Tuesday, November 12, 2013

Membarakan semangat setiap hari-keluarkan potensi diri

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah, dari sekarang www.janawangdirumah.com
Naskah di atas adalah kupasan awal bagaimana merancang bekerja dari rumah tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa. Bagi yang baru mahu bermula, rancang sekurangnya tiga tahun lebih awal. Kalau boleh pecut persediaan satu tahun bagi tempoh 3 tahun pertama berhenti kerja, ia lebih bijak dan lebih baik.

Persediaan persekolahan 2014 selesai.

"Ibu, banggo ko dengan Arif." Suara Aiman ketika kami bergerak menuju ke bandar untuk membeli keperluan sekolah.

"Ya, semua anok ibu, ibu bangga. Tetapi ibu lebih bangga sebab Arif cemerlang. Begitu juga Aiman dan Hakim, bukan tidka cemerlang tetapi cemerlang dalam aktiviti."Kata saya.

Ketiga-tiganya alhamdulillah cemerlang untuk subjek quran dan matematik. Arif lebih cemerlang kerana menguasai semua subjek dan lebih seimbang berbangding Aiman dan Hakim. Hakim kategori hiper aktif dan dia bukan jenis yang suka fokus duduk belajar, ia sama juga dengan Aiman. Namun saya seronok kerana apa yang saya lihat dulu adalah pencapaian dalam al-quran. Saya memang mahukan mereka hafiz dan sangat mahukan mereka ke tahfiz, dan juga perlu seimbang dengan pendidikan akademik yang lain.

Ibu engkaulah ratu hati.
Tanpa mu siapalah aku.
Kata-katamu bak mutiara
...nanti sambung


Itu bait-bait sajak Arif ketika mendeklamasi sajak persembahan semalam. Saya turun dari kereta, Arif sedang menyampaikan sajak tersebut. Dalam hati terasa sebak dan terharu. Betul la ia mungkin nampak biasa pada orang lain, ia luar biasa bagi ibu sendiri, apabila anak sendiri yang membaca dan menyampaikannya. Alhamdulillah.

Semalam Arif sangat gembira kerana dia mendapat hadiah tambahan atas usahanya. Saya tidak membuat perbandingan dengan anak-anak kerana saya mahu sama rata. Tetapi Hakim dapat merasakannya, kerana Arif lebih rajin membantu saya dan lebih suka membuat kerja sekolah tanpa disuruh. Saya mendorong Hakim, abe pun super hebat, sebab selalu bantu ibu.

Sepanjang tahun 2013, saya sangat sibuk dan kesibukan itu agak memberi kesan kepada anak-anak terutama Hakim. Tahun 2014, insya-Allah azam saya masa lebih seimbang fokus untuk anak-anak. Tahun hadapan Hakim sudah tahun 3 dan ada beberapa tahun lagi sebelum ke sekolah menengah.

Sesi hafazan bersaam ustaz perlu diperkemaskan lagi. Saya belum memberikan buku-buku latihan asas untuk pengukuhan. Ia ada banyak sumber dan kebanyakannya ada di depan mata. Saya sahaja asyik menangguh.

Semalam sudah selesai semua kelengkapan sekolah, tinggal lagi 20% sahaja. Alhamdulillah. Pendaftaran juga telah selesai untuk Arif dan Aiman bagi sesi sekolah 2014 dan 2015. Saya lebih menguasai pengurusan masa. Indahnya fleksibel.


Semalam juga mendeko semula SOHO, selain untuk saya, ia perlu meransang Hakim, Arif dan Aiman, juga ia sesuai untuk kanak-kanak tiga tahun seperti Arissa. Selain saya sendiri perlu berasa seronok berada bilik kerja ini, anak-anak juga tumpang seronok kerana saya ada di sisi dan mereka juga berada dalam persekitaran seronok.

Ia lebih meransang berganda buat Arif, mungkin juga sebab dia kategori yang suka fokus dan seimbang. Aiman dan Hakim ia lebih kepada aktiviti dan kreativiti. Ia menjadikan saya perlu lebih kreatif agar anak-anak tidak cepat bosan dengan suasana belajar. Saya gabungkan belajar dan bermain, bukan belajar dan belajar.

Berbalik kepada tajuk entri,

Wah panjang pula mukadimah hari ini, saya mahu tepuk tangan buat diri sendiri, kerana sudah hampir selesai, garis penamat 2013. Ya, sasaran untuk tahun ini menyelesaikan 13 minim ebook/manusrkip. Selesai di situ, saya terus memulakan gerak kerja 2014. Untuk lebih banyak buku diterbitkan di atas rak, saya agak lalai sebentar tahun 2012 dan 2013, ini kerana tumpuna agak lari, insya-allah tahun ini saya lebih berkobar-kobar dan luar biasa.

Ini senarai yang sudah pun saya sudahkan dan hampir ke garis penamat.

1.Naskah terawal buku Jana RM Dari Rumah
2.Ebook rujukan, persediaan bekerja di rumah www.janawangdirumah.com
3. Rujukan untuk mula bisnes butik online/offline ihttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/
4. Mahu tahu cabaran sebenar bekerja di rumah rujuk pula naskah ini http://superwahmsupermom.blogspot.com/
5. Persediaan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri melalui blog, saya kongsikan dalam naskah ini http://ebookasasblog.blogspot.com/
6. Hasil dari kelas asas blog dan penulisan, dapatkan naskah ini http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/
7. Bakal terbit tidak lama lagi, boleh dapatkan sekarang RM30, harga untuk bulan Disember adalah RM50, klik di sini untuk dapatkan ebook ini ya-101 idea home-based bisnes http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/
8. Naskah panduan lengkap berpantang 44 hari- saya sedang kemaskini semula tajuk cover. Ini antara ebook yang paling saya suka menulisnya, alhamdulillah-
http://panduanpantangtradisionalmoden.blogspot.com/ sudah boleh dapatkan RM30, ya harga selepa sini juga RM50. Ia panduang lengkap berpantang tradisional dan moden dan juga diari 44 hari berpantang. Ia antara penulisan yang seronok saya tulis, kerana antara ruangan tetap terawal saya di majalah mingguan wanita adalah ruangan kecantikan, kesihatan dan juga catatan kehamilan. Saya gabungkan di dalam ebook ini. Juga panduan pemilihan produk semasa bersalin
9. Ebook 44 resipi berpantang, ini juga resipi seluruh Malaysia, dari pelbagai negeri, ia lengkap dengan panduan langkah demi langkah memasak. Salah satu pengalaman mengendalikan ruangan resipi, saya hadiahkan ini buat diri sendiri dan juga buat semua para ibu yang mencari menu tradisi melayu. Insya-Allah sedang menyusun dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.
10. Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan
11. Rahsia bisneskhadijah isteri Rasulullah

12. Kumpulan sokongan bekerja di rumah. Alhmadulilalh sambutan yang begitu baik sekali, akademi ini sudah menerima lebih 200 penyertaan untuk kelas online. Saya mempertimbangkan dua modul lagi untuk kolaborasi, insya-Allah. Boleh singgah di sini untuk menyertai kami.http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
13. Kami menjana trafik melalui gabungan blog dari akademi, jadi ruang periklanan ini sesuai bagi kalian yang mahu beriklan, boleh singgah di siniIklankan bisnes kalian di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
14. Berkenalan dengan saya, inilah antara tugas saya berkongsi dan mencari informasi bekerja atau bisnes dari rumah, saya mahu berkenalan dengan kalian, maklumkan apa permasalahan di sini ya https://www.facebook.com/masayuahmaddotcom
15. Matlamat untuk tahun ini insya-Allah, saya tidak boleh nyatakan lagi, kerana belum siap masih lagi 50%, inilah matlamat akhir untuk perjuangan selama ini. Kalian juga bolehs sertai saya alhamdulillah.
16. Oh ya, dropship buku dan juga makanan sunnah masih berjalan seperti biasa, ia juga dalam proses penambahbaikan web, bagi yang berminat untuk sertai, peluang sentiasa terbuka. Alhamdulillah.









No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin