Teks: Masayu Ahmad
Beberapa tahun dahulu sebelum saya menulis dan berhasil menerbitkan lebih banyak ebook dan manuskrip, selain blog ini, ada satu blog yang saya hanya letak nama sahaja iaitu akademiberkerjadirumah. Saya tidak tahu adakah ia angan-angan saya atau sekadar letak nama blog sahaja.
Blog pertama yang kalian selalu singgah ini sudah banyak berjaya kepada saya. Saya mulakan dengan apa yang ada, apa yang saya suka dan apa yang boleh memberikan hasil. Ketika kecewa manuskrip ditolak, saya tidak pernah mengalah, tetapi hati degil saya berkata tak apa belum rezeki. Jadi saya teruskan lagi. En.suami belikan saya komputer, belikan printer, dan apa sahaja galakan dan sokongan.
Saya juga menerima penolakan demi penolakan dan akhirnya buku Jana RM Dari Rumah terbit juga. Setelah itu saya masih berusaha seperti biasa agar lebih banyak buku-buku lain juga terbit ada di pasaran. Hati sangat gembira apabila melihat buku Jana Rm Dari Rumah terpapar di MPH, Popular. Saya terus lagi menulis. Rupanya Alah mahu khabarkan kepada saya usaha lagi, usaha lagi.
Jadi apabila sudah lama sangat menunggu, saya mendapat restu lagi, rupanya Allah mahu berikan jalan kepada saya agar berkongsi rezeki dengan surirumah yang lain.
Pertanyaan demi pertanyaan bagaimana mahu mula. Jadi itulah sebab saya mulakan dengan apa yang sudah saya mulakan, iaitu bermula dengan blog dan mulakan dengan apa yang ada. Blog ini banyak memberi hasil kepada saya, bukan sekadar rezeki, sahabat yang baik dan juga barisan rakan niaga yang setia. Alhamdulillah.
Maka lahirlah akademi bekerja di rumah, iaitu antara pengisiannya adalah kelas secara online sahaja. Ia jawapan kepada banyak pertanyaan, iaitu mulakan dahulu dengan blog dan jual produk orang lain. Itu sahaja, itu adalah permulaan saya, memperkenalkan diri di medan internet.
Jujur saya kata, selepas bersara dari dunia wartawan, dunia saya masih dunia penulisan. Tetapi saya hadkan keluar, kerana saya ini mungkin tidak suka suasana hiruk pikuk, orang ramai. Cuba tanya rakan niaga saya, berapa ketul sahaja yang sudah berjumpa dengan saya, hanya sahabat-sahabat lama sahaja. Bukan tidak mahu berjumpa, tetapi itulah Masayu Ahmad, suka bekerja belakang tabir dan saya kekal begini.
Apabila ada yang mahu bertandang ke rumah juga, saya sukar mempelawa kerana lebih selesa berjumpa di luar. Maafkan saya, saya masih menjaga privasi diri dan keluarga. ;)
Terima kasih kalian atas segala sokongan dan kasih sayang. Saya sungguh terharu, saya tidak sangka sampai ke sini perjalanan saya. Alhamdulliah, nampak cantiknnya perjalanan yang Allah aturkan. Jika penolakan berlaku, itu maksudnya ada sesuatu yang lebih baik Allah mahu berikan.
Bertahan, berusaha, fokus, konsisten, jangan cepat putus asa. Itu sahaja.
1 comment:
Suka saya baca kronologi 'kerjaya' pn. Masayu..:).Mudah-mudahan impian sy utk jadi seperti puan juga bukan angan2 semata...yg pasti bila saya folliw blog puan sikit sebanyak beri kekuatan utk saya mulakan langkah pertama...dari kerjaya pejabat kepada penulis buku..
Post a Comment