Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google
Hari ini hujung minggu bertandang lagi, Syawal sudah menjejaki dua minggu. Sungguh pantas masa berlalu. Apa yang pasti hari ini ramai yang akan mengadakan rumah terbuka.
Sejak dua hari lepas saya berjangkit demam dengan Aiman si kecik. Hari ini rasa bertenaga semula. Syukur, Alhamdulillah. Aiman sebagaimana biasa selepas balik kampung menempuh perjalanan jauh, badannya tidak boleh agaknya dengan keadaan tersebut. Walaupun tidak sihat masih aktif sekali sekala. Tetapi hanya mahu berpeluk sahaja di sisi ibu. Nasib baik sekejap sahaja.
Semalam Hakim, saya tidak benarkan ke sekolah, memandangkan ada batuk-batuk kecil. Hakim penghidap asma yang tegar juga, jadi pantuan perlu diberi perhatian. Nampaknya hari ini sudah semakin ok. Mudah-mudah semuanya cepat sembuh sepenuhnya.
Hari ini, perjuangan diteruskan. Selepas beberapa cabaran dan dugaan kecil, saya merasakan itu hanyalah tempoh masa untuk saya berehat sekejap ketika bulan puasa. Selepas puasa semuanya sudah kembali ok. Malah komputer sudah dibaiki oleh adik yang bongsu dengan jaya.Apalagi yang nak diucapkan selain rasa gembira, kerana banyak bahan yang terselamat. Jika awal puasa saya banyak kehilangan buku-buku kesayangan. Jika computer ini tidak dapat diselamatkan, memang akan menangis air matalah saya. Kerana banyak bahan kajian yang ada tersimpan di sini. Sebagai peringatan saya perlu membuat back up. Jika berlaku sekali lagi tidaklah saya berputih mata.
Tinggal lagi suku tahun, apa jua matlamat anda, matlamat saya masih lagi belum tercapai. Saya masih meneruskan perjuangan dan perjalanan. Hari ini awal pagi, rasa motivasi diri masih bersemangat dan kuat. Inysaallah, saya suka sentiasa bermotivasi dan terus kekal begitu.
No comments:
Post a Comment