Thursday, November 28, 2013

Buat kerja jangan separuh jalan

Teks: Masayu Ahmad

Puan, saya mahu berhenti kerja saya sudah tidak ada hati. Saya mahu tinggal di rumah.
Saya rasa saya sudah mengalah-saya perlu bekerja semula kerana kewangan meruncing.
Saya mahu jaga anak, tetapi sekarang ekonomi keluarga belum stabil.
Saya sudah mahu berhenti lakukan kerja sambilan ini, saya sudah tidak ada hati lagi.
Saya sudah penat, saya tidak mahu teruskan lagi.


Inilah ayat yang selalu singgah di kota mesej saya. Saya hulurkan salam perkenalan. Semoga puan-puan sekalian ada pilihan dan kita tetap ada pilihan.

1. Jangan berhenti dahulu. Berhenti kerja tak boleh rasa-rasa, buruk nanti bahananya jika belum ada persediaan yang cukup, kewangan, fizikal dan mental. Namun saya tidak nafikan memang ada terus berhenti kerja, mereka berjaya juga walau berhenti dengan cara terus terjun gaung. Alhamdulillah gaung di bawahnya ada emas. Namun sebelum jumpa emas, adalah juga onak dan durinya. Bagi yang manja-manja waima sikit-skit mahu sentap, sikit-sikit mahu menangis, jadi jangan berangan dahulu jadi wahm. Kalau dah rasa sudah jadi hati batu, ok boleh fikirkan semula.

Bersambung ya, saya mahu masak ;)

Wednesday, November 27, 2013

Bukan apa yang kita suka, tetapi apa yang Allah mahu berikan kepada kita


Teks: Masayu Ahmad

Beberapa tahun dahulu sebelum saya menulis dan berhasil menerbitkan lebih banyak ebook dan manuskrip, selain blog ini, ada satu blog yang saya hanya letak nama sahaja iaitu akademiberkerjadirumah. Saya tidak tahu adakah ia angan-angan saya atau sekadar letak nama blog sahaja.

Blog pertama yang kalian selalu singgah ini sudah banyak berjaya kepada saya. Saya mulakan dengan apa yang ada, apa yang saya suka dan apa yang boleh memberikan hasil. Ketika kecewa manuskrip ditolak, saya tidak pernah mengalah, tetapi hati degil saya berkata tak apa belum rezeki. Jadi saya teruskan lagi. En.suami belikan saya komputer, belikan printer, dan apa sahaja galakan dan sokongan. 

Saya juga menerima penolakan demi penolakan dan akhirnya buku Jana RM Dari Rumah terbit juga. Setelah itu saya masih berusaha seperti biasa agar lebih banyak buku-buku lain juga terbit ada di pasaran. Hati sangat gembira apabila melihat buku Jana Rm Dari Rumah terpapar di MPH, Popular. Saya terus lagi menulis. Rupanya Alah mahu khabarkan kepada saya usaha lagi, usaha lagi.

Jadi apabila sudah lama sangat menunggu, saya mendapat restu lagi, rupanya Allah mahu berikan jalan kepada saya agar berkongsi rezeki dengan surirumah yang lain.

Pertanyaan demi pertanyaan bagaimana mahu mula. Jadi itulah sebab saya mulakan dengan apa yang sudah saya mulakan, iaitu bermula dengan blog dan mulakan dengan apa yang ada. Blog ini banyak memberi hasil kepada saya, bukan sekadar rezeki, sahabat yang baik dan juga barisan rakan niaga yang setia. Alhamdulillah.

Maka lahirlah akademi bekerja di rumah, iaitu antara pengisiannya adalah kelas secara online sahaja. Ia jawapan kepada banyak pertanyaan, iaitu mulakan dahulu dengan blog dan jual produk orang lain. Itu sahaja, itu adalah permulaan saya, memperkenalkan diri di medan internet.

Jujur saya kata, selepas bersara dari dunia wartawan, dunia saya masih dunia penulisan. Tetapi saya hadkan keluar, kerana saya ini mungkin tidak suka suasana  hiruk pikuk, orang ramai. Cuba tanya rakan niaga saya, berapa ketul sahaja yang sudah berjumpa dengan saya, hanya sahabat-sahabat lama sahaja. Bukan tidak mahu berjumpa, tetapi itulah Masayu Ahmad, suka bekerja belakang tabir dan saya kekal begini. 

Apabila ada yang mahu bertandang ke rumah juga, saya sukar mempelawa kerana lebih selesa berjumpa di luar. Maafkan saya, saya masih menjaga privasi diri dan keluarga. ;)

Terima kasih kalian atas segala sokongan dan kasih sayang. Saya sungguh terharu, saya tidak sangka sampai ke sini perjalanan saya. Alhamdulliah, nampak cantiknnya perjalanan yang Allah aturkan. Jika penolakan berlaku, itu maksudnya ada sesuatu yang lebih baik Allah mahu berikan.

Bertahan, berusaha, fokus, konsisten, jangan cepat putus asa. Itu sahaja.

Tuesday, November 26, 2013

Hidup memang indah ;)

Pagi indah sudah bermula, bersama susunan tugasan. Cuaca molek indah dan bugar. Semalam semasa di laman rumah, melihat mok jah sedang mengutip dokong yang lebat. Pokok itu hanya bersebelah sahaja dengan SOHO saya. Kalau menjeling ke luar tingkap nampaklah barisan pokok segar termasuk dokong pokoknya kecil sedang melebat.www.janawangdirumah.com
Dua minggu sudah juga Pok Sid ada panjat dokong atuk di laman kanan. Dapat satu raga besar pakaian dan satu besen. Satu raga pok sid bawa balik, satu besen untuk cucu-cucu atau aka anak-anak kami lah tu. Keliling rumah memang atuk ada tanam, manggis, dokong, rambutan, dunia dan pelbagai lagi buah. 
Maksud yang saya mahu saya sampaikan di sini, sifat atuk, suka membuat pelaburan pasif. Kini walau sudah hujung musim, anak-anak saya memang puas menikmati buahan hanya dari keliling rumah.
"Beli lagi beberapa pokok dokong nanti boleh tanam."
"Nok wak gapo lagi atuk, nok mati doh." Tegas mok.
Begitulah atuk, orangnya suka melabur dan dia memang diam-diam ubi berisi. Ubinya banyak yang berisi ketika dia berusia warga emas. Ada satu kebun, penuh dengan dusun buah. Saya suka cara bapa mertua, diam-diam, pelaburan pasifnya banyak. Banyak ilmu yang saya lihat dan contoh di depan mata. Dia tidak suka bercakap, tetapi lebih kepada tindakan.
Petang semalam dapat juga satu plastik dokong manis dari laman mok jah. Indahnya berjiran, saya tumpang sama.
Salam kasih sayang. 
MasayuAhmad.com
Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden.

Hidup memang indah ;)

Pagi indah sudah bermula, bersama susunan tugasan. Cuaca molek indah dan bugar. Semalam semasa di laman rumah, melihat mok jah sedang mengutip dokong yang lebat. Pokok itu hanya bersebelah sahaja dengan SOHO saya. Kalau menjeling ke luar tingkap nampaklah barisan pokok segar termasuk dokong pokoknya kecil sedang melebat.www.janawangdirumah.com
Dua minggu sudah juga Pok Sid ada panjat dokong atuk di laman kanan. Dapat satu raga besar pakaian dan satu besen. Satu raga pok sid bawa balik, satu besen untuk cucu-cucu atau aka anak-anak kami lah tu. Keliling rumah memang atuk ada tanam, manggis, dokong, rambutan, dunia dan pelbagai lagi buah. 
Maksud yang saya mahu saya sampaikan di sini, sifat atuk, suka membuat pelaburan pasif. Kini walau sudah hujung musim, anak-anak saya memang puas menikmati buahan hanya dari keliling rumah.
"Beli lagi beberapa pokok dokong nanti boleh tanam."
"Nok wak gapo lagi atuk, nok mati doh." Tegas mok.
Begitulah atuk, orangnya suka melabur dan dia memang diam-diam ubi berisi. Ubinya banyak yang berisi ketika dia berusia warga emas. Ada satu kebun, penuh dengan dusun buah. Saya suka cara bapa mertua, diam-diam, pelaburan pasifnya banyak. Banyak ilmu yang saya lihat dan contoh di depan mata. Dia tidak suka bercakap, tetapi lebih kepada tindakan.
Petang semalam dapat juga satu plastik dokong manis dari laman mok jah. Indahnya berjiran, saya tumpang sama.
Salam kasih sayang. 
MasayuAhmad.com
Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden.

Kisah dan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Travelog suru 26.11.2013

Agak mencabar mental, emosi dan tenaga apabila anak-anak bercuti. Kali ini disebabkan saya ada beberapa tugasan penting perlu diselesaikan bulan ini, jadi tidak bawa anak kemana-mana. Juga kerana kesihatan mertua juga kurang baik, jadi tidaklah selalu boleh tinggal-tinggalkan.

Pun begitu, sedaya upaya mengawal sebaik mungkin situasi harian. Alhamdulillah masih super boleh. Kita yang mengawal bukan anak-anak yang kawal kita.

Namun kadangkala lelah tercungap juga keadaan mengawal anak-anak yang sedang membesar. Saya tahu saya ibu yang kurang sempurna, makanya saya perlu segera berlari pantas agar mampu mengawal anak-anak yang kesemuanya mahu mendapat perhatian yang sama.

Pagi ok, petang perlu bersedia dengan banyak rancangan tidak diduga.

"Ibu abe wak sha." Mengadu Arissa.
"Ibu tengok Hakim ini."

Sekejapan bunyi Arif menangis diusik Hakim, sekejapan Aiman pula menangis bergaduh dengan Hakim. Ia mungkin suasana biasa di mana-mana pun. Ada ke anak-anak yang duduk diam-diam tidak buat apa. Mungkin juga. Namun apabila membaca status di fb, oh maksudnya ini normal.

Namun sangat normal, apabila saya meninggalkan rumah atas urusan luar, apabila mereka berada di rumah bersama ayah, semua sangat ok dan tidak banyak hal. Saya berfikir lagi, adakah saya ibu yang kurang baik, kurang memberi perhatian kepada anak-anak.

Kadangkala mereka memberikan kerjasama yang sangat baik. Membantu saya mengemas rumah, sama-sama mengulangkaji pelajaran.

"Ibu, abe tolong ibu kemas rumah deh." Mengambil bakul berisi pakaian dan diletakkan di tempat mesin basuh. Bawa semula ke atas.

"Ibu, Arif kemas deh." Mengambil penyapu dan mengemaskan ruang tamu mengikut standard yang selalu saya arahkan.

"Ibu mari man, picit sini deh." Gumpalan tangan halus mula menumbuk kecil di belakang. Ada satu perasaan yang sayu dan terharu. Hilang lelah ibu menekuni kerja seharian. Alhamdulillah.

Suasana bergaduh manja adik beradik. Arissa menangis minta perhatian. Saya kembali berfikir agaknya aku ini banyak dosa dan kurang berdoa. Banyak compang camping.

Selalu juga saya mengadu sambil sembang dengan mertua.

"Entahlah ibu tak pandai barangkali didik anak." Ia bukan dengusan mengalah, hanya saya bicara bahawa saya masih muda dalam mendidik anak-anak. Mertua adalah rujukan dan panduan saya.

Semala, pergi ke klinik mertua bawa Hakim sekali.

" Abe jangan hilang-hilang, nanti susah mok pula."
"Yelah." Suaranya sudah ok dan sangat gembira kerana menemani mok ke hospital untuk temujanji. Saya berikan sebuah buku untuk bacaan Hakim.

Malam begini, rutin mereka bertiga di kelas quran, mengaji maghrib dan isyak berjemaah. Selalunya selepas suami pulang masjid, barulah menjemput mereka pulang. Jadi saya ada masa sekejap mencari rehlah buat diri. Manakala Arissa setia menemani, menonton lagu-lagu versi kanak-kanak video solat. Alhamdulillah atas segala rutin harian ini. Saya bersyukur dengan apa yang ada, Allah berikan saya amanah untuk saya sabar dan berusaha memperbaiki diri sebagai isteri, ibu, anak, menantu, dan ahli masyarakat.

Salam kasih sayang ;)

Monday, November 25, 2013

Mengutip kisah dan pengalaman

Teks: Masayu Ahmad

Antara minat dan kesungguhan dan ia bersatu dalam perjalanan perjuangan. Mengapa minat dalam penulisan diteruskan kerana di dalamnya kita mencerap dan berkongsi dan menerima pelbagai kisah menarik.

Catatan Netty Ah Hiyer, ini mengingatkan momen-momen ketika bergelar wartawan dahulu, http://netty-ahhiyer.blogspot.com/2013/11/hatiku-tertinggal-di-kk-negeri-di-bawah.html

Inilah contoh kisah belakang tabir kami, akan menjejalah seluruh tanah air, dijemput kerana beberapa aktiviti usahawan. Sebagai pengutip maklumat ini adalah salah satu rutin biasa. Apabila editor, kak Nuri

"Ok ayu, minggu hadapan ke Langkawi."
"Ok, ini ada pembukaan resort baru."
"Ok, ini ada tajaan ke sini, sana, sinun." (Biasanya ahli pernagaan akan menaja wartawan secara beramai-ramai atau perseorangan)

Kami dirai dengan dibawa ke pelbagai tempat dan pada masa yang sama berjumpa pelabagai lapisan usahawan hebat. Dulu tidak  fb sebagaimana sekarang, jadi ia banyak disimpan dalam kamera digital. Saya pun jenis tak suka bergambar, kebanyakkanya ada dalam simpanan jurugambar.

Dan, sifat saya kalau berjalan juga menikmati betul-betul dan mencerap semua yang ada. Kalau beli belah itu bukan saya. Kerana saya suka berjalan dan mencatat sahaja. Jadi harap maaf bagi yang suka atau mahu mengirim. Makanya kirim salam sahajalah. Saya orang yang 'simple' tetapi saya suka mengali dan mencerap ilmu pengelaman sebanyak yang mungkin. Setiap hari menyediakan gelas yang kosong maka kita banyak menerika ilmu baru dengan baik sekali. Buang ego dalam menuntut ilmu, kerana selagi mana kita tebal dengan ego, rasa kita sudah pandai, ia membuatkan kita terpisah dari sempadan ilmu Allah yang lebih luas. Celup jari sahaja ibaratnya dengan lautan luas. ;)

Sunday, November 24, 2013

10 kekeliruan yang selalui dilakukan pemula wahm jangan buang masa melakukan hal yang sama

Teks: Masayu Ahmad

Artikel ini berdasarkan apa yang sudah dilalui para wahm terdahulu, jadi bagi yang baru dan sedang dalam impian, mungkin memudahkan kalian jejak langkah menggunakan laluan ini lebih lancar.

1.

2.

3.

4.

5.

Saya akan sambung selepas selesai saya masak ya. ;)

Sebelum itu boleh baca ini dahulu:

Mahizan Nani - Ulasan Kelas asas blog Bisnes

Teks: Mahizan Nani
Sumber:  http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

      Perkenalan saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.

       Tanpa berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian saya.

        Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

           Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

             Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

             Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

            Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil  satu hari nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.

Saturday, November 23, 2013

44 resipi pantang tradisi melayu, bakal terbit 1.1.2014

Mohon bantuan pembaca disayangi Allah sekalian, pilihan mana yang menarik, A, B, C atau D. Bantu saya untuk buat pilihan



A

B

C

D




Friday, November 22, 2013

Panduan lengkap rawatan berpantang 44 hari




Bab 1:Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal dan mental.  Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek  pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman, dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.
Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang diamalkan sejak Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu mengambil peluang untuk merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita moden hari ini tempoh cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah peluang yang perlu diambil untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa untuk bersama bayi dan peluang untuk menguruskan diri.
·         Pemulihan kesihatan dalaman
Sepanjang tempoh kehamilan, banyak  perkara yang mempengaruhi kesihatan ibu hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis, badan lemah, berat badan meningkat memerlukan pemulihan semula selepas bersalin. Kadangkala masalah ini tidak berlaku sebelum hamil dan selepas bersalin, tetapi hanya berlaku semasa hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan perlu dilihat sebagai satu cara untuk ibu mengambil berat tentang kesihatan dan rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk rawatan susulan dengan pakar, pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas bersalin.
Manakala pemulihan dalaman seperti, rawatan luka tempat bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.
Koyakan semasa bersalin
Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor. Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan dan rawatan yang sesuai. Contohnya ibu yang mempunyai koyakan yang banyak, perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti urutan, sauna dan sebagainya.
Berbincang dengan pakar atau doktor yang mengendalikan semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin yang sesuai untuk meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang wanita. Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan terbaik dan menjalanani proses bersalin pada tahap kesakitan minima. Juga keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses rawatan semasa berpantang kelak.
Pembedahan
Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, perlu memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan berbengkung. Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan juga berbeza dengan kelahiran secara normal.
·         Pemulihan luaran

Apa lagi yang akan dikupas dalam bab ini

1.Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
·         Pemulihan kesihatan dalaman
·          Pemulihan luaran
·          Persediaan penjagaan bayi
·         Menurunkan berat badan
 1.2. Fasa berpantang
·          Fasa sebelum bersalin
·         Fasa 44 hari
·         Fasa 44 hari hingga 100 hari
·          Fasa 100 hari dan seterusnya
·         Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
·         Tip untuk ibu/wanita hamil
·         Tip untuk bapa
·         Panduan  selesai proses bersalin

Baca lagi dalam ebook panduang lengkap 44 hari berpantang. Pre order RM30
pn.masayu@gmail.com
terbit secara rasmi 15.12.2013

Thursday, November 21, 2013

Saya teruja mahu bekerja dari rumah, namun komitmen yang ada membuatkan saya belum berani tanggung risiko Puan AF

Assalamualaikum w.b.t

Puan maaf sekiranya mesej ini menganggu. Saya hanya seorang 'silent reade' yang selalu mengikuti 'update status' dari Puan dan pernah membeli Mingguan Wanita untuk membaca nukilan Puan. Entah kuasa apa yang mendorong saya untuk menulis mesej ini. Ada kalanya memang saya teruja untuk menjadi suri yang bekerja dari rumah, namun komitmen untuk membayat hutang dan tangungjawab pada ibu dan bapa serta anak menghalang keinginan untuk mencuba, walhal saya tahu banyak cara untuk mendapatkan wang dari rumah.

Cumanya, saya sangat-sangat takut dan tidak berani untuk mengambil risiko. Setiap hari hati saya meruntun dan menggelodak, memprotes tanggungjawab untuk pergi kerja, tetapi saya tidak mampu menurut kata hati saya. Hati saya dilanda emosi setiap hari melihat sepasang mata anak saya yang kesayuan ditinggalkan di nurseri.

Tuntutan kerja membuatkan saya kerap balik lewat malam, cuma ada masa beberapa minit untuk bermain dengan anak kerana saya sendiri keletihan, ditambah pula dengan tekanan pihak atasan di pejabat membuatkan saya tekanan setiap hari.

Saya sekadar meluah emosi, kerana perlukan nasihat. Apa yang perlu saya lakukan? Maaf sekali lagi kerana menganggu tugasan harian, saya ucapkan ribuan terima kaish atas kesudian membaca pm saya ini. Jazakallah

Puan F

Ini jawapan saya





Inspirasi super wahm super mom


http://studiokenaria.blogspot.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html

Inspirasi Super Wahm, Super Mom

Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.

Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.

Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM

Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.

"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013


Miliki naskah ini, bayar RM25 sahaja http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
pn.masayu@gmail.com


Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut.

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.

Apa tugas kita di sini dan manfaat di sana

Teks: Masayu Ahmad

Pagi ini mengiringi pemergian dijemput Ilahi, sekitar ham 10.35 semalam, arwah Hajah Zalmah Mahusin, Pengarah Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bekas majikan dan juga  saya pernah bertugas di bawah arahan beliau. Pagi ini tidak dapat tidak, saya merasakan satu perasaan sayu dan sedih.

Arwah yang saya kenali seorang tegas dan telus. Tegas dalam tugasnya dan ada hemah diri dalam dalam menjalankan tugasa. Arwah antara tulang belakang atau salah seorang wanita besi yang menggerakkan AIM. Juga barisan awal yang memegang tugas dan amanah menjejaki isi rumah miskin di Malaysia di luar bandar. Dulu dengan segala kepayahan dan segalanya perlu dilakukan secara tradisi iaitu manual menjejaki wanita-wanita luar bandar yang berada dalam taraf miskin tegar.

Dengan usaha membawa memberi, memberi bimbingan, modal berterusan dan juga program keusahawanan. Hasilnya kini AIM bertapak kukuh ke seluruh Malaysia. AIM mungkin tidak dikenali kurang popular di bandar, tetapi ia cukup terpahat di kalangan masyarakat luar bandar. Ia bukan organisasi berasaskan keuntungan, namun berpaksi kepada modal sosial. Ramai yang sudah berjaya dan keluar dari kepompong miskin tegar. Alaf baru ini AIM, juga sudah bergerak di bandar-bandar di bawah satu skim mikro bandar.

Saya berkesempatan menimba pengalaman bekerja lebih kurang 5 tahun sebagai Pegawai Penerbitan, justeru banyak yang saya belajar dan menjejaki usahawan wanita luar bandar ini. Kisah-kisah kejayaan mereka saya jejak dan saya satukan dalam jurnal usahawan ikhtiar. Malah penerbitan kisah-kisah ini masih ada tersimpan rapi sebagai rujukan. Banyak saya belajar dari mereka, mereka miskin, mereka tidak punya pendidikan, tidak ada apa-apa kemudahaan. AIM memberikan dimensi baru dalam bentuk program keusahawan berterusan.

Bagi kakitangan dedikasi seperti arwah Hajah Zalmah sudah tentu sudah banyak bakti yang ditabur. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, amin, amin, amin.

Wednesday, November 20, 2013

Panduan 44 Hari Berpantang

Alhamdulillah, cover ebook panduan 44 hari berpantang tradisional dan moden sudah siap. Saya mohon bantuan kalian, mana yang menarik pilihan cover A, B, atau C, bantu saya untuk memilih.

Pre order dibuka RM30 sahaja, bakal terbit secara rasmi 15.12.2013
pn.masayu@gmail.com

Tuesday, November 19, 2013

Sukses dari rumah ;)



Pre order RM30, bayar di sini
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan. Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Bila trend SOHO bermula?
Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan
Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.
Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.

SOHO moden
Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya atau dikenali juga sebagai kedai online sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.
Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.

Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama keluarga.

Manfaat untuk keluarga
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk melakukan banyak kerja serentak.
Mungkin pada satu-satu masa boleh bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.
Kesempatan untuk mengurangkan kos bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.

Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh, pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima atau menerima panggilan bakal pelanggan.

Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima panggilan dan sebagainya.

Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel, tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang tepat.

Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau apa sahaja kegiatan sosial yang lain.
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilanSekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gajiJika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

Pre order RM30, bayar di sini
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
Tawaran tamat 30.11.2013, harga selepas ini RM50. Tempah sekarang 


Hujan lebat, segar bugar, momentum laju berlari


Pesan Allah SWT : "Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa." (Surah Thaha, ayat ke-132).
Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, berusa berdoa dan bertawakal. Apabila dilimpahi rezeki, ia juga amanah dan digunakan ke jalan bermanfaat. Pagi ini suasanan cukup nyaman. Hujan lebat sejak semalam. Saya sukakan suasanan begini, musim tengkujuh yang agak lambat bermula. Alhamdulillah.

Tentunya panjat kesyukuran, walau hujan lebat begini aktiviti mencari rezeki dipermudahkan. Kini, suri seperti saya seperti kalian yang sudah menyarung jersi surirumah, wahm atau soho sudah tentu dapat menikmati saat begini.

Tidak perlu keluar rumah, tidak perlu berpanasa dan berhujan. Alhamdulillah. Kita boleh teruskan daya juang di rumah, anak-anak masih di depan mata.

Sekejapan lagi mahu, memasak sarapan, nasi goreng kampung, keropok dan teh o panas. Pagi ini juga saya ada temujanji, mungkin sekitar jam 10. pagi baru keluar rumah. Insya-Allah.

Ok, baik pendaftaran kelas online kami masih berjalan rancak seperti biasa. Boleh lihat senarai kelas yang ditawarkan dan harga yuran di sini.

Juga pakej promosi ebook bekerja di rumah masih berlangsung, Rm100 untuk 3 ebook harga sebenar RM150, ada masa berbaki 10 hari sahaja lagi untuk tawarannya ini ya. Harga selepas ini RM150. ;)

Sunday, November 17, 2013

Jangan gagal, rancang strategi sebagai wahm yang sukses

Tahun pertama hingga tahun ke tiga, antara tahun getir sekiranya tidak ada persediaan asas bekerja dari rumah, berkenalan dengan tiga wanita hebat ini sudah melepasti 3 tahun dan mereka kini sudah selesa dengan masa 'fleksibel' namun kesibukan yang terurus.

Dalam pelbagai siri temuramah, antara kegagalan awal suri bergelar wahm, soho adalah kerana mereka tidak fokus, tidak fokus untuk konsisten dan juga tidak fokus dengan bidang yang dipilih.

Keliru dan mahu menjual pelbagai barang sebagai percubaan dan tidak tahu mengenalpasti ada bidang yang harus diterokai dan siapa mentor dalam bidang tersebut.

Ini antara perkongsian.
Apa yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini.
Saya rasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang “flexible”. Saya boleh berada dirumah bersama kedua-dua anak saya secara ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan perniagaan sediada.

Bila mana saya rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum hantar semula ke pusat asuhan.

Selepas melahirkan anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. ( “booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan semangat kental mereka di dalam perniagaan.

Saya kemudiannya telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah dan tidak mahu ke sekolah lagi. 

Suami sangat menyokong saya untuk terus berada dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat “online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di depan mata.  Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.
Perkongsian Puan S, boleh baca lagi dalam ebook 101 idea home-based bisnes

Ini pula
Apakah momentum dan strategi yang digunakan untuk kekal bekerja dari rumah.
Walaupun saya kini mengusahakan bisnes yang mempunyai outlet, saya kekal bekerja dari rumah sahaja dan insyaAllah akan kekal begitu. Untuk itu, saya memastikan bisnes ini mempunyai 3 perkara agar tidak bergantung kepada saya untuk berada di lokasi sentiasa:
- SOP (standard operation procedure)
- Pekerja yang mahir dan integrity tinggi
- komunikasi yang jelas dan baik antara semua pihak terlibat
Jangan takut untuk memberikan tanggungjawab dan kuasa kepada pekerja yang sepatutnya. Agar beban kerja anda berkurangan dan lebih banyak dapat dicapai dengan sinergi tenaga ramai orang berbanding hanya kita sahaja. Dengan adanya 3 perkara di atas, insyaAllah bisnes ini tidak bergantung kepada saya untuk beroperasi.
Untuk saya pula, saya kini mempunyai masa bekerja yang jelas walaupun fleksibel.

Saya peruntukkan kerja-kerja ‘berat’ yang memerlukan fokus, strategi dan pemikiran pada masa yang paling optimum untuk saya – selepas tengah malam. Siang hari saya memantau progress bisnes melalui komunikasi dengan staff dan pelanggan menerusi mobile application seperti fanpage, whatsapp, kakao talk etc sambil menguruskan rumah dan anak-anak. Malam, selepas anak tidur adalah masa untuk saya mengemas rumah dan berehat. Selalunya saya akan tidur sebentar dan bangun selepas beberapa jam untuk fokus kepada urusan bisnes pula. Setakat ini, pembahagian masa sebegini tidak membebankan saya dan dapat memberikan momentum harian yang sangat diperlukan. Namun, saya sangat fleksible dan bersedia untuk mengubah rutin ini mengikut keadaan dan permintaan keluarga dan bisnes. Inilah kecantikan bekerja dari rumah. 

Berkenalan dengan puan Khairina Yaacob, puan Suhaila Mybargainz Shop dan puan Wani Hamidmereka punya inspirasi yang tersendiri dalam bidang masing-masing. Walaupun dalam bidang yang sudah ada ramai pemain, namun rezeki itu adalah hak 'Allah' kepada sesiapa yang berusaha luar biasa.

Baca lagi dalam naskah ini http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

Saturday, November 16, 2013

Fokus dan konsisten antara resepi kejayaan wahm

Apa yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini.
Saya rasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang “flexible”. Saya boleh berada dirumah bersama kedua-dua anak saya secara ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan perniagaan sediada. 

Bila mana saya rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum hantar semula ke pusat asuhan.

Selepas melahirkan anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. ( “booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan semangat kental mereka di dalam perniagaan.

Saya kemudiannya telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah dan tidak mahu ke sekolah lagi. Suami sangat menyokong saya untuk terus berada dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat “online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di depan mata.  Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.
Sumber: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/


Kami menerima pendaftaran kelas online setiap hari.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin