Wednesday, November 6, 2013

Urus masa sibuk super fleksibel buat surirumah

Teks: Masayu Ahmad
Singgah di page ini, akan mula aktif 1.12.2013, insya-Allah.
https://www.facebook.com/pages/Panduan-Lengkap-44-Hari-Berpantang-Tradisional-Moden/723459044334618

Saya masih proses kurung diri untuk menyiapkan manuskrip a, dan bersambung manuskrip b. Urusan lain masih berjalan lancar seperti biasa. Alhamdulillah, pagi tadi melihat seorang teman berkongsi foto nasi lemak. Gayanya juga mahu makan nasi lemak. Lihat dulu macam mana, mahu masak atau beli sahaja ;P.

Ok, bagi ini saya mahu kemas-kemas dan kali ini kita bersiaran lagi di resort tepi pantai. Suami ada urusan kerja, jadi saya ikut sahaja. Boleh sambung lagi kerja di sana.

Urus masa sibuk, super sibuk versi fleksibel.
-Lain orang lain caranya, ini perkongsian sahaja memandangkan ramai yang bertanya di kotak mesej fb dan juga email.
-Panduan ini mungkin sesuai untuk saya, tetapi tidak kalian, disebabkan banyak soalan yang serupa saya kongsikan juga di sini.

Bagaimana mahu urus masa dengan baik? Saya lihat mas aktif menulis dan juga berbisnes, juga masih sempat urusan yang lain. Mohon pandangan.

Puan F
-Saya tidak ada jadual masa dan urusan yang tetap, tetapi saya sudah rancang masa saya setahun lebih awal. Jadi, saya sangat tidak boleh menerima kerja saat akhir, kerana di situ akan ada gangguan kerja-kerja yang lain. Pun begitu, kadangkala saya terima juga sekiranya ia adalah 'nilai tambah' untuk kerja saya.
- Saya sangat jarang menggunakan hp dan gajet canggih. Kerana pada saya ia akan membuatkan banyak masa untuk menulis terganggu. Saya gunakan untuk menerima mesej sahaja. Sekiranya ada panggilan penting, saya sudah maklumkan "call" saya pada sekian-sekian tarikh dan jam berapa. (wah macam perdana menteri pulok ;P)
- Saya lebih suka gunakan lap top, kerana mampu berinteraksi dengan agen, guru online, pembaca, pelanggan dengan lebih mudah. Pada masa yang sama sedang laju menuulis. Jadi saya gunakan sepenuhnya, jadi gajet canggih itu kegunaannya sangat minima. Penggunaan lap top adalah lebih utama kerana banyak kerja satu masa. Gajet adalah digunakan ketika berada di luar.
- Sekiranya ada urusan di luar penghantaran dan sebagainya, saya fokus masa berapa jam ada di luar, satu jam, dua jam. Jadi guna dan pecut masa tersebut. Jika berjanji dengan saya, jam 10, jam 10.30 belum ada, lain kali sudah tidak ada temujanji lagi. Masa saya mahal.
- Masa utama untuk menulis awal pagi, jam 9 hingga 12, banyak berinteraksi dengan pembeli,agen, guru online, pada masa yang sama kajian penulisan dan juga masa bersama-anak-anak.

Itu sahaja perkongsian hari ini 
Mula rancnag bekerja dari rumah dari sekarang, baca asas iniwww.janawangdirumah.com
singgah di sini MasayuAhmad.com semoga bermanfaat.

1 comment:

Siti Munirah said...

Salam Puan Masayu,

Saya bercita-cita ingin menjadi WAHM. Sangat berharap moga apabila anak sudah masuk ke sekolah rendah, masa itu saya sudah menjadi WAHM.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin