Teks: Masayu Ahmad
Pagi ini mengiringi pemergian dijemput Ilahi, sekitar ham 10.35 semalam, arwah Hajah Zalmah Mahusin, Pengarah Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bekas majikan dan juga saya pernah bertugas di bawah arahan beliau. Pagi ini tidak dapat tidak, saya merasakan satu perasaan sayu dan sedih.
Arwah yang saya kenali seorang tegas dan telus. Tegas dalam tugasnya dan ada hemah diri dalam dalam menjalankan tugasa. Arwah antara tulang belakang atau salah seorang wanita besi yang menggerakkan AIM. Juga barisan awal yang memegang tugas dan amanah menjejaki isi rumah miskin di Malaysia di luar bandar. Dulu dengan segala kepayahan dan segalanya perlu dilakukan secara tradisi iaitu manual menjejaki wanita-wanita luar bandar yang berada dalam taraf miskin tegar.
Dengan usaha membawa memberi, memberi bimbingan, modal berterusan dan juga program keusahawanan. Hasilnya kini AIM bertapak kukuh ke seluruh Malaysia. AIM mungkin tidak dikenali kurang popular di bandar, tetapi ia cukup terpahat di kalangan masyarakat luar bandar. Ia bukan organisasi berasaskan keuntungan, namun berpaksi kepada modal sosial. Ramai yang sudah berjaya dan keluar dari kepompong miskin tegar. Alaf baru ini AIM, juga sudah bergerak di bandar-bandar di bawah satu skim mikro bandar.
Saya berkesempatan menimba pengalaman bekerja lebih kurang 5 tahun sebagai Pegawai Penerbitan, justeru banyak yang saya belajar dan menjejaki usahawan wanita luar bandar ini. Kisah-kisah kejayaan mereka saya jejak dan saya satukan dalam jurnal usahawan ikhtiar. Malah penerbitan kisah-kisah ini masih ada tersimpan rapi sebagai rujukan. Banyak saya belajar dari mereka, mereka miskin, mereka tidak punya pendidikan, tidak ada apa-apa kemudahaan. AIM memberikan dimensi baru dalam bentuk program keusahawan berterusan.
Bagi kakitangan dedikasi seperti arwah Hajah Zalmah sudah tentu sudah banyak bakti yang ditabur. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, amin, amin, amin.
No comments:
Post a Comment