Tuesday, December 8, 2009

Jom berkenalan dengan Peserta 7,8,9,10,11

Peserta 7

Lisavskhusairi- http://erynaraisya.blogspot.com

1.Apakah status anda kini?

a.Wanita bekerjaya

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

1. Mahu menjadi seorang wanita yang bekerjaya yang cemerlang disamping memiliki bisnes sampingan samaada secara online atau sebaliknya agar dapat menjana pendapatan yang lebih baik bagi membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. tapi buat masa sekarang masih tercari-cari ilham item yg ingin dipasarkan.Kalau boleh nk buat bisnes secara online sejajar dengan perkembangan zaman sekarang yang lebih kepada teknologi dan bersesuaian dengan kerjaya saya sebagai Programmer di tempat kerja, yang mana komputer selalu didepan mata setiap masa.

2.Ingin menjadi isteri yang solehah kepada suami dan ibu yang cemerlang,terbaik,dan sebagai model kepada anak-anak dimasa akan datang agar mereka lebih cemerlang dan berjaya serta dapat mengimbangi tugas sebagai pembantu keluarga dan ibu anak-anak saya.

3.Ingin menjadi contoh kepada org disekeliling(keluarga) dengan berbagai kejayaan yang diperolehi nanti dan model kepada adik-adik yang masih kecil...seterusnya dapat berbakti kepada kedua ibubapa saya n kedua mertua saya...Insyaallah...

Peserta 8

Wan Anie -http://tintacomellote.blogspot.com


Apakah status anda kini?


b.Wanita bekerja dari rumah (WAHM)
d.Bisnes atau bekerja sendiri (SOHO)

Maaf saya terpaksa memilih 2 jawapan ini. Saya sebetulnya adalah SOHO selepas meninggalkan karier dalam lapangan "rangkaian" hampir 2 tahun yang lepas, tetapi sekarang bertukar menjadi WAHM atas beberapa faktor selepas mendapat bayi ke-3 empat bulan yang lepas. Sekarang saya berkerja sepenuh masa di rumah bersama 3 anak.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

1. Setiap manusia yang ingin berjaya di masa depan perlu ada cita-cita. Saya mempunyai impian yang besar di masa depan untuk mempunyai butik pakaian sendiri (butik pakaian kanak-kanak) di alam nyata pada 2010. Sekarang saya hanya mempunyai butik kanak-kanak yang beroperasi di Comel Lote Collections.

2. Saya berazam untuk memiliki kedai 24jam One Stop Center di alam maya yang menjadi rujukan pelanggan dan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada pelanggan.

3. Saya mahu meluangkan banyak masa bersama anak-anak dan keluarga serta mempunyai pejabat yang khusus di rumah. Jadual kerja yang tersusun dan masa berkualiti bersama keluarga.

4. Saya ingin bergelar seorang ibu dan usahawan yang berjaya

Peserta 9

Putrizdnie Euphemism- http://pu3zdini.blogspot.com


1.Apakah status anda kini?

a. Wanita bekerjaya

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Saya memang menginginkan menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa. Dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan sendiri. Dengan cara ini saya mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga.

FYI, saya telah bekerja dengan badan berkanun hampir 5 tahun. Ofis saya terletak di KL dan saya tinggal di Rawang. Memang setiap hari saya terpaksa menghadapi jammed yang amat teruk. Keluar rumah pukul 7am sampai rumah pukul 7pm, maknanyer saya telah berada di luar rumah selama 12 jam - 8 jam cik DINI tido so saya cuma ada 4 jam bersama dia. Adakah cukup bagi seorang ibu untuk bersama si anak? Sekarang saya mungkin masih boleh menarik nafas lega kerana cik DINI blum bersekolah... tapi bagaimana pula bila tiba masa nya nanti. Saya takut saya tak mempunyai masa untuk mendengar cerita dia, keluhan dia, masalah dia, pendidikan dia etc

Tapi memandangkan ekonomi sekarang, ia meMAKSA saya untuk bekerja makan gaji... bukan tak mahu mencuba membuat perniagaan sambilan tapi saya tak tahu cara yang betul. Saya perlu fikir dari sekarang bagaimana untuk mengubah cara hidup kami agar menjadi lebih BAIK. Mungkin dengan adanya buku ini, segala persoalan akan terjawab...insyaallah

Peserta 10

http://ummi-hanie.blogspot.com

1. Apakah status anda kini?


Saya berstatus SAHM (stay-at-home-mom) , merangkap full-time housewife . Saya tidak pernah bekerja di mana2 sektor awam mahupun kerajaan . Sedang dalam perjuangan untuk menjadi seorang WAHM dalam masa terdekat ini dengan membuka kedai online (blogshop atau e-shop dgn domain sendiri) . Saya meminati kedua-dua jenis produk untuk perniagaan online ini iaitu produk digital seperti e-book dan produk fizikal seperti pakaian wanita,bayi dll .

2. Apakah impian anda pada masa hadapan?

Seperti yang saya jelaskan tadi , saya sangat mengimpikan untuk memiliki perniagaan online sendiri , di mana saya boleh menjual produk2 digital dan fizikal . Saya selesa berada di rumah menjaga keluarga dan ingin terus begini dengan bergelar seorang WAHM pula . Saya mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan saya mahu mereka terus berada di bawah jagaan saya sehingga dewasa . Dengan menjadi WAHM , saya mempunyai bisnes sendiri yang dikawal 100% oleh saya (dan suami) dan anak-anak juga tidak akan terabai , insyaAllah .

Ada 3 pilihan buku dan saya telah memilih buku Pilihan 1 iaitu 101 Idea Bisnes Home -Based karya Junaidah Hamdan .

Peserta 11

Hanz- http://thehoneybunch.blogspot.com


1.Apakah status anda kini?

Saya wanita bekerjaya sedang menjinak-jinakkan diri dengan pendapatan sampingan supaya sterusnya saya berkemampuan laksanakan dengan sepenuhnya kerjaya yang tidak memerlukan saya berjauhan daripada keluarga.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Mahu menjana pendapatan sendiri dan memiliki perniagaan sendiri di mana keluarga tetap menjadi keutamaan. Saya tidak mahu terikat dengan waktu kerja yang tetap dan memaksa saya berjauhan daripada anak-anak. Saya mahu mengoptimumkan kepakaran dan ilmu saya dengan sepenuhnya.

Buat masa ini, saya pergunakan sepenuhnya masa yang terluang dengan blog saya atau lebih mesra dipanggil Chatterbox yang baru nak masuk setahun ni.

Saya baru bina satu lagi blog http://saleathoneybunch.blogspot.com (TheHoneybunch Marketplace) sebagai satu langkah ke arah mencapai matlamat saya seterusnya. Masih banyak yang saya perlu pelajari tentang selok-belok blog dan buku sebegini pasti dapat membantu saya.

Saya suka sangat baca buku dan buku sebegini adalah antara buku yang sememangnya antara yang tersenarai dalam pencarian ilmu saya.

Nota 1: Tarikh tutup: 10 Disember 2009 Pengumuman: 5 Disember 2009

Nota 2 Kategori Pemenang

Kategori Buku : 2 Pemenang (Kesungguhan & Komitmen)
Kategori Penghargaan: 10 pemenang (Layak untuk dimasukkan dalam artikel)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin