Sunday, June 17, 2012

Percuma, berbayar, ilmu dan mentor-inspirasi

Salam kasih sayang


Sudah jam 2.14, alhamdulillah atas dipermudahkan urusan hari ini  saya mahu kongsi, apa yang sudah dikongsi di facebook, mahu disiar dan disimpan di sini, agar kita dapat ambil pengajaran dan ilmu.


Dapat kita lihat, orang yang berjaya, tidak malas, tidak putus asa dan sentiasa belajar dan belajar. Insya-Allah Jumaat ini jika tidak ada aral saya akan hadir untuk sesi bersama DAO. Sudah lama untuk pergi, ada sahaja halangan.


Juga saya suka dan mahu mencerap lebih banyak ilmu yang positif daripada sesiapa sahaja yang sudah sukses, dan tidak sombong. Apa yang lagi penting dapat saya kongsikan nanti di sini juga untuk kalian.












Sumber:http://www.facebook.com/AlumniDrAzizan/posts/10150857116851091
Macamana pemikiran negatif saya mula berubah? 

Dulu, saya benci masuk seminar dan saya rasa seminar ni semua tipu dan skema. Pada awal tahun 2001, saya hadir satu talk percuma oleh seorang lelaki dan usahawan namanya Roger Kinopasek dari Singapura. Dia berkongsi tentang pengalaman hidup dia daripada bankrap beberapa kali dan jadi jutawan dalam bisnes construction dalam masa yg pantas selepas belajar drpd kesilapan dia dan bagaimana saya pun boleh ubah hidup saya dgn belajar dari kesilapan dia yang bernilai jutaan ringgit, masa tu dia mempromosikan program lanjutan 3-hari dia yang berharga RM5k lebih. Saya sangat sangat sangat nak masuk kelas advanced tu tapi mana saya ada duit masa tu. Hidup saya ibarat baru baru lepas "kena langgar trellar", banyak hutang, nama blacklist dan saya sangat sedih masa tu tapi saya nekad utk ubah juga hidup saya. 

Saya guna walaupun sedikit teknik yg dia ajar masa tu dan dalam masa 8 bulan, saya berjaya bina perniagaan saya dalam bidang pengiklanan dan pemasaran projek pertama saya ialah HSBC, kemudian Standard Chartered. Tp bila saya dah ada duit utk masuk kelas advanced tersebut, kelas tu dah tak ada. Saya teruskan bisnes saya dan bermula hari tu saya nekad utk berniaga dan pada masa yg sama sentiasa cari jalan dan masa utk belajar dan menuntut ilmu utk meningkatkan ilmu serta pengalaman diri saya dan nilai diri saya. Dalam masa 7 tahun, saya berjaya membina satu organisasi perniagaan yg besar di Malaysia dengan projek-projek seperti TM, TMNet (Masa tu), Digi, Celcom, WWF dan lain-lain dibawah naungan prinsipal saya sehinggalah saya meninggalkan organisasi tersebut utk bina empayar perniagaan saya sendiri pada tahun 2008. 




                                                  Promosi Pra Ramadhan, hanya RM100
Klik di sini untuk tempahan dan pembelian,


Dan alhamdulillah hari ini selepas 4 tahun dibawah Richworks Group of Companies, kami mempunyai syarikat agensi pengiklanan saya sendiri yg berdaftar utk iklan tv, radio, akhbar dan majalah, saya mempunyai syarikat pengurusan korporat yang menguruskan pendaftaran syarikat, pendaftaran trademark/ pattern, akaun & percukaian, event management, training & coaching business, design house, IT & Online business, properties, call center, beauty & wellness business dalam & antarabangsa serta investment holdings. 

So, jika ada orang kata, orang kaya yang kaya mana ada masuk seminar dan belajar, saya nak beritahu yang sebab tu hidup anda tetap sama dan "biasa-biasa". Takkan nak tunggu abang billionnaire Tan Sri Syed Mokhtar datang rumah nak ajar bagaimana nak dapat projek-projek kerajaan? Takkan nak tunggu abang Vincent Tan datang rumah ajar bagaimana nak buat bisnes francais? Takkan nak tunggu abang YTL datang rumah ajar bagaimana nak dapat projek Bakun? Atau tunggu abang Bill Gates datang dapur tunjuk rahsia perniagaan dia? Mereka berjaya dengan cara mereka, kita bina cara kita ikut cara atau formula yang telah terbukti berjaya. 

Sebab tu, saya memang belajar dan gunakan ilmu yang saya belajar dari seminar-seminar yang saya hadir dari mereka yang sudi nak ajar dan terbukti telah sangat sangat sangat berjaya! Saya adalah student yang bagus yang hadir kelas di Malaysia sehingga Australia, US, Singapore dan South Afrika. Saya belajar dari world best guru seperti Bob Proctor, Brian Tracy, Harv Eker, Robert Kiyosaki, Tony Robbins, Terry Winchester dan ramai lagi, saya juga ambil masa utk berguru serta menuntut ilmu dari mursyid dan guru2 agama serta kerohanian yg hebat. 

Siapa kata menuntut ilmu tu membazir sebenarnya memang membazirlah hidup mrk. 

Hari ni, selain dari menguruskan bisnes, saya banyak beri masa utk share ilmu dan pengalaman saya. Kerana saya tahu, ramai yg dah billionnaire pun tak ada masa nak share dengan orang lain bagaimana mereka membina perniagaan mrk, anda hanya jumpa org seperti Tony Fernandes, Richard Branson, Prof Muhaya yg ada kerjaya mrk sendiri tapi beri sedikit masa utk share rahsia kejayaan mrk dan prinsip hidup mrk. Apatah lagi ilmu berniaga. Saya invest banyak untuk ilmu tetap saya dapat lebih berjuta kali ganda menggunakan ilmu tersebut. Cuba tanya diri sendiri, ko ada? Ko ada sikap macam tu? Sentiasa nak perbaiki diri sendiri? 

Sebab tu, bagi yg belum pernah hadir free talk saya, cuba baca di marketingpower.com.my, bacalah kisah jatuh bangun mrk yg dah hadir seminar saya dan belajar sesuatu dari mereka. Dan jika nak hadir untuk tengok sendiri apa yang bagus sangat tentang klinik usahawan saya, hadirlah free, daftar di marketingpower.com.my. Sedikit ilmu yg anda amalkan, mungkin merubah hidup anda dan keturunan anda selama-lamanya! Hidup saya berubah menjadi positif kerana ilmu dan syukur kerana Allah swt menunjukkan jalan. Orang Melayu akan terus layu tanpa ilmu di dada dan pemikiran yang betul diminda serta iman yang kuat dihati! -DAO-

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin