Thursday, November 14, 2013

Setiap hari perjuangan baru

Teks: Masayu Ahmad
Jika sudah tekad mahu bermula bekerja dari rumah, boleh baca naskah awal ini, www.janawangdirumah.com

Tahniah buat adik-adik 5A, tahniah juga buat tidak ada A, A separuh dan sebagainya. Apa pun keputusan kalian sudah buat yang terbaik. Rai setiap kejayana kecil atau besar dari sudut cermin kehidupan. Iaitu syukur dengan apa yang diperolehi atas usaha yang sudah dilakukan. Apa yang kurang kita tingkatkan lagi untuk hari esok dan hari mendatang.

Kejayaan sebenar apabila kita berjaya dan sukses di kampung akhirat kelak. Iaitu 300 tahun akan menghuni di sana. Kata ustaz dalam satu sesi beberapa hari lalu. Ia membuatkan saya terkesima. Apa yang sudah ada bekal dan apa yang sudah saya lakukan untuk bersihkan compang camping yang ada. Allahu Allah. Setiap hari hari baru, namun keputusan buku amal kiri dan kanan terus dicatat. Semoga kita berjaya di sini dan lebih berjaya di sana. Di sana yang lebih kekal. Insya-Allah.

Terima kasih Allah atas segala kurniaan, nikmat dan rahmat, masa flesibel, rezeki pelbagai sudut. Ya, saya juga ibu yang banyak kelemahan. Semalam Arif tidak ke sekolah, jam 10 pagi guru datang membawa surat. Katanya, Arif pelajar terbaik PASTI Usrah Kadok, jadi perlu hadir ke ujian saringan pada 19  ini sebelum  layak lagi ke pringkat pelajar cemerlang PASTI seluruh Kelantan.

Saya faham kini, perasaan seorang ibu, apabila anak cemerlang, hati kita juga turut membunga riang. Ya, dengan sendirinya Aiman, beberapa hari lepas selepas majlis graduasi Arif. Ketika dalam kereta Aiman menutur.

"Ibu banggo ko dengan Arif," tanya Aiman penuh makna.
"Ya ibu banggo dengan semua anak-anak ibu." Jawab saya. Saya faham maksud tersirat Aiman di sebalik pertanyaan. Dia memerhati dan merasa.

Saya tahu, Aiman juga tahu, dia agak lambat membaca kerana dia lebih suka bermain. Saya tidak salahkan Aiman, kerana usianya masih mudah, saya juga jenis tidak mendesak. Saya gembira kerana subjek al-quran dan matematik Aiman 100 peratus. Cuma yang lain tidak mencapai markah sebagaimana yang mahu. Saya tidak mendesak anak, kerana saya juga keterbatasan masa mengajar mereka walau saya ada masa fleksibel. Kejayaan kecil Arif dilihat sebagai pemangkin semangat buat Aiman dan Hakim. Hakim juga kategori sama macam Aiman, matematikd dan al-quran markah penuh 100% tetapi tidak subjek yang lain.

Aiman dan Hakim, ketika Arif khusyuk, mereka berdua akan sibuk latihan bersilat, latihan apa sahaja aktitivi badan. Begitu, begini siap dengan bunyi. Kadangkala memang betul, serupa benar sikap dua beradik ini. Melasak dan suka bermain.

Kadangkala akviti mengusik, kalau Aiman tak bebunyi, maka Arissa yang jadi mangsa. Hakim usik Aiman, Aiman usik Arissa. Kadangkala sepakat usik Arif.

Bunyilah sana sini.
"Ibu abe wak."Adu Arissa (ibu abang buat(
"Ibu tengok Hakim ni."
"Ibu tengok Aiman ni."

Begitulah anak-anak. Warna-warni.
Saya kadangkala capek juga. Satu ketika saya balik ke rumah ayah hanya bawa Arissa.

"Padan muka kita, sebab tak dengar cakap ibu sekarang, ibu dah lari." Kata Aiman pada Hakim.
"Yelah, nanti kito jange nakal lagi deh." Hakim macam setuju kata Aiman.

Itulah laporan bonda mertua ketika saya balik sekejap berehat di rumah ayahanda. Membuat saya gelak dalam hati. Aduhai anak-anak.

Hari semalam saya rai semua sekali dengan bilik aktiviti mereka dekorasi baru, hari ini insya-Allah mahu siapkan nasi lemak kasih sayang lauk udang. Alhamdulillah.

Iklan di bawah ya.

Kelas kami bersiaran seperti biasa, pendaftaran dibuka setiap hari. Lebih 200 blog, 18 kelas dan 10 guru bertugas. Insya-Allah ada lagi kelas baru dan guru baru akan bertambah. Daftar sekarang untuk kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas asas blog dan penulisan kreatif (pra daftar untuk sesi Disember 2013)

Yuran pendaftaran baca selanjutnya di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Saya kongsikan 3 lagi idea yang boleh dilakukan di rumah dalam cabang pendidikan. Dipetik dari sumber ebook terbaru bakal terbit. Kalian boleh pre order dahulu RM30, selepas terbit nanti harganya RM50. Jadi dapatkan dengan tawaran menarik ini ya


1 1. Kelas al-quran kanak-kanak
Sasaran ini adalah ibu bapa yang mempunyai anak kecil berusian 4 hingga 7 tahun. Pendidikan dan ilmu al-quran kini begitu mendapat sambutan sama ada di bandar mahupun luar bandar. Pelbagai teknik, dan cara praktikal boleh diperkenalkan kepada sasaran ibu bapa yang mempunyai anak lingkungan awal ini.
Antara nilai tambah dalam kelas ini ialah
-Kelas belajar tajwid
-Kelas fardhu Ain
-Asas solat untuk lelaki dan perempuan
Dua subjek ini antara menjadi teras untuk ibu bapa yang mahukan anak mereka dihantar ke sekolah aliran agama atau sekolah tahfiz.
Kelengkapan
-Kerusi, meja, alat bantu mengahar papan putih, laptop.
-Quran, buku rujukan, rehal, buku latihan dan lain-lain.

2. Kelas Al-quran Dewasa
Kelas ini adalah khusus untuk golongan dewasa atau warga emas yang berada dalam beberapa peringkat iaitu
-Tidak tahu membaca quran
-Sudah tahu mahu meningkatkan lagi pengetahuan al-quran
-Mahu mendalami tajwid
-Mahu memahami bahasa al-quran untuk membantu nilai tambah dalam solat dan ibadah
-Mahu nilai tambah belajar Bahasa Arab
-Mahu mengisi hari emas mereka dengan aktiviti yang bermanfaat
Sasaran
Boleh kepada dewasa yang sedang bekerja, dewasa yang sudah berusia. Sasarannya adalah mereka yang ingin kembali mempelajari dari mula hinggalah kepada memahami al-quran
Nilai tambah boleh diisi dengan tazkirah, pengukuhan solat, aktiviti memandikan jenazah dan lain-lain. Ia mungkin boleh dilakukan di masjid, surau, atau lokasi yang sesuai.
Skala operasi
Bagi skala kecil yang mempunyai bilangan penyertaan tidak ramai boleh dilakukan di rumah, manakal untuk aktiviti yang besar contohnya mengikut hari-hari tertentu boleh dilakukan diluar. Senarai aktiviti masih boleh dilakukan di pejabat di rumah. Ini juga salah satu usaha yang bermanfaat untuk masyarakat.
Penceramah atau penganjur boleh bergerak dari masjid ke masjid mengikut rutin mingguan atau bulanan sekiranya penyertana yang besar. Manakala yang kecil masih boleh dilakukan di rumah.

4. Menjual keperluan/peralatan pendidikan agama dan ibadah
Memandangkan negara kita majority adalah berasama Islam dan dua aktiviti di atas, salah satu sumber ekonomi yang baik adalah menjual pelbagai kelengkapan untuk mempelajari agama, tajwid dan juga solat. Ini boleh dijual secara online.
Sasaran pelanggan adalah untuk kegunaan dari awal kanak-kanak hinggalah berusia. Contohnya al-quran pelbagai saiz, quran terjemaha, buku rujukan tajwid dan alat bantu mengajar yang lain. Ia boleh dijual secara online sama ada runti atau borong. Bagi pemborong yang sukses boleh pula membina senarai agen.

Terdapat 101 idea yang boleh dimulakan di rumah. Mestia ada salah satu yang sesuai, dapatkan pre order ebook ini dengan harga RM30, selepas terbit harganya RM50


Bayar di sini ya RM30, pre order ebook 101 idea home based bisnes

Jika mahu harga pakej pun boleh juga, boleh beli yang ini

Harga sebenar RM150, haga sekarang RM100 sahaja, bayar di sini

Boleh baca lagi selanjutnya di sini


1. Mahu buka butik online atau offline, baca pula yang inihttp://

2.Mahu tahu 101 idea bisnes dari rumah, boleh dapatkan yang inihttp://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

3. Mulakan penjenamaan diri dengan menulis di blog untuk promosi bisnes boleh dapatkan http://ebookasasblog.blogspot.com/


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin