Monday, December 7, 2009

Sean Belnick Mulakan Perniagaan Kerusi Di Internet

Ini adalah artikel langganan yang dihantar melalui email daripada Team FlareBiz. Mari kita kongsikan bersama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi masayu, hari ini kami ingin berkongsi kisah seorang remaja
menjual kerusi secara online dari bilik tidur dan kini syarikat
beliau telah bernilai RM84 juta ringgit.

Remaja yang kami maksudkan tadi ialah Sean Belnick. Beliau telah
mula menjual kerusi di Internet ketika berusia 14 tahun dengan
hanya bermodalkan $500 (RM1750). Paling menarik, beliau hanya
menjalankan perniagaan ini dari bilik tidur sahaja!

Kisahnya bermula ketika beliau melawat kedai ayah tirinya yang
menjual perabot. Ketika bersiar-siar melihat gelagat pembeli yang
membanjiri kedai ayah tirinya tersebut, Belnick mendapat satu idea
yang menarik.

Beliau mula berfikir, kenapa tak bina sahaja satu kedai online yang
dapat menjimatkan masa dan tanpa perlu sakit kepala para pelanggan
untuk berurusan dengan salesman semata-mata untuk mendapatkan
sebuah kerusi?

Sejak detik itu, beliau bertekad untuk membina sebuah kedai online
menjual kerusi di Internet dan terhasil lah sebuah kedai online
bernama BizChair.com. Ketika itu beliau telah mengambil gambar
sekitar 50-100 jenis kerusi untuk dimasukkan ke dalam laman web
tersebut dan beliau menggunakan sedikit modal untuk melakukan
pemasaran.

6 tahun berlalu, BizChair.com mempunyai 75 orang pekerja dengan 25
ribu jenis kerusi yang diambil daripada 200 pengilang. Pelaburan
bernilai RM1750 itu kini bertukar menjadi RM84 juta! Google dan
American Idol antara yang menjadi pelanggan syarikat beliau.

Anda sendiri boleh melihat bagaimana idea yang simple begitu boleh
menjadi satu perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Belnick
mungkin bersusah payah untuk membina kedai online dia sendiri
tetapi anda kini boleh membina kedai online dengan sangat mudah.

Ini kerana kami mencipta Niagakit untuk anda! Niagakit akan
membantu anda untuk memiliki sebuah kedai online sendiri yang dapat
menjual apa sahaja produk anda di Internet. Namun, harga Niagakit
akan naik kepada RM999 dalam masa kurang 48 jam.

Kalau anda berminat untuk memasarkan produk anda secara online,
maka anda MESTI mendapatkan Niagakit sekarang juga

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin