Teks: Masayu Ahmad
Antara minat dan kesungguhan dan ia bersatu dalam perjalanan perjuangan. Mengapa minat dalam penulisan diteruskan kerana di dalamnya kita mencerap dan berkongsi dan menerima pelbagai kisah menarik.
Catatan Netty Ah Hiyer, ini mengingatkan momen-momen ketika bergelar wartawan dahulu, http://netty-ahhiyer.blogspot.com/2013/11/hatiku-tertinggal-di-kk-negeri-di-bawah.html
Inilah contoh kisah belakang tabir kami, akan menjejalah seluruh tanah air, dijemput kerana beberapa aktiviti usahawan. Sebagai pengutip maklumat ini adalah salah satu rutin biasa. Apabila editor, kak Nuri
"Ok ayu, minggu hadapan ke Langkawi."
"Ok, ini ada pembukaan resort baru."
"Ok, ini ada tajaan ke sini, sana, sinun." (Biasanya ahli pernagaan akan menaja wartawan secara beramai-ramai atau perseorangan)
Kami dirai dengan dibawa ke pelbagai tempat dan pada masa yang sama berjumpa pelabagai lapisan usahawan hebat. Dulu tidak fb sebagaimana sekarang, jadi ia banyak disimpan dalam kamera digital. Saya pun jenis tak suka bergambar, kebanyakkanya ada dalam simpanan jurugambar.
Dan, sifat saya kalau berjalan juga menikmati betul-betul dan mencerap semua yang ada. Kalau beli belah itu bukan saya. Kerana saya suka berjalan dan mencatat sahaja. Jadi harap maaf bagi yang suka atau mahu mengirim. Makanya kirim salam sahajalah. Saya orang yang 'simple' tetapi saya suka mengali dan mencerap ilmu pengelaman sebanyak yang mungkin. Setiap hari menyediakan gelas yang kosong maka kita banyak menerika ilmu baru dengan baik sekali. Buang ego dalam menuntut ilmu, kerana selagi mana kita tebal dengan ego, rasa kita sudah pandai, ia membuatkan kita terpisah dari sempadan ilmu Allah yang lebih luas. Celup jari sahaja ibaratnya dengan lautan luas. ;)
No comments:
Post a Comment