Tuesday, December 8, 2009

Peserta1,2,3, 4, 5, 6 peraduan Buku Inspirasi Contest !

Peserta Pertama:

http://sitisifir10.blogspot.com/

Bismillah,

Saya selalu menjengah ke blog Puan Masayu. Di blognya ada banyak perkara yang boleh diketahui untuk seseorang yang mahu bekerja dari rumah. Tidak setakat tips, penulis juga gemar mencadangkan dekorasi yang sesuai untuk rumah WAHM dan lain2. Baru2 ini, Puan Masayu buat pula satu contest. Satu daripada hadiahnya menarik hati saya.

1.Apakah status anda kini?

Saya adalah Working At Home Mom. Syukur saya memiliki kedai dimana kami tinggal di atasnya. Saya hanya turun sekali sekala atas permintaan.


2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Saya mahu meluangkan lebih masa kepada anak2 dan suami dan saya berharap saya hanya perlu memantau perniagaan kini tanpa mengurusnya sepenuh masa seperti kini. Jadi saya boleh beri tumpuan kepada cabang lain juga. Ini akan menjadikan anak2 saya lebih kreatif dalam membentuk kehidupan masa hadapan mereka kelak. Kehidupan ini punya ciri yang pelbagai, saya bimbang anak2 terkongkong dalam dunia optikal dan dunia penternakan kami berdua. Lalu saya perlu berusaha gigih dari sekarang untuk memastikan anak2 saya tidak terkongkong dalam lingkungan pemikiran kami sahaja. Buku ini insya ALLAH dapat membantu saya mencorak lebih banyak cara mencari sumber kewangan walaupun berada di dalam rumah sahaja.

Peserta Ke-2

Azierah- http://mawar-ayu.blogspot.com

Buku Inspirasi Contest by Puan Masayu.

Satu contest yg lain dr yg lain.
Untuk contest ini saya tidak perlu tempek gambar Imran,
Tetapi tempek gambar buku yg menjadi pilihan saya,
Jawab dua soalan yangg dikemukakan.


Actually, saya tahu contest ini pun setelah melawat blog Siti Sifir.
Terdetik pula di hati nie nak join.
Sekadar berkongsi rasa & pendapat, x salah rasanya.


1. Apakah status anda kini?

Wanita bekerjaya.

2. Apakah impian anda pada masa hadapan?

Saya ingin menjadi seorang ibu yg bekerja dr rumah, tp mampu menjana pendapatan buat keluarga. Ingin meluangkan lbh byk masa saya bersama anak2 dan keluarga.. Ingin mempunyai jadual kerja yg lebih fleksibel. Tetapi masih bebum jumpa jalan yg betul-betul meyakinkan saya untuk bekerja dari rumah. Masih tercari-cari kerja sambilan yang mampu dilakukan dari rumah. Dlm keadaan ekonomi sekarang, banyak yang perlu difikirkan.

Peserta Ke-3

Nurhidayah Nazahiyah- http://hidanaza.blogspot.com/2009/11/day-55-peraduan.html

1.Apakah status anda kini?

c.Surirumah sepenuh masa (SAHM)
- Buat sementara waktu ( 1 tahun sahaja bercuti tanpa gaji), saya adalah surirumah sepenuh masa kerana menemani suami yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di United Kingdom. Masih mempunyai kerjaya tetap sebagai eksekutif di syarikat multinasional. Punya keinginan untuk mempunyai perniagaan online tetapi masih tercari-cari kesesuaian. Baru berjinak-jinak dengan dunia online kerana semasa bekerja tidak sempat untuk mencari maklumat akibat kesuntukan masa.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

2.Mahu sukses sebagai wanita bekerjaya dan mampu mengimbangi urusan keluarga dan kerjaya.


Buat masa sekarang, nampaknya oleh kerana belum ada sumber pendapatan sampingan yang boleh dibuat belanja sebagai elaun ibubapa maka saya masih perlu bekerja. Saya tidak bermimpi untuk menjadi pengurus besar syarikat tetapi cukuplah punya wang untuk berbelanja sederhana dan berbakti kepada ibubapa disamping bebas dari belenggu hutang. Alhamdulillah, semua hutang sudah saya langsaikan sepanjang 6 tahun bekerja. Itupun kerana menyekat nafsu dari berbelanja bonus tahunan dengan membayar hutang pengajian.

Saya juga impikan perniagaan online yang saya boleh lakukan di mana-mana sahaja kerana tugas suami yang perlu berhijrah ke cawangan syarikat yang berbeza. Saya tidak mahu keluarga berjauhan antara satu sama lain sekiranya kami tidak punya peluang untuk bekerja di tempat yang sama. Andai saya punya sumber kewangan sampingan, maka saya tidak ragu-ragu untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

(Dihantar melalui email)
Terima kasih.
Nur Hidayah Nazahiyah Bt Erham
Manchester City, UK

Foto:http://chocville.blogspot.com

Peserta 4

Faziatun Nisa'-http://fazya.blogspot.com/

1.Apakah status anda kini?

Wanita bekerjaya.Saya adalah seorang pekerja kontrak sebuah badan berkanun yang selalu berangan-angan supaya Ketua Jabatan mengumumkan kakitangan jabatan ini boleh bekerja dari rumah. Pada masa lapang saya mengisinya dengan mengajar, membuat coklat dan menjualnya.

Sila ke http://chocville.blogspot.com

2.Apakah impian anda di masa hadapan?

Alangkan jawab soalan pun leh berangan, mmg la saya ni banyak impian.

•Menjadikan blog saya lebih efisien dan lebih masyuk daripada pendapatan saya di badan berkanun berkenaan.

•Dari dahulu lagi saya mengimpikan dapat bekerja dari rumah dengan harapan saya boleh menjaga dan mendidik generasi masa hadapan saya dengan tangan saya sendiri (wahai anak-anak, murnikan harapan 'ibu' ini).

•Saya berhasrat bangunkan satu hub (Wah! saya yang berwawasan),latihan kepada generasi muda dengan kemahiran tertentu supaya "kekangan payah nak dapat pasaran bekerja dengan orang" dapat ditangani dengan mudahnya iaitu, bekerja sendiri dan juga tidak bergantung harap untuk dapat pencen kerajaan.

•Saya mahukan masa fleksibel untuk diri sendiri, keluarga, dan bakal keluarga.

•Sememangnya saya sangat gembira menulis blog.

Peserta 5

Ely Hasrul- http://mrspapi.blogspot.com

1 Apakah status anda kini?

- i want to put - Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan (Nyatakan); as i'm a tupperware dealer now and i make so little extra money for that (sbb buat sekadar suka suki) but i think i just answer Wanita bekerjaya dulu for now.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Impian saya dimasa akan datang ialah ingin menjadi WAHM. Saya tidak mahu menjadi wanita bekerjaya sebenarnye. I'm a mother with expenses.

Sekarang saya sedang menyelaraskan semua hutang piutang saya, restructure balik bak kata kakak (she's a bank manager anyway), menghalang diri dari berbelanja (agak susah juga) dan menggunakan sumber yang ade untuk menambah pendapatan (kena buat yard sale nih).

Diharap dalam masa 2 tahun saya berjaya bangkit semula dan dapat juga duduk dirumah bersama Sami (yg dah pandai pakai seluar sendiri di umur 21bln huh sedihnye). Tahun 2011 nantikan saya. Samada tahun itu menjanjikan kegembiraan (sbb umah dah siap) atau juga mendapat dugaan (sbb expenses dah bertambah)

Peserta ke-6

NurShah-http://nurshahfamily.blogspot.com/

Assalamualaikum w.b.t

Dalam umi bersiar-siar dari blog ke blog umi ade jumpa satu peraduan unik dan lain dari yang lain, hanya jawab dua soalan, umi mahu mencuba nasib kalau-kalau ada peluang untuk menang.

1.Apakah status anda kini?

Wanita bekerja dari rumah (WAHM)

2. Apakah impian anda pada masa hadapan?

Nur ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa ada setiap kali keluarga memerlukan saya. Di samping dapat menjana pendapatan tambahan untuk simpanan masa depan anak-anak dan keluarga.

Ingin mempunyai jadual kerja lebih fleksibel. Kini saya ada berniaga secara kecil-kecilan secara online. Nur masih mencari peluang yang dapat memantapkan perniagaan yang telah Nur mulakan secara online. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, banyak yang perlu difikirkan dan dilakukan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin