Friday, October 23, 2009

Salam pagi sabtu, menu bihun goreng untuk hari ini

Teks: Masayu Ahmad
Foto: www.randonneurs.bc.ca/rocky/scenery.html



Salam pagi Sabtu untuk teman-teman sekalian. Apa aktiviti teman-teman untuk hari ini. Saya seperti biasa, pagi menyiapkan sarapan untuk anak-anak dan en.suami. Bangun tadi teringin lagi mahu makan nasi kerabu. Tapi tak jadilah pula, terus ke dapur masak apa yang ada.

Masih lagi ada bihun, ayam dan telur. Jadinya menu ringkas sahaja, menu bihun goreng singapura. Tetapi saya gemar menamakan bihun lada hitam. Tengahari atau petang nanti akan keluar untuk menziarah biras yang baru sahaja bersalin anak ke empat. Sudah dua pasang. Kali ini lelaki.

Saya masih kempunan anak perempuan. Belum masa dan rezeki. Kalau melihat pakaian anak-anak perempuan, alahai tergiur saya. Simpanlah dahulu hasrat tersebut mungkin dua atau tiga tahun lagi. Aiman belum puas berstatus bongsu.

Saya masih dalam mood kerajinan untuk menyiapkan tugasan. Perjalanan diteruskan walaupun banyak perhentian. Tidak akan sudah sehinggalah mata tertutup kejap.

Beberapa minggu selepas cuti raya sangat rindukan nasi kerabu mak cik. Gerainya lambat dibuka. Nasi kerabu yang ditambah daging goreng kunyit. Itulah kalau anak jati Kelantan, menu pagi pun berat-berat. Kalau dah berat saya tak ambil nasilah untuk tengahari. Hanya masak untuk anak-anak sahaja.
Selalunya apabila siap masak, saya akan bertanya anak-anak.
Ibu: Mahu ibu suap atau makan sendiri?
Arif & Hakim: Ibu suap.

Maka mengelilinglah kanak-kanak riang ini, mahu makan sambil disuap. Kadang-kadang lokasinya depa tv, atau di meja makan. Ada masanya juga mereka makan sendiri. Saya hanya memantai sahaja. Aiman sekarang pun sudah boleh makan sendiri. Sangatlah agah (berasa pandai), mahu suap sendiri guna sudu dan garpu.

Salam hujung minggu dari meja WAHM.
Apa yang anda lakukan, pilihlah untuk utamakan keluarga dan diri sendiri.


www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

2 comments:

Pija Madzlan said...

rutin harian kita hampir serupa..saya kini tidak berminat lagi untuk makan di luar...

namun begitu, dua pasang anak saya itu, semuanya kini makan sendiri. Saya perhatiakan mereka lebih banyak makan jika menyuapnya sendiri..

Masayu Ahmad said...

Sitisifir10

seronok tgk anak2 makan berselera,,,petunjuk suruh mok dio rajin sikit masak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin