Sunday, June 24, 2012

Tinggalkan anak di rumah-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad



Ramadhan sudah tidak lama lagi, jadi untuk bulan puasa, saya singkatkan masa di luar rumah, hanya 6 jam sahaja. Selebihnya banyakkan masa di rumah. Semalam Aiman demam, hari ini beransur kebah, sebelum keluar tadi saya carikan Aiman nasi kapit dan sate.

Sudah mahu makan. Aiman hari ini tidak ke sekolah. Jadi tinggal sahaja di rumah dengan atuk.

Tips tinggalkan anak di rumah- untuk wahm & soho

1. Ketika masih tinggal di Kuala Lumpur dahulu, saya tinggalkan mereka dengan jiran sebelah atau di taska. Tanya berapa jam dan kesesuaian bayaran mengikut persetujuan pengasuh dan penjaga taska.

2. Sediakan peralatan, pakaian dan makanan yang secukupnya.

3. Kini lebih baik, kerana berada dengan mok dan atuk, pastikan dahulu anak-anak sudah dimandikan dan ada makanan, mainan, buku-buku yang cukup bersama mereka.

4. Jika waktu-waktu tertentu, saya tinggalkan Arissa bersama pengasuh untuk separuh hari, agar mok dapat berehat. Jika benar-benar darurat baru saya tinggalkan.

5. Pastikan anak-anak sudah kenyang.

6. Tetapkan masa berapa jam berada di luar, dan gunakan masa sebaik mungkin dan balik awal jika kerja atau urusan dapat disiapkan awal waktu.

Salam kasih sayang

Beli belah banyak pilihan buku motivasi, agama, bisnes, bacaan awal untuk kanak-kanak. Jemput singgah di

http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/ atau di sinihttp://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

saya sedang memasukan lebih banyak buku yang pastinya bermanfaat untuk dibaca


http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/jika-ingin-cepat-kaya-perbanyakkan.html


http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/2012/06/jika-ingin-cepat-kaya-perbanyakkan.html

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin