Teks: Masayu Ahmad
Tidak lama lagi akan bermula cuti persekolahan. Masa begini anak-anaklah yang menjadi keutamaan, apakan tidak masa mereka sudah banyak bersama kita di rumah. Ada ibu bapa merai anak-anak dengan pelbagai aktiviti. Berikut panduan sebelum meninggalkan rumah dalam keadaan super tenang.
1. Rancang percutian sama ada balik kampung atau destinasi cuti lebih awal. Namun sebelum meninggalkan rumah paling seronok balik keadaan rumah siap sedia kemas dan bersih.
2. Buat aktiviti gotong royong, bersama anak-anak. Sebelum mahu reward cuti bantu dulu ibu bersihkan rumah sama-sama.
3. Bagi ada anak-anak kecil yang ramai boleh juga minta bantuan pembantu berjadual datang lebih awal sebelum bercuti. Jadi kita jimat masa.
4. Pastikan semua dalam keadaan bersih dan harum. Boleh letakkan daun pandan dan juga daun serai wangi. Apabila kita balik nanti rumah berada dalam keadaan harum dan segar.
5. Untuk pakaian, jika sudah terlalu banyak, sesekali boleh hantar dobi, sebelum dan selepas balik bercuti. Bukan selalu pun kan. Reward anak-anak, reward dulu diri sendiri.
6. Rancang aktiviti buat anak-anak, taktik saya selalunya, apabila mereka leka dengan aktiviti sendiri seperti mandi kolam, masa inilah saya menggunakan masa untuk menulis atau pun saya rehat puas-puas. Reward juga untuk diri sendiri.
7. Selain pilihan bercuti di tempat menarik, resort dan sebagainya, jadikan percutian kali ini balik ke kampung singgah singgah rumah atuk dan nenek. Elakkan menggunakan gajet. Saya walaupun kerap balik ke rumah tok ayah, biarkan mereka merai 'tok ayah'. Berbual, mengurut, makan bersama. Orang tua itulah yang digemari dapat berbual dengan anak cucu. Tidak perlulah gajat-gajet itu, sesekali pulang, pandai-pandailah mengambil hati orang tua. Gajet pembunuh suasana berkualiti dengan warga emas.
8. Apabila pulang ke rumah, pakaianlah yang menjadi perkara no.1 untuk diuruskan, sama ada hantar dobi atau rehat dulu sebelum sambung bertugas.
9. Rai anak dalam pelbagai cara, jangan lupa juga rai diri sendiri.
10. Rehat sudah, cuti pun sudah kembali merancang untuk kalender kerja pula. ;)
No comments:
Post a Comment