Monday, November 4, 2013

Hijrah paling bermakna apabila kita keluar dari 'zon selesa'

1 Muharam 3 tahun sudah, saya melahirkan Arissa, selepas pulang 2 minggu kami berkampung di icu selama habis 40 hari, kemudian pulang ke Kelantan. Patutnya tak dapat pulang lagi, masih di tahan wad, alhamdullillah, tergiang kata doktor, Arissa buah pinggangnya hanya harapan 50-50 sahaja. Saya menangis tak ada air mata, esoknya saya kuatkan semangat, jika benar hanya sebentar sahaja dipinjam puteri ini kepada saya, kenapa saya mahu gundah gulana.  

Setiap hari tanpa henti doa syifa, dan bersama keyakinan Arissa tidak apa-apa. Alhamdulillah kini sihat sejahtera. Tidak pernah saya berkongsi kisah ini secara perinci. Kalau saya mahu bersedih, lagi sedih kisah-kisah ibu di dalam sana, jadi saya ambil iktibar keadaan sekeliling. Sunggh, banyak cerita mahu dikongsi. Alhamdulillah Arissa membesar sebagaimana anak yang lain, tiada cacat cela, keletahnya menceriakan hari-hari emas atuk, mok dan tok ayah. Alhamdulillah.
Boleh baca naskah ini juga untuk mula rancang kerja dari rumah www.janawangdirumah.com 

Travelog suri 1 Muharam bersamaan 5.11.2013

Ya, di atas adalah salah satu detik berharga dalam hidup saya sebagai isteri dan ibu. Tentu sekali kalian memiliki kisah yang sebegini juga, namun olahan dan teladan yang berbeza. Setiap hari kita diberi peluang dan ujian. Tinggal lagi sejauh mana kita mengalihkan setiap ujian kecil itu dari perspektif positif.

Asyik-asyik mahu positif sahaja tidak adakah negatif. Negatif saya apabila berjumpa suri yang lemah semangat, mudah putus asa, kerja sekerap jalan. Saya memang geram, geram apabila perkara kecil dan remeh juga mahu dibesarkan, itulah negatif saya. Negatif saya ini dalam sangka baik, dan bermohon semoga ibu-ibu ini segera berubah ke arah kebaikan. Ya, saya juga pun begitu, bukannya malaikat, sudah tentu ada compang campingnya kan.

Ok, promosi bulan ini masih lagi ada, pendaftaran kelas asas blo dan penulisan dan asas blog mula bisnes boleh dapatkan ebook yang bakal terbit ini secara percuma sahaja.

Hubungi saya di fb untuk sertai kelas ya https://www.facebook.com/masayu.ahmad

Juga promosi ini masih berlangsung. Untuk pakej bekerja dari rumah,
Hanya Rm100 sahaja untuk sasaran tahun baru yang lebih baik. Rancang dari sekarang boleh bayar terus di sini, 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin