Tuesday, November 26, 2013

Kisah dan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Travelog suru 26.11.2013

Agak mencabar mental, emosi dan tenaga apabila anak-anak bercuti. Kali ini disebabkan saya ada beberapa tugasan penting perlu diselesaikan bulan ini, jadi tidak bawa anak kemana-mana. Juga kerana kesihatan mertua juga kurang baik, jadi tidaklah selalu boleh tinggal-tinggalkan.

Pun begitu, sedaya upaya mengawal sebaik mungkin situasi harian. Alhamdulillah masih super boleh. Kita yang mengawal bukan anak-anak yang kawal kita.

Namun kadangkala lelah tercungap juga keadaan mengawal anak-anak yang sedang membesar. Saya tahu saya ibu yang kurang sempurna, makanya saya perlu segera berlari pantas agar mampu mengawal anak-anak yang kesemuanya mahu mendapat perhatian yang sama.

Pagi ok, petang perlu bersedia dengan banyak rancangan tidak diduga.

"Ibu abe wak sha." Mengadu Arissa.
"Ibu tengok Hakim ini."

Sekejapan bunyi Arif menangis diusik Hakim, sekejapan Aiman pula menangis bergaduh dengan Hakim. Ia mungkin suasana biasa di mana-mana pun. Ada ke anak-anak yang duduk diam-diam tidak buat apa. Mungkin juga. Namun apabila membaca status di fb, oh maksudnya ini normal.

Namun sangat normal, apabila saya meninggalkan rumah atas urusan luar, apabila mereka berada di rumah bersama ayah, semua sangat ok dan tidak banyak hal. Saya berfikir lagi, adakah saya ibu yang kurang baik, kurang memberi perhatian kepada anak-anak.

Kadangkala mereka memberikan kerjasama yang sangat baik. Membantu saya mengemas rumah, sama-sama mengulangkaji pelajaran.

"Ibu, abe tolong ibu kemas rumah deh." Mengambil bakul berisi pakaian dan diletakkan di tempat mesin basuh. Bawa semula ke atas.

"Ibu, Arif kemas deh." Mengambil penyapu dan mengemaskan ruang tamu mengikut standard yang selalu saya arahkan.

"Ibu mari man, picit sini deh." Gumpalan tangan halus mula menumbuk kecil di belakang. Ada satu perasaan yang sayu dan terharu. Hilang lelah ibu menekuni kerja seharian. Alhamdulillah.

Suasana bergaduh manja adik beradik. Arissa menangis minta perhatian. Saya kembali berfikir agaknya aku ini banyak dosa dan kurang berdoa. Banyak compang camping.

Selalu juga saya mengadu sambil sembang dengan mertua.

"Entahlah ibu tak pandai barangkali didik anak." Ia bukan dengusan mengalah, hanya saya bicara bahawa saya masih muda dalam mendidik anak-anak. Mertua adalah rujukan dan panduan saya.

Semala, pergi ke klinik mertua bawa Hakim sekali.

" Abe jangan hilang-hilang, nanti susah mok pula."
"Yelah." Suaranya sudah ok dan sangat gembira kerana menemani mok ke hospital untuk temujanji. Saya berikan sebuah buku untuk bacaan Hakim.

Malam begini, rutin mereka bertiga di kelas quran, mengaji maghrib dan isyak berjemaah. Selalunya selepas suami pulang masjid, barulah menjemput mereka pulang. Jadi saya ada masa sekejap mencari rehlah buat diri. Manakala Arissa setia menemani, menonton lagu-lagu versi kanak-kanak video solat. Alhamdulillah atas segala rutin harian ini. Saya bersyukur dengan apa yang ada, Allah berikan saya amanah untuk saya sabar dan berusaha memperbaiki diri sebagai isteri, ibu, anak, menantu, dan ahli masyarakat.

Salam kasih sayang ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin