Tuesday, December 8, 2009

Menu malam ini

Teks: Masayu Ahmad

Pic: Google

Tentu anda kering idea mahu masak apa. Pilihan berikut contoh resepi pantai timur, tak lapar pun boleh kecur air liur. Saya ambil pic daripada carian google.

Ikan singgang



Ikan Bakar

http://farm2.static.flickr.com/1358/1426461675_a4f3f945c5.jpg

Ini adalah contoh menu citarsa orang Kelantan, menu sihat. Wanita dalam pantang boleh cuba ikan singgang dan ikan bakar. Bagi wanita lepas pantang boleh tambah lagi ulaman dan budu. Makan bersama nasi panas. Menu ini sesuai untul tengahari dan malam. Saya ada ikan selar, budu, tempoyak. Mahu dikerjakan sekejap lagi buat kanak-kanak riang. Budu sudah dibuktikan melalui kajian MARDI mempunyai banyak khasiat iaitu kadar protein dan zat besi yang tinggi. Ada artikel kajian tersebut, jika saya ingat saya akan siarkan, jika saya lupa, maksudnya memang saya lupa lah tu :D.

Ok, bagi surirumah dan anda yang masih di pejabat mungkin menu ini sesuai untuk wanita sibuk. Masak ikan singgang campak-campak sahaj, rebus dengan api perlahan hingga masak. Ikan bakar, masuk sahaja dalam oven pembakar ikan, biarka saja. Budu dan ulaman boleh sahaja dihidangkan bila-bila masa anda suka. Ok selamat menjamu selera.

Ulaman


Budu

3 comments:

Unknown said...

huh...memang pecah ayaq liuq sungguh orang kedah kata. hehehe...dok dalam mtg room ni. perut dok bunyi dah ni when saw all those photos.

zarin said...

uhh..sedap!sedap!kesukaan kami sekeluarga tuh...cepat, pantas & yg penting sedap dimakan..

Masayu Ahmad said...

comeybelako

memang menu ini menyentap selera

zarin

walaupun mudah, tapi gak jarang juga sy buat

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin