Teks: Masayu Ahmad
Saat orang lain berebut-rebut keluar rumah, saya suka di rumah. Saat orang lain mengalami jalan sesak di jalanraya utama, saya santai sahaja di laluan alternatif. Saat orang lain sibuk beli belah masa hari cuti, saya suka cari ruang lain tiada orang dan tidka perlu beratur panjang di kaunter.
Bukankah hidup ini satu pilihan atau kebetulan?
Itulah saya, saya bukan mencari kelainan suka-suka, mungkin itu cara saya lebih suka dengan keadaan santai dan berlapang. Suka di balik tabir sahaja, hanya bekerja di blog ini dari dulu hingga kini. Alhamdulillah, blog ini memberi banyak rezeki kepada saya. Bukan blog ini yang bagi, ia adalah ruang dan peluang, yang bagi Allah taala fahamkan itu, ia berbeza jauh berbeza.
Saat ini, saya duduk dan menekuni di depan ini, laptop ini banyak jasanya kepada saya. Saya juga mengalami saat-saat sukar, tetapi saya tidak melihat itu sebagai satu kesukaran. Tetapi ia adalah latihan jiwa dan mental juga fizikal.
Kalau tidak dipecah ruyung manakan boleh dapat sagunya. Saya juga sudah biasa dengan penolakan, dari penolakan itu saya belajar sesuatu yang baru, agar berlatih dan berusaha lagi. Ia bukan salah siapa-siapa, keana Allah mahu kita sabar dan berusaha. Usaha, usaha perlu konsisten dan fokus.
Apabila kalian sudah memilih fokus, pilihkha 3 hingga 4 sahaja, jangan lebih. Kalau sudah banyak sangat mahu buat, ia tak akan jadi dan kurang ummpphnya. Inilah saya lihat senario sekarang, ramai yang cuba itu, cuba ini, masuk bidang itu, bidang ini, jadi tidak fokus. Jual pula, macam-macam, sekerat jalan. Aduhai, mula semuala.
Jika kita baca kisah-kisah usahawan sukses sekalipun, mereka melakukan pelbagai usaha, dan kalau baca yang seronok-seronok, yang itulah membuatkan kita pun oh bestnya, seronokna, tteapi kita tidak mahu mengambil perkara itu sebagai satu iktibar dan sudut positif untuk teladan diri. Saya bagitahu ini untuk peringatan diri sendiri.
Ah soo yang kaya
Pernah baca tak perkongsian saya dalam entri saya terdahulu, banyak kali saya bercerita tentang Ah Soo, oh rupanya dia bukan merempat, dia adalah seoarang wanita yang kaya, sudah ada tanah dan rumah. Tetapi Ah Soo tetap melakukan mengutip hasil dari tempat pembuangan sampah barang kitar semula. Kerana apa, mungkin kerana itu minat dan fokusnya untuk mendapat hasil.
Begitu juga kita mulakan dengan apa yang kita minat dahulu buat analisa dahulu apa bidang yang kita minat. Tentang analisa ini ada saya terangkan dalam buku Jana RM Dari Rumah.
Saya, apa fokus saya?
Saya masih suka menulis dan membaca, dua ini saya kembangkan sehingga mampu jana wang dari rumah. Hanya di blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, itulah kuasa fokus. Adakah saya tidak pernah ada penolakan? Ya, selalu, tetapi saya akan usahakan lebih dari itu agar ia menjadi kenyataan.
Usaha saya sekarang untuk terbitkan 100 buku dan eboo, 50 buku dan 50 ebook. Inilah cabaran buat diri sendiri sebelum tutup mata. Sempena kedatangan 2014, saya mencari lagi kekosongan bagi surirumah yang mahu berusaha hanya dari rumah menggunakan blog dan fanpage sahaja. Saya buka lagi kekosongan untuk Pengurus Online. Syaratnya, perlu hadir juga mana-mana kelas di bawah ya.
1. kelas asas blog dan penulisna
2. kelas asas blog dan fan page
No comments:
Post a Comment