan tidak, saya dok terfikir mahu cepat selesai mengemas rumah dan dapur, si comel mahu tidak mahu lena. Akhirnya saya turun ke dapur bersarapan, kemudian en.suami sambung semula dodoi si kecil.

Usai sarapan, saya kembali ke bilik.Arissa mengekek ketawa bersama Arif. Apalah ibu, saya tak mahu tidur, ibu paksa Arissa tidur. Jam 10 pagi, dia mula menenyeh mata, menyusu sekejap terus lena. Aduhai geram sungguh tengok dia tidur. Rasa menakjubkan pula apabila melihat dia membesar dengan montel hanya dari susu ibu. Aduhai itulah kebesaran dan nikmatnya. Pada bulan-bulan awal, saya menambah juga susu formula. Selepas tiga bulan hingga kini semua susu saya. Dan dia juga sudah mula makan nestum. Ok, saya mahu kembali menyambung tugas rutin.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Thursday, June 16, 2011

SOHO tradisional vs SOHO moden

Teks: Masayu Ahmad


Salam pagi Jumaat, satu lagi pagi indah untuk diterokai. Kedudukan rumah ini adalah laluan utama ke Kota Bharu, jadi ia adalah antara jalan sibuk. Tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Saya bawakan contoh. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori. Jika dilihat pula pemandangan di kanan jalan, ada kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggang mangkuk, bengkel basikal.

Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini.

Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di kampung ia telah lama diamalkan. Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit dan kedai makan adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebalah rumah sahaja. Dahulu tiada isitilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan

SOHO moden

Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah, ia adalah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.

Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang  lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.

Wednesday, June 15, 2011

Manfaat SOHO untuk wanita

Teks: Masayu Ahmad

Tiada yang mudah sekirannya kita mahu mencapao satu sisi penting dalam kehidupan. Matlamat untuk memiliki kehidupan yang kita inginkan. Memang ya, ada cabaran sekiranya untuk memilih bekerja di rumah. Itu terpulang kepada bagaimana kita mengolah semula cabaran tersebut sebagai satu peluang yang baik.

Saya alhamdulillah, rasanya cabaran sekarang ialah bekerja dari rumah, pada masa yang sama mempunyai anak kecil berusia 6 tahun, 4 tahun, 3 tahun dan enam bulan. Juga kata putus setakat ini tinggal bersama orang tua.  Lihat perkara ini sebagai positif bukan penghalang untuk kita berusaha.

Memantau anak-anak

Aduh tinggal dengan mertua, mesti susahkan. Itu pandangan seorang teman. Tidak sebenarnya, malah sangat membantu. Ketika saya memecut menjemput Hakim pulang dar tadika, jadi Arissa masih berada di rumah. Ada peneman, tidak perlu saya susah payah mengangkut si kecil turun naik kenderaan. Tambahan pula kalau dalam keadaan tergesa-gesa, juga sekiranya cuaca panas. Sangat tidak sesuai membawa anak kecil bersama.

Anak-anak selamat di rumah

Jika di Kuala Lumpur jika mahu keluar sebentar memang sukar untuk meninggalkan mereka. Walau keluar untuk setengah hari saya perlu mencari altenatif dengan meninggalkan mereka di tempat asuhan atau sebelah rumah. Sudah semestinya perlu bayar. Kini tidak lagi, malah rasa lebih selamat berada di bawah pengawasan atuk dan mok. Mereka boleh melakukan aktiviti dengan selamat belajar, menonton dan bermain. Jadi kalau mahu keluar saya hanya bawa Arissa sahaja. Atau pun Arissa dan Aiman. Hanya kami berempat. Hakim kena pandai pujuk jika mahukan sesuatu, beli sahaja. Arif memang mudah, dia sekarang tidak suka mengikut, mahu berada di rumah sahaja, Bayangkan jika mahu keluar bukan tujuan bersiar, atas urusan penting membawa kanak-kanak ini beramai-ramai.  Pernah juga saya meletakkan mereka di tadika tempat Hakim belajar sehingga jam 3. Nampaknya Aiman kurang serasi dengan keadaan tersebut, dia lebih suka berada di rumah sahaja. Itulah manfaat jika melihat cabaran ini kepada satu peluang yang lebih baik terutama terhadap keselamatan anak-anak. Bukankah anak-anak adalah keutamaan kita?

Lebih disiplin

Saya dapat merasakan saya lebih disiplin dalam menguruskan rumah tangga. Tinggal di sini jika boleh mahu meringankan beban orang tua. Kembali semula dengan niat asal adalah untuk menemani mereka ketika usia emas begini. Boleh melihat sakit pening, meringankan beban orang tua dan juga menemani mereka agar tidak lagi sunyi tinggal berdua. Sudah tentu saya sebagai menantu perlu sedar diri, perlu mendahulukan agar rumah sentiasa berada dalam keadaan sepatutnya.

Lakukan perkar-perkara yang memudahkan mereka. Kudrat mereka bukannya seperti kita lagi. Mertua saya suka memasak, jadi saya akan pastikan keperluan memasaknya sentiasa tip top. Maksudnya periuk belanga siap dicuci, pingga mangkuk ada yang tolong kemaskan. Tugasnya mudah hanya masaka sahaja, kerana itu adalah kesukaan dan aktiviti yang gemar dilakukan. Kita juga tumpang semangkuk, masih dapat menikmati resipi air tangan orang tua. Juga pada masa yang sama dapat mengetahui resipi tradisi. Mertua memasak kadangkala ringkas sahaja, tetapi ia sedap. Ia membezakan kesedapan dan enak tersebut kerana disertakan dengan kekhlasan dan rasa kasih sayang. Jadi walau hanya lauk yang ringkas, ia tetap penambat selera sekeluarga. Bandingkan jika saya berada dalam keadaan tergesa-gesa, punyalah penat mahu memasak, alih-alih kurang sedap. Apa yang saya mahu sampaikan buatlah dengan sempurna, rasa tenang hasilanya memang luar biasa. Jika buat dalam keadaan tergesa-gesa dan jiwa gelisah hasilnya pasti 'kacau'.

Tempat paling sesuai untuk wanita

Ini adalah fitrah, bahawa wanita memang suka bergaya, indah-indah. Wahai teman-teman yang saya sayangi, mari kita sama-sama menutup aurat dengan sempurna. Aduhai memang ramai yang menutup kepala, tetapi bajunya masih ketat. Yang belum menutup, niatkan mahu menutup dengan sempurna. Kita memang tidak ada piliha, ia mesti ditutup. Tambahan pula kita selalu bebas ke sana ke mari diluar sana. Bukan mahram melihat dengan syoknya dengan keindahan kita ada. Jika di rumah seksilah macam mana pun, hanya suami sahaja. Tetapi yang peliknya apabila keluar rumah, kita mula berhias indah. Kita terbalikkan semula, berada di rumah berhias dan berkemas untuk diir sendiir, rasa selesa, rasa yakin. Takutlah akan pandangan Allah, jangan teruja dengan pandangan manusia. Kerana ia sangat dipengaruhi dengan hawa nafsu.

Oh, sudah panjang saya membebel. Mohon saya mengundur diri dahulu ;D Menikmati secawan teh panas penyegar badan sementara hari masih dingin dan bugar awal pagi.

http://www.masayuahmad.com/

Tuesday, June 14, 2011

Salam pagi penuh tenaga

Teks: Masayu Ahmad
Jam: 9.15 pagi
Tarikh: 15 Jun 2011

Selesai sudah lapan muka surat pagi ini, saya mahu selesaikan lapan lagi sebelum jam 12 tengahari. Saya mencuri masa sekejap, belum menjemur pakaian lagi.

Alhamdulillah,semangat berkobar-kobar mengejar matlamat awal tahun. Sekarang ini sudah pertengahan tahun. Saya tidak boleh lengahkan masa lagi. Mahu selesaikan apa yang sudah dirancang awal.

Menu pagi ini nasi goreng kampung, bersama teh o panas. Harapnya kalian juga sudah bersarapan sudah bekerja dengan tekun, memenuhi satu lagi hari menyelesaikan amanah.

Ok, mahu bergerak dahulu sebelum Arissa bangun. Doakan lebih banyak bab saya mampu selesaikan untuk hari ini. Insya-Allah.

3.45 minit petang

Sekarang jam seperti yang tertera di atas, tung tang tung tang barulah masu fasa ke tiga untuk hari ini. Arissa sudah lena dengan mok. Hakim dan Arif ada di ruang depan, Aiman juga masih lena. Saya usai mengambil Hakim jam 3 petang, barulah sesi makan tengahari. Dapatlah sekejap menikmati makanan dan ruang untuk diri sendiri.

Segar bugar keran setiap kali masuk solat, terus sahaja mandi. Jadi badan rasa bertenaga semula untuk menulis. Ada lagi empat muka surat untuk kuota buku X dan lagi 10 muka surat untuk buku Y.

Menu tengahari sup terung, ini resipi mertua. Hari ini giliran dia memasak. Seperti yang saya kongsikan pada entri terdahulu. Kami bergilir hari memasak. Tidak ada dalam jadual, tetapi rancang dalam minda saya, saya tahu mertua juga faham sendiri. Inilah kawalan minda saparuh sedar.

Ok, Hakim sudah berada pada trek. Dia sudah lancar membaca, jadi cukup setakat itu dahulu. Arif juga rajin mewarna tanpa disuruh-suruh. Jadi masa berbaki lima bulan 15 hari ini masanya untuk kembali saya fokus kerja saya. Tidak kisahlah Hakim dapat nombor satu atau tidak, kerana bukan mengejar persaingan, tetapi sentiasa bersaing dalam ilmu pengetahu. Faham ke maksud saya ini. Mudahnya kerana saya mahu fokus untuk separuh tahun ini. Tahun depan kita fikir lain. Ok, sekarang sdah 3.51 minit. Saya mahu sambung menulis lagi. Chow cin cau. ;D

Monday, June 13, 2011

40 minit 3 masakan serentak

Teks: Masayu

Saya marathon memasak menu, nasi putih, ikan gelama goreng, ikan kering goreng dan sayur terung masak lemak. Usai jam 11 mertua akan ke kedai membeli barang basah. Ada ikan gelama gemuk mongel, ikan siakap, sayur terung, lada hijau besar, satu plastik ikan jaket kering. Hmmm, fikir dengan laju apa menu yang menarik.

Ok, segera simpan barang di dalam peti sejuk. Basuh ikan, simpan. Siang ikan gelama kelar dan lumur kunyit dan garam yang sudah sedia ada dimesin. Biarkan sebentar. Basuh beras dan letakkan nasi, sudah di situ. Sambung kerat terung, kerat lada hijau, satukan biarkan ia. Lihat balik dalam peti, ada ikan untuk direbus. Rebus sekejap. Sambil itu ambil pula bawang merah dan lada hitam tumbuk bersama. Panaskan minyak mula goreng ikan gelama dan ikan kering, siap! Letak sayur tarung bersama lada hijau, masukkan air lebihan rebusan ikan. Tumbuk ikan, masukkan bersama bawang merah dan lada hitam. Masukkan semua bahan dalam periuk, juga santan.

Sayur lemak dan ikan digoreng serentak. Nasi biar ia masak sendiri. Kejar 40 minit berjaya. Sambil itu juga kejar Arissa sambil menyus, layan Aiman mahu minu air, nak ais pula, ketuk ais. Alhamdulillah selesai, menu hari ini giliran saya memasak tengahari. Sambung menyusu Arissa, sekarang si comel ini juga menemankan saya sambil menaip. Mahu selesaikan 16 muka surat lagi untuk tengahari ini. Selamat menjamu selera

Apa motivasi pagi anda!

Teks: Masayu Ahmad

Jam sudah 9.03 pagi, makanya saya sudah selesai menulis awal pagi, menyusu dan menidurkan kembali Arissa, menjemur pakaian, sarapan dan mengemas dapur, menguruskan Hakim ke sekolah. Itu sahaja, apa pula rutin anda hanya ada dua situasi berikut:

Wanita bekerjaya

Bangun awal, menyiapkan diri, menyiapkan anak-anak, menghantar ke rumah pengasuh, nurseri, menghantar anak sekolah. Memecut laju sampai ke pejabat. Situasi awal pagi sangat berkait rapat dengan situasi anda apabila tiba ke pejabat. Barulah boleh bernafas semula dan mula menjalan tugas. Apa kaitan pagi dan motivasi, sama ada anda berada dalam keadaan lelah kerana melayan si kecil yang menumpahkan air, mengada-ngada mahu itu dan ini, buku sekolah anak tertinggal dan sebagainya.
Surirumah

Surirumah biasanya akan menyiapkan sarapan, menguruskan anak sekolah, dan apabila selesai semuanya akan kembali rutin mengemas rumah. Jika ada anak-anak kecil melayan mereka sebagaimana biasanya. Walaupun surirumah mempunyai masa yang lebih fleksibel dalam urusan harian, tetapi 7 hari seminggu 24 jam, tugasnya tetap berputar. Ia selesai, datang semula. Sinki penuh, sinki kosong, kain bertimbun, kain berbasuh, masak sarapan, tengahari dan malam. Untuk tidak jemu, surirumah perlu kreatif dalam mengendalikan urusan ini.

Sunday, June 12, 2011

Mengapa perlunya wanita berada di rumah?

Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah


Dilahirkan sebagai wanita, anda adalah insan terpilih untuk mengambil peranan dan nadi dalam institusi kekeluargaan. Lemah nadi, maka lemahlah institusi secara keseluruhan.

Berdasarkan kepada perkembangan status pendidikan yang semakin baik, wanita kini mempunyai pilihan untuk bekerja bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Namun peranan wanita di rumah tidak boleh dipandang ringan. Mendidik anak-anak tidak semudah melakar corak menggunakan pensel warna di atas kanvas. Wanita yang bergelar isteri saharusnya mempunyai ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu moden untuk memastikan generasi yang dilahirkan boleh dididik dengan acuan yang sepatutnya.

Tugas mendidik bukan semudah mengupah seorang pembantu rumah, bukan sekadar menghantar ke rumah pengasuh atau membayar upah kepada pusat penjagaan kanak-kanak. Segalanya bermula dari rumah. Memilih mejadi suri rumah tangga berhemah bukan sekadar menjaga hal ehwal pengurusan rumah tangga, tetapi perlu mempunyai ilmu bagi mendidik generasi masa hadapan yang lebih berkualiti.

Kini dengan kemajuan teknologi maklumat, wanita perlu mengambil peluang untuk kembali beradai di rumah tetapi masih boleh menjana pendapatan.

Jika diimbas kembali pekerjaan wanita pada zaman nabi dahulu, kebanyakan wanita tidak bekerja di luar rumah. Sekiranya memilih bekerja pilihan yang baik adalah bekerja di sekitar rumah sahaja.

Doktor wanita Islam yang pertama ialah Rufadyah Al-Islamiyah. Nabi Muhammad S.A.W menyediakan khemah khas untuk merawat pejuang-pejuang Islam yang tercedera semasa Perang Khandak. Contoh yang lain ialah Ummu Atiyah yang bertugas merawat askar yang cedera di medan perang, menyediakan makanan untuk askar-askar Islam dan juga megurus jenazah wanita Islam di Madinah. Tugas mereka sangat penting dan keperluan 'tugas khas' yang memerlukan khidmat mereka.

Peredaran zaman membawa pengaruh yang begitu memberangsangkan dan memberi tarikan kepada wanita untuk membina kerjaya di luar rumah. Kadangkala dengan pengaruh dunia luar mendorong wanita tidak mampu mengawal pergaulan tanpa batas dan juga pengaruh berbelanja, bergaya, status 'ketua' di pejabat terbawa-bawa sehingga ke rumah.

Sekiranya wanita yakin dapat menjaga aurat, pergaulan dan tuntutan ekonomi mendesak, memilih bekerja di luar rumah adalah pilihan untuk membantu ekonomi keluarga. Namun keperluan wanita kembali berada di rumah adalah satu usaha untuk mengembalikan peranan wanita mendidik anak-anak dan membantu mengurangkan gejala sosial yang semakin parha, penderaan kanak-kanak, juga mengembalikan keharmonian Rumahku Syurgaku.

Terbitnya buku ini, agar boleh berkongsi dan memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang mencari panduan untuk menambah pendapatan dari rumah. Justeru persediaan awal adalah perlu. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada buku Jana RM Dari Rumah.

Dapatkan buku ini sekarang!

1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3

3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:
http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

Saturday, June 11, 2011

Pagi nan indah

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang. Berpagi-pagi menjemur pakaian, bau segar rumput, nyaman udara bersatu dengan pepohon hijau keliling rumah. Sunyi dan damai, ditemani bunyi unggas, cengerik dan kicau burung. Berzikir memuji kebesaran Allah. Sesekali deru kereta melalui jalan raya. Hari ini cuti peristiwa.
Cuti atau tidak saya meneruskan rutin seperti biasa. Pagi seperti ini sangat produktif untuk menulis. Minda dalam keadaan segar, kanak-kanak masih bergelimpangan tidur. Hakim masih di Besut, en.suami tambah satu hari lagi bercuti. Semalam berpagi beli pakaian hari raya. Kenapa terlalu awal ya, tidak awal sebenarnya. Apabila menjelang puasa, tidak perlu lagi kemana-mana, hanya di rumah, boleh beribadah dengan tenang. Tidak buru-buru berebut di jalanan, di pasaraya, di kaunter bayaran.
Sebetulnya bukan agenda beli belah, rancangan awal, mahu ziarah kawan, tetapi batal pula. Jadi sudah ada di bandar terus singgah dan beli pakaian anak-anak. Ibu dan ayah tidak perlu, asalkan anak-anak gembira, kita sudah seronok. Puasa tahun ini insya-allah, sukanya kerana dapat berpuasa bersama orang tua, bersahur bersama dan juga berbuka. Mengemberikan hati orang tua, kita juga rasa tempiasnya. Walau sudah uzur, ia bukan lagi satu masalah, tetapi kembali ceria kerana sentiasa dikeliling oleh cucu-cucu yang tidak pernah duduk diam. Itulah rahmatnya.
Setakat ini, alhamdulillah tiada masalah apa-apa denga mertua. Jika ada yang kurang baik, sudah tentunya ia datang dari saya sendiri. Bukan mertua. Antara 'rezeki' yang saya perolehi ialah mempunyai mertua yang cukup sempurna di mata saya. Setakat ini hubungan alhamdulillah, masih baik. moga ia kekal ke syurga. Satu disiplin yang cukup sukar untuk saya istiqamah, sejak kahwin, jam empat atau lima pagi, ke duanya sudah bangun dengan bugar. Melaksanakan tanggungjawab dan rutin itu telah sekian lama. Sejak saya mula kahwin. Sukar untuk saya teladani, saya sentiasa berjaga-jaga agar tidak terbabas. Mahu ambil aura tersebut, aduhai memang sukar. Namun walaupun mertua umurnya sudah lanjut, namu aktiviti dinihari itulah yang membuatkan dia sihat walaupun mempunyai penyakit kronik. Satu pertiga malam dalah mujarab yang hebat untuk kesihatan. Ini bukan sekadar fakta yang saya dapati daripada buku-buku panduan, tetapi ia adalah contoh di depan mata yang perlu saya ambil, serap dan jadikan ia rutin. Alhamdulillah semoga keduanya, sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah. Semoga diakhirkan nafas mereka dengan husnul khotimah. Itu doa saya, mengharapkan yang terbaik untuk ke dua mertua. Juga arwah dan ayah yang masih lagi bernafas. 
Panjang pula bebelan saya kali ini, mohon mengundur diri dahulu, mahu meneruskan pengembaraan saya. Insya-Allah.


Why rent books?

Roughly 80% of the books sold in Malaysia are foreign, imported books hence the high price of reading materials in the country. The average cost of a paperback novel is around RM30. In a country where you can get a nasi lemak ayam with teh O ais for RM6, buying one novel would cost Malaysians an equivalent of five decent meals!


The government has been very supportive in getting Malaysians to read more by providing a RM1000 tax exemption for reading materials. But is it enough to compensate our reading expenditures? Say you’re into the management or self-help books which cost on average about RM50. With RM1000 a year, you could only get 20 books. Renting helps you stretch your reading budget. So instead of 20, you could enjoy up to 100 books by renting compared to buying them.

Renting books would clear up homes from unwanted reading materials. If only we get RM1 for every time people come up to us and say, “I have soooo many books at home that I don’t know what to do with them!”. Moreover, used books don’t have much value and they mostly would be bought as papers to recycle. We’re sure you’re picturing your RM30 being shredded to pieces with that information, right?

Online book rentals are perfect for:


Low-middle age women

With the increasing number of chic-lits available today, more women choose to read in their leisure time. But as with any pop-novels, chic-lit books are normally read once making them an unsuitable reading investment.

Educated/active retirees

Reading is a great way for senior citizens to keep their mind active. But most cannot afford to spend their retirement fund on expensive books.

Home-bound individuals

Not only can this service help people with special needs to “see the world”, reading has also been proven to be the most suitable entertainment for mothers home-bound during confinement. The activity does not need much movement nor make any noise that would disturb babies from nursing.

Busy Executives

Nowadays, it’s normal for working adults to reach home by 8p.m. They are too busy to even eat with their families, let alone go to the libraries or bookstores. But to get ahead in their careers, they need to equip themselves with the latest knowledge in their industry which can be done by reading.

Frequent Commuters

Say, you’re staying in Bangi. But you’re working in KLCC. That’s about 45minutes of train ride, one way. 1.5 hours of commute everyday. 7.5 hours a week. 30 hours a month. 360 hours a year! Get yourself into the habit of reading and all those hours won’t be wasted away.

Teenagers & Students

So many good books to read, so little cash to spend… Haven’t we all been there?

Friday, June 10, 2011

Tenangkan diri jangan stres-stres!

Saya ingin berkongsi perenggan ini:

Why we love stress

Most likely you are addicted to stress because of adrenaline rush-the "look what can i do syndrome. You're so productive! You do it all, get it all-mother, wife, worker with boundless energy 24/7.

However, having plenty of physical energy should not be confused be vital, focused energy. The critical question you must ask is, How do you distinguish a stress addict from a healthy high-energy person?

And here's the answers: the physical energy of a stress addict is always moving forward, living in the future, accomplishing the next task on the addict's to do list, or worrying about what will happen later, rather than experiencing reality in the present. In contrast, a high energy person intensifies her present to experience it fully
Page 4, Addicted to Stress: A women's 7 Step Program to Reclaim Joy and Spontanety
 By Debbie Mandel

Thursday, June 9, 2011

Apa yang menarik tentang www.qreazant.com, mari kita baca!

Sumber: www.qreazant.com/

Q REAZANT (pronounced kyuu-rey-zhunt) ENTERPRISE is a company set up by two sisters, Raja Ezatul Akhma bt Raja Fuaddin and Raja Nazatul Akhma bt Raja Fuaddin, with a vision to encourage lifelong learning among Malaysians.


Their initial step in achieving that goal was to open Q'Reazant Book Rental Store in July 2006 at the university town of Bandar Baru Bangi. The Q'Reazant store provides a wide range of local and imported books, magazines and comics for rent catered specifically for the people of Bandar Baru Bangi and its surrounding community.

"We do not want people thinking that we only have light and simple storybooks. Our collection of fictions and non-fictions are mostly award winners and are chosen from best-sellers lists. We also rent out reference and textbooks; as well as informative magazines like the National Geographic and the Reader's Digest. And to help our customers wind down after a hectic day, our comics and joke books will definitely do the trick," said Q'reazant partner and manager, Ezatul. A booklover and a great supporter of literacy, Ezatul is a graduate from LaTrobe University, Australia and has a Bachelor of Business in Human Resource.





According to the other partner and manager of Q'Reazant, Nazatul; they decided to begin with the store because books in Malaysia are so expensive and that discourage people to read. "If you look at the price printed on the covers of imported books, one book will only cost about 4 or 5 dollars in their currency. And that is affordable to THEIR people. A book by a Malaysian author will cost at least RM20. Consumers would have to choose between having ONE book; and eating four decent meals! And when Malaysians don't read, how can they write good literature worth paying RM20 for?". Nazatul, who earned her Bachelor of Engineering in Industrial Design from Takushoku University, Japan; believes strongly in "giving back" to the country and hopes her deep interest in the publishing world would help her do just that. She received her Master in Business Administration from Universiti Putra Malaysia and now living in Kyoto to learn the Japanese way of educating their children especially in the subject of Science.

Nota: Nantikan entri khusus ulasan saya tentang laman web ini ;D

Jumaat indah

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Jumaat, aduhai sudah tengahari. Hari ini bangun sudah pagi, si kecil Arissa tidak pula seperti selalu. Biasanya jam lapan usai menyusu saya akan mandikan dan kemudian dia akan tidur semula.Hari ini tidak sebagaimana biasa, sekarang jam sudah tengahari baru saya boleh duduk di meja kerja. Si kecil sudah tahu, mahu lama-lama digomol ibu.

Hakim lusa baru pulang, biasanya rutin pagi Jumaat, saya yang akan masak sarapan, mertua akan ke pasar pagi 'padang lepa' (nama tempat). Biasanya menu Jumaat lebih istimewa, mesti ada hidangan kerabu dan sup tulang.

Inilah menariknya jika berada bersama orang tua, menu masakan air tangan. Jika saya sibuk anak-anak masih kekenyangan. Kerana mereka selalu dilayan mok (panggilan kepada nenek), terutamanya Aiman. Samana mahu makan mangga, minum teh o, Aiman ditemani mok. Aiman, Aiman.

Juga ada ruang juga bergilir melihat Arissa, Arissa diam sahaja, asalkan ada orang di sebelah. Saling lengkap-melengkapi, sementara hari masih ada. ;D

Balasan isteri solehah

Sumber: Arkib Utusan Malaysia 16/10/2001


Iktibar



Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Rasulullah hairan kerana ketika itu baginda melihat anaknya itu menangis lalu bertanyakan sebabnya.

Kepada baginda, Fatimah mengaku dirinya menangis kerana kesibukan tugasnya sebagai seorang suri rumah.

Oleh itu, Fatimah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin memiliki seorang pembantu bagi menolongnya melaksanakan kerja di rumah.

Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rasulullah berkata, ``Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas seharianmu sebagai seorang isteri.''

Rasulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat berperanan sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik bagi anak-anaknya, maka Allah memberinya darjat yang sangat mulia.

Dalam kesempatan lain baginda juga menjelaskan, jika seorang ibu meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatnya serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperoleh laksana amalan memberi makan seribu orang yang lapar dan memberi pakaian seribu orang yang tidak mempunyai pakaian.

Sememangnya bagi sesetengah wanita yang bergelar isteri, mereka mungkin tidak menyedari bahawa setiap apa yang mereka lakukan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau suri rumah mempunyai rahmat yang cukup besar di sisi Allah.

Tetapi malangnya, kesibukan tugas di pejabat sering sahaja dijadikan alasan sehinggakan soal-soal rumah tangga, sesetengah isteri lebih selesa menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji.

Nasihat yang diberikan oleh Rasulullah kepada Fatimah itu seharusnya dijadikan iktibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Tanggungjawab mereka tidak pernah berakhir walaupun mereka sudah memegang jawatan tinggi dalam pekerjaan.

Justeru adalah sesuatu yang malang jika ada di kalangan wanita itu yang menganggap soal menguruskan rumah tangga dan anak-anak hanyalah urusan duniawi tanpa menyedari betapa tinggi nilainya di sisi Allah.

Rasulullah juga pernah memberi contoh mengenai amalan mana yang lebih penting antara berjihad dengan menjaga orang tua di rumah.

Contoh itu diberikan pada satu hari ketika Rasulullah sedang berkumpul dengan para sahabatnya dan di depan mereka lalu seorang pemuda yang gagah dan sasa.

Para sahabat berkata, ``alangkah bagusnya jika keperkasaan pemuda ini digunakan untuk berjihad di medan perang sabilillah.''

Mendengar kata-kata para sahabatnya itu, Rasulullah bersabda, ``Andainya pemuda itu masih mempunyai orang tua di rumah, ia lebih baik menggunakan kekuatannya untuk mengurus orang tuanya daripada berjihad. Atau, jika dengan keperkasaannya itu dia bekerja mencari nafkah buat dirinya sendiri agar tidak bergantung pada orang lain, itu jauh lebih baik daripada jihad.''

Demikianlah hebatnya pembalasan Allah terhadap sesuatu pekerjaan yang baik tetapi kita memandang remeh terhadapnya.

Justeru jadikanlah pesanan Rasulullah ini sebagai iktibar, agar kita benar-benar menjadi insan yang mencari kebahagiaan dunia demi mencapai kesejahteraan di Akhirat.

Lajunya masa bergerak!

Teks: Masayu Ahmad

Aduhai sungguh pantas masa bergerak, rasa tercungap-cungap ditinggalkan. Apa yang penting sekarang saya perlu fokus dengan trek yang ada. Fokus, fokus, fokus, jangan berpaling lagi ke belakang, teruskan sahaja perjalanan. Jika penat berhenti rehat seketika. Sambung lagi ketika bertenaga. Semangat sekarang meluap-luap untuk menyudahkan manuskrip.

Saya dapat merasakan minggu ini, anak-anak begitu baik hati. Banyak memberikan bantuan mudah. Hanya Aiman sahaja kadangkala yang banyak menguji sabar saya. Arissa sungguh mudah menjaganya. Tinggal lagi 5 bulan 20 hari. Saya mahu mengira masa. Biar saya tahu pergerakan hari, agar mudah menjejaki apa yang sudah diselesaikan.

Beberapa hari lagi cuti sekolah sudah tamat. Alhamdulillah, fikiran saya sekarang mahu Hakim cepat khatam al-quran. Sepatutnya mahu dia lancar quran dahulu sebelum lancar membaca. Sebaliknya pula berlaku. Tidak apa saya akan cuba pula untuk Arif, Aiman dan Arissa. Sudah tentunya saya mahukan Arissa menjadi seorang hafizah, juga mengajar al-quran sebagai karier utama. Juga akan saya perturunkan agar Arissa menguasai penulisan sebagai mana saya. Saya masih banyak kurang ilmunya. Agarnya nanti Arissa boleh menulis dan menyampaikan dakwah berterusan melalui penulisan. Insya-Allah. Juga akan meneruskan impian murni arwah nenek yang tidak kesampaian.

Ini kata-kata arwah yang masih kemas dalam kotak fikiran.


Ya, arwah emak terpaksa melupakan hasrat menyambung pelajaran kerana pada masa dahulu menyambung pelajaran, tambahan pula jauh tidak digalakkan. Arwah menerima sahaja arahan nenek, yang menjaga ramai cucu, kebanyakannya adalah anak yatim. Ya bukan seorang tetapi beberapa orang. Menjaga anak saudara yang kecil. Kerana arwah emak adalah anak yang bongsu. Kedai usang yang dahulunya adalah tempat berniaga, dijadikan sebagai tempat mengajar mengaji budak-budak kampung. Ia kini hanya sekadar memori. Al-Fatihah.

Wednesday, June 8, 2011

Sabar sahaja

Teks: Masayu Ahmad

Punyalah panjang entri saya tadi, tup-tup terdelete begitu sahaja. Tak ada rezeki kalian dan juga rezeki saya. Tajuknya tadi 'stres", jadinya saya tidak mahu stres kerana hilang entri panjang tadi. Maksudnya tiada rezeki saya di situ. Ok, satu lagi pagi indah. Jemur kain sudah, dan ada lima tugasan yang perlu selesai sebelum jam 12 malam. Mudahan saya diberi kekuatan menyiapkan seberapa manuskrip. Matlamat bilangan adalah rahsia saya, apabila garis penamat selesai saya rangkul baru saya kongsikan dengan kalian.

Ok, mahu menyambung tugasan untuk hari ini. Salam kasih sayang. Semoga apa yang kita lakukan hari ini adalah bekalan terbaik untuk fasa kehidupan seterusnya iaitu negeri abadi. Dalam ini ada perkhabaran dua kematian. Dua-duanya berada dalam lingkungan usia muda awal 30-an. Mari ambil iktibar, apa kita merenung kembali, amalan masih belum cukup jika sudah dipanggil pencipta. Tidak cepat dan tidak lambat. Jadi mulakan apa sahaja tugasan kerana 'Dia', kita bekerja untuk 'Dia', kita menjadi hamba 'Dia'. Kerana 'Dia' adalah majikan kita yang sebenar. Kita bukan hamba manusia tetapi hamba 'Allah'. Istigfar banyak-banyak, ingatkan kematian akan kunjung tiba pada bila-bila masa, bekerja sebagai ibadah, suri sebagai ibadah dan ikhlaskan diri dalam apa sahaja tugasan harian. Insya-Allah.

Tuesday, June 7, 2011

Satu hari lagi hari penuh tenaga

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, satu hari lagi penuh tenaga. Saya kembali untuk menguatkan semangat, memulakan jadual baru. Sebaik-baik disiplin ialah konsisten untuk temph 44 hari. Saya kembali semula untuk mendaki dan mendaki, menyelesaikan manuskrip demi manuskrip.

Pagi ini bersarapan dengan bihun goreng, teh o panas dan juga karipap untuk kanak-kanak riang. Hakim tidak ada di rumah, mengikut emak saudara yang tinggal di Besut. Seminggu di rumah tok ayah dan bersambung pula cuti di rumah emak saudarannya. Bacaannya semakin lancar. Saya masih meninjau guru mengaji, mungking menghantar Arif dan Hakim serentak. Jimat masa.

Tahun hadapan juga Hakim ke sekolah, Aiman 4 tahun dan Arif 5 tahun akan ke tadika. Hanya saya dan Arissa sahaja di rumah. Makanya bermula jam 4 pagi hinngga 3 petang saya perlu menggunakan masa yang ada dengan penuh disiplin. Selepas jam 3 akan menumpukan perhatian kepada anak-anak.

Juga mensasarkan projek x dan y dapat dilaksankan Janurai 2012. Insya-Allah. Pertarungan saya kini adalah berbaki lima bulan dan 22 hari (termasuk bulan ini). Maksudnya tidak boleh main-main. Pertarungan masa dan juga disiplin agar menyiapkan kerja.

Sepatutnya projek x sudah bermula, tetapi masih ada kekangan, jadi saya akan tetapkan semula pada Januari 2012 dan jika ada rezeki projek y juga akan bermula. Doakan saya.

Selain itu, tahun ini mensasarkan kadar menyiapkan lebih banyak buku, sasarannya tinggi. Jadi saya masih lagi mendaki dan mendaki untuk menawan puncak. Masih lagi jauh, kelihatan samar-samar, berbukit, jurang dalam, sungai yang mengalir, semak samun hutan. Tetapi laluannya sudah ada, saya perlu gagahkan diri, fizikal dan mental menyelesaikan semua manuskrip yang sudah dirancang tahun lepas dan kemas kini semula awal tahun. Insya-Allah, semoga akan sampi garis penamat dengan sempurna dan puncak dapat saya tawan tepat masanya.

Monday, June 6, 2011

15 alasan popular untuk SOHO

Memang ya, semua orang mahu senang, mudah, fleksibel.


1. Bangun pagi tidak perlu sesak menempuh jalan raya yang sesak.

2. Jika ada pilihan, pilih mana-mana lokasi luar bandar untuk SOHO, tidak semestinya berada di bandar.

3. Jadual kerja fleksibel, mana-mana, bila-bila, ubah mana yang dahulu dan tidak perlu.

4. Tidak ada kerenah birokrasi, tiada mesyuarat yang tidak perlu.

5. Pilih jenis bisnes yang daripada hobi dan minat yang berpotensi untuk diusahakan.

6. Memiliki pejabat dengan dekorasi citarasa sendiri. Mahu besar dengan kelengkapa yang bagaimana, tepuk dada tanya selera.

7. Boleh sahaja menghantar anak-anak separuh hari di taska, separuh hari lagi bersama anda. Waktu pagi fokuskan untuk bekerja terlebih dahulu.

8. Bagi yang mempunyai anak kecil tidak lagi risau, tentang pembantu rumah, boleh upah pembantu yang datang siang hari sahaja. Jadi anda boleh memantau anak-anak dan juga pembantu.

9. Tidak lagi buru-buru mengejar masa waktu pagi menghantar anak A ke rumah pengasuh, B ke sekolah rendah, C ke sekolah menengah.

10. Buat jadual fleksibel merangkumi urusan kerja (SOHO) jadual keluarga iaitu termasuk jadual sekolah anak-anak.

11. Mudah memantau dan menjaga ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan perhatian dan kasih sayang (saya lah tu ;P).

12. Pilih destinasi lokasi tempat tinggal jauh dari kota, pinggir bandar atau mana sahaja pilihan untuk membesarkan anak. Anda tidak terperangkap jalan sesak 12 jam pemanduan ketika musim cuti sekolah dan musim perayaan.

13. Masa cuti kita cuti, masa orang lain bekerja kita sudah ke sana- kesini tempat pilihan sendiri. Tiada lagi perlu cuti panjang, pilih cuti khusus sahaja jika mahu. (saya jugalah itu ;P)

14. Jika mahu cuti, cuti sahajalah, jika mahu kerja, mula kerja berganda-ganda mengikut matlamat dan kemampuan sendiri. Ganjaran anda sendiri yang dapat.

15. Apabila bekerja sendiri, gaji sendiir, usaha sendiri, jadi masa yang digunakan adalah berbaloi-baloi walaupun kerja hingga lewat malam.

Fokus dan terus konsisten, semak semula gerak kerja

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, bulan Jun sudah menjelma, sudah setengah tahun. Mari kembali melihat apa yang sudah berjaya diselesaikan dan apa yang sudah belum.

Lihat dan semak semula:

1. Perancangan jangka pendek
............................................
...........................................
..........................................
...........................................

2. Perancangan jangka panjang
.............................................
............................................
...........................................
...........................................
...........................................

3. Sudah dicapai sehingga Jun
..............................................
.............................................
............................................
............................................
............................................
4. Perkara yang sedang diusahakan- bila tarikh akhir?
...............................................
..............................................
..............................................
..............................................
..............................................
5. Apa lagi yang ingin diselesaikan sebelum
..............................................
.............................................
.............................................
.............................................
.............................................


Mari kita semak semula, Ambil pen dan kertas. Ini boleh membantu kita apabila kita mula tidak bersemangat, hilang semula matlamat. Jejaki semula trek kita yang asal, perancangan yang dibuat awal tahun.

Saya ingin berkongsi apa yang dibaca di dalam buku Nota Jutawan Nota Motivasi yang ditulis Irfan Khairi.

Sekiranya da satu sahaja elemen yang perlu diubah dalam diri kita dalam mencapai kejayaan cemerlang, elemen tersebut ialah sikap atau attitude.

"Mereka yang berjaya menanamkan sikap istiqamah melakukan kerja sukar, penting untuk memberi pulangan.

Manakala mereka yang tidak berjaya menanamkan sikap suka melakukan suka melakukan kerja mudah, tidak penting dan sentiasa untuk releas stres."

Sunday, June 5, 2011

Apa beza Jana Rm Dari Rumah dan ebook www.janawangdirumah.com

Teks: Masayu Ahmad

Terima kasih yang sudah membeli Jana RM Dari Rumah, dan yang sudah membeli ebook http://www.janawangdirumah.com/ . Ada yang bertanya apakah beza buku Jana RM Dari Rumah dan ebook.

Kali ini saya mahu jelaskan, siri yang saya tulis ialah berkaitan panduan bekerja di rumah, wanita bekerja dari rumah, tip untuk suri rumah menambah pendapatan, juga tentang bisnes kecil di rumah atau pejabat di rumah, atau lebih popularnya SOHO-small office home office

Buku Jana RM Dari Rumah- adalah panduan asas tentang persediaan bekerja dari rumah, langkah demi langkah.

Ebook- panduan bekerja di rumah untuk wanita, walaupun spesifik kepada wanita, tetapi ramai juga lelaki yang telah memilikinya.

Ada persamaan sekitar 10 hingg 20 peratus, tetapi olahan dan contoh yang disertakan adalah berbeza.

Dalam buku Jana Rm Dari rumah- saya sertakan laman web yang sesuai untuk berforum, iaitu contoh wanita yang berjaya sukses yang menyediakan platform untuk lebih ramai wanita lain untuk bermula atau menambah pendapatan. Juga dua usahawan online iaitu Wan Rohani Wan Ismail dan Zubaidah Ar'baie. Boleh baca pengalaman mereka. Wan Rohani dahulu seorang wanita bekerjaya sekarang sepenuh masa mengusahakan bisnes. Manakala Zubaidah berkongsi bagaimana permulaan beliau, pengalaman pahit manis, sehingga kini sudah sukses dengan laman web jualan online.

Dalam Ebook http://www.janawangdirumah.com/

Saya tampilkan pula tiga orang usahawan SOHO- Dua adalah sepenuh masa, manakala seorang lagi nazira noran, iaitu http://www.nazira.biz/ mengusahakan atau menjana pendapatan sampingan yang lumayan melalui bisnes online. Walaupun sudah bekerjaya tetap di radio24, Nazira masih mendapat pendapatan lumayan daripada bisnes sampingan yang bermula sebagai hobi dan kini memberi pulangan yang baik.

Beberapa contoh usahawan di atas boleh dibaca dalam buku Jana RM Dari Rumah atau ebook http://www.janawangdirumah/. Pilihan di tangan anda. Dalam ke buku dan ebook ini juga saya senaraikan beberapa idea bisnes yang boleh diterokai.

Sementara menunggu buku-buku lain dalam siri ini, apa kata kalian baca dan khatam dahulu buku Jana Rm Dari Rumah dan juga ebook http://www.janawangdirumah.com/ dan akan meneroka bersama saya untuk buku-buku seterusnya.

Selamat membaca

http://www.janawangdirumah.com/
http://www.masayuahmad.com/

Idea bisnes di musim perkahwinan

Teks; Masayu Ahmad

Jika tiba di musim perkahwinan, banyak idea bisnes yang boleh disenaraikan. Bermula kotak cenderahati untuk tetamu, katering, butik kahwin, jahitan pakaian kahwin, tempahan kanopi, tempahan hantaran, kad kahwin dan pelbagai lagi. Sama ada ini disatukan dalam pakej untuk 'majlis perkahwinan' atau dipilih mengikut kesesuaian.

Salah satu manisan yang akan diletakkan di atas 'par' atau sebagai hantaran adalah pilihan kek, manisan, puding atau apa sahaja. Pilih yang mana paling dekat dengan kalian untuk bermula. Ia boleh dijadikan hobi menambah wang tambahan, atau sebagai permulaan untuk mencari pengalaman.

Saturday, June 4, 2011

ceritera kehidupan

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, menjelma lagi pagi penuh indah dengan momentum baru. Mahu memulakan manuskrip baru. Mesti kalian muskyil asyik menulis sahaja, mana bukunya, bila terbit. Usai menulis, manusrip masih lagi dalam proses, di tangan editor, proses sunting, desain, proses pra cetak, proses dapatkan isbn, proses itu, proses ini. Jadi sudahnya kerja saya menulis, makana teruskan sahaja menulis, yang lain serah pada yang pakar. Jika sudah hampir siah saya hebah-hebahkan di sini.

Insya-Allah manusrip baru laksana trek baru, perjalanan baru. Selepas seminggu berada di rumah ayah, ada bahan hampir selesai. Jadi saya mahu sambung menulis semula di komputer. Dua kotak barang saya berjaya saya sudahkan. Masih banyak barang, semasa pindah dahulu, ada juga di rumah sana dan di rumah sini. Belum ada kata putus mahu pindah ke mana. Mahu pindah ke tidak, pindah ke tidak. "Tidak sampai hati meninggalkan orang tua bersendirian" maka "kami berada di sini" untuk meriangkan generasi warga emas, yang perlukan tawa riang dan kebisingan suasanan yang mampu memecah kesunyian, sementara menanti hari-demi hari.

Semalam ada tiga kenduri, berjaya ziarah dua sahaja. Satunya rombongan 'belarak' sepupu en.suami. Petangnya, sambut menantu juga belah suami. Balik dengan keadaan keletihan. Suasana di Kelantan tidak ubah seperti musim raya, jalan sesak, sana-sini kenduri. Saya tidak tahu di negeri lain macam mana, mungkin kalian boleh kongsikan bersama saya. Jika mahu berjalan-jalan, batalkan sahaja niat, kerana apabila cuti panjang, maka 'berjujuk' kereta di atas jalan. Sana sesak sini sesak. Aduhai, ramai yang datang ke sini, disebabkan mahu bercuti, juga kebanyakan meraikan 'majlis perkahwinan'. Mana-mana home stay cukup meriah dan penginapan motel, hotel memang penuh.

Ada dua ziarah lagi yang perlu saya lunaskan, satu bapa saudara yang menghidap kanser darah dan juga jangkitan kuman di otak, ziarah ini perlu saya segerakan. Saya sudah ziarah di rumah, kini Pok Ngoh sudah ada di hospital.

Juga ziarah sahabat yang kehilangan pertama hati ketika kehamilan mencecah tujuh bulan. Mahu pergi mengembirakan hati sahabat, ia kehilangan namun ia datang bersama hikmah yang kita pasti tentu ada kebaikan yang terselindung.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin