Monday, November 11, 2013

Jangan berhenti dahulu sebelum bersedia

Teks: Masayu Ahmad

Salam puan.saya sekarang bingung sangat.saya seperti tak bermotivasi. Saya sudah tidak ada hati mahu meneruskan kerja lagi.

Puan Kasih Aisya

10 jangan

1. Jangan berhenti lagi sekiranya masih kurang bersedia mental dan fizikal. Apabila kita sangat tidak bermotivasi ketika masih bekerja. Motivasi juga pendorong yang sama diperlukan 10 kali ganda apabila bekerja sendiri atau bekerja di rumah.Untuk persediaan awal baca naskah ini dahalu www.janawangdirumah.com

2. Jangan kata saya sudah putus asa. Kerana bekerja sendiri juga tidak ada istilah putus asa apabila kita mencari ruang dan peluang untuk mengukuhkan pendapatan. Memang ya, ada suri terpaksa kembali bekerja kerana pendapatan hasil bekerja dari rumah tidak mampu menampung keperluan kos sara hidup.
Mahu tahu cabaran sebenar bekerja di rumah rujuk pula naskah ini http://superwahmsupermom.blogspot.com/. Saya kongsikan kisah sebenar ibu-ibu yang bekerja di rumah, cabaran dan cara mengatasinya.

3. Sekiranya pendapatan masih terumbang-ambing, sangat perlu perlu membuat persediaan 3 tahun lebih awal untuk tiga tahun pertama berhenti kerja.

4. Sekiranya masih terumbang-ambing mengenalpasti pendapatan pasif dan pendapatan aktif, maka jangan berhenti dahulu. Lakukan dan kenalpasti ketika masih bekerja dan lakukan secara sambilan.
Kenalpasti apa jenis bisnes atau kerja untuk dilakukan di rumah, baca naskah ini untuk dapatkan penerangan terperinci http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

5. Jika belum ada kumpulan sokongan, cari dan dapatkan kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan sangat penting, untuk kita berkongsi terutama ketika kita berada dalam keadaan kecewa dan memerlukan bantuan. Saya sudah sediakan platrformnya, boleh sertai di sini untuk sertai kumpulan sokongan.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

6. Jangan berhenti dahlu sekiranya pendapatan ke dua atau ke tiga belum lagi stabil. Jangan fikir, ok selepas berhenti barulah boleh fokus untuk meningkatkan pendapatan. Ini mungkin mitos atau realitinya, kalian bertarung mendapatkan hanya Rm10 sehari. Jadi kenalpasti lebih awal sekiranya mahu pendapatan bersih RM3000, maka perlu usaha bagaimana mencari pendapatan bersih RM100 sehari. Begitulah seterusnya. Meletakkan sasaran juga perlu realistik dengan apa yang dilakukan. Usaha mendapatkan RM100 sehari, tetapi masih lagi bertatih menjual dengan hanya dapat RM10 sehari. Itu namanya buang masa dan tenaga, selalu tingkatkan usaha dan sasaran. Keluar dari zon selesa.

7. Jika masih 'zon selesa' jadi jangan berhenti dahulu. Maksudnya mudah berpuas hati dengan usaha dan pendapatan yang ada. Sedangkan masih banyak yang perlu diselesaikan. Selalu hadir dengan mana-mana gabungan kumpulan suri rumah proaktif dalam bidang yang kalian minat.

8. Jika tidak ada mentor, mula cari sekarang. Selepas analisa mengenalpasti apa minat, kepakaran dan jenis bidang yang ingin diceburi, mula cari mentor dalam bidang tersebut dan ikut langkah yang sudah disediakan. Bergabung dengan suri yang sedia ada yang sudah sukses dalam bidang tersebut. Jika bidang masakan, maka carilah mentor dalam bidang masakan, jangan pula sibuk hadir seminar kecantikan. Jika bidang jahitan, maka carilah mentor dan suri yang sudah sukses dalam bidang tersebut.

9. Jangan keliru dan celaru. Sangat ramai usahawan suri dari rumah, mempunyai budaya ikutan dan ikut ok, ini baik untuk saya. Ok ini sangat bagus, jadi saya mahu jual. Sebelum menjual kenalpasti apa bidang yang mahu kita terokai, kemudian, kenalpasti sasaran mana yang mahu kita tuju, bukan main terjah.
Sediakan platform awal untuk mengenalpasti prospek awal dan mula kumpulkan mengikut bidang yang kita pilih. Jadi boleh baca panduan ini, untuk asas memperkenalkan diri, sebelum memperkenalkan produk, ia hanay dilakukan secara online sahaja, boleh baca naskah ini http://ebookasasblog.blogspot.com/

10. Jika sudah bersedia, dan persediaan yang rapi terutama, 4s dan 4t, maka sudah boleh letak jawaran atau surat cinta. Hantarlah dan nikmati penghijrahan baru. Apa itu 4s dan 4t, jadi baca pula rujukan ini
http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin