Pagi indah sudah bermula, bersama susunan tugasan. Cuaca molek indah dan bugar. Semalam semasa di laman rumah, melihat mok jah sedang mengutip dokong yang lebat. Pokok itu hanya bersebelah sahaja dengan SOHO saya. Kalau menjeling ke luar tingkap nampaklah barisan pokok segar termasuk dokong pokoknya kecil sedang melebat.www.janawangdirumah.com
Dua minggu sudah juga Pok Sid ada panjat dokong atuk di laman kanan. Dapat satu raga besar pakaian dan satu besen. Satu raga pok sid bawa balik, satu besen untuk cucu-cucu atau aka anak-anak kami lah tu. Keliling rumah memang atuk ada tanam, manggis, dokong, rambutan, dunia dan pelbagai lagi buah.
Maksud yang saya mahu saya sampaikan di sini, sifat atuk, suka membuat pelaburan pasif. Kini walau sudah hujung musim, anak-anak saya memang puas menikmati buahan hanya dari keliling rumah.
"Beli lagi beberapa pokok dokong nanti boleh tanam."
"Nok wak gapo lagi atuk, nok mati doh." Tegas mok.
Begitulah atuk, orangnya suka melabur dan dia memang diam-diam ubi berisi. Ubinya banyak yang berisi ketika dia berusia warga emas. Ada satu kebun, penuh dengan dusun buah. Saya suka cara bapa mertua, diam-diam, pelaburan pasifnya banyak. Banyak ilmu yang saya lihat dan contoh di depan mata. Dia tidak suka bercakap, tetapi lebih kepada tindakan.
Petang semalam dapat juga satu plastik dokong manis dari laman mok jah. Indahnya berjiran, saya tumpang sama.
Salam kasih sayang.
MasayuAhmad.com
Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden.
No comments:
Post a Comment