Sunday, November 3, 2013

Hari ini agak kaku

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Hari ini agak kaku, biasnaya berpagi saya sudahs selesai 10 mukasurat. Ya saya masih marathon dua manuskrip bulan ini. Juga dua lagi cover, tunggu ya akan terbita panduan pantang lengkap 44 hari bersalin, merangkum rawatan tradisional dan moden.

Ya salah satu ruang di mingguan wanita dahulu adalah ruangan cantik dan sihat dan saya banyak menulis rawatan untuk berpantang, lama hasrat ini terpendam untuk menyiapkan. Inys-Allah, akan saya uar-uarkan di sini. Ya, satu lagi ialah 44 resipi pantang tradisional sihat dan berkhasiat merangkumi semua negeri di Malaysia. Alhamdulillah, saya tidak sabar untuk menunjkkan dua cover ebook ini. Ini adalah saat yang saya nanti sekian lama.

Juga, dua ebook lagi bakal menyusul 101 idea home based bisnes dan juga panduan khidmat pelanggan online. 4 ini saya sedang pulun, pulun sepulunnya.4 ini perlu diselesaikan sebelum 1.1.2014.

Mari kita kelip-kelip mata. Alhamdulillah dua hari ini, saya detoks kepada diri sendiri, mengemas 3 ruang bilik. Masya-Allah banyak juga yang akan dibuang, antaranya baju-baju yang masih ok, tetapi sudah lama tidak pakai. Barang-barang yang tidak diperlukan. Saya sediakan tiga kotak untuk agihkan perkara berikut.

1. Pakaian yang masih elok.
2. Barang-barang yang kita rasa sayang tetapi tidak diperlukan, jadi pejam mata sahaja sisihkan.
3. Susun semula tiga kotak buku khusus untuk Aiman, Arif dan Hakim. Jadi beli semalam dua tambahan kotak baru. Satu untuk Aiman, Arif dan Hakim. Usai mengemas dapat pula kosongkan lagi satu kotak, jadi semua buku-buku dan mainan Arissa masukkan di situ

Ubahsuai semula soho

Saya ubahsuai semula, kedudukan komputer dan tempat anak belajar, selalunya bilik ini khusus untuk saya bekerja dan menulis. Ruang sebelah juga untuk anak-anak. Ya, anak-anak tumpang teruja, juga.

Ok, saya mahu reward satu lagi untuk diri sendiri, iaitu mahu dapatkan skrin yang lebih besar, khusus untuk menulis. Jadi yang lain semua sudah ada, sasaran 2013 masih lagi 12 ebook. Insya-Allah makin hampir tercapai. Tahun hadapan saya sudah mula mengejar untuk lebih banyak menghasilkan manuskrip untuk buku pula, ya sasaran lagi 18 untuk jadikan 30 sasaran 2014. Maksudnya di usia 35 tahun saya sudah selesai 30 buku, sasaran peribadi adalah 100 buku. Insya-Allah.

1 comment:

ZTCraft said...

Resepi pantang tradisional...menarik tu..coz sepanjang saya berpantang sedirian ni ( sebetulnya sekarang masih dlm tempoh berpantang..10 hari lagi..;), saya sangat teruja utk surf n cuba resepi2 pantang tradisional ;)...good job pn. Masayu share kebaikan utk wanita ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin