Saturday, June 30, 2012

Bersedia dengan apa sahaja kemungkinan

Teks: Masayu Ahmad

"Mok doh nok meninggal," kata Hakim pada saya.

"Ish, siapa cakap?" Tanya saya.

"Tadi mok cakap kat abang." Jawab anak kecil jujur.

Menderu perasaan sedih dalam hati

"Tak baik abang cakap macam itu. Doakan mok sihat dan panjang umur,"kata saya lagi.

Minggu ini mertua kurang sihat, tiga hari kami di Langkawi tidak dikhabarkan. Aduhai, aduhai, itulah orang tua, tidak mahu menyatakan dan kita dibuat rasa serba salah. Semalam dibawa ke klinik, sendi bawah pada lutut berpunca dari saraf. Saya tidak bertanya lanjut, tetapi mendoakan yang baik-baik sahaja.

Selalunya, dia rajin menyediakan sarapan pagi. Saya akur dengan kerajinannya memaak, walau sakit belakang, walau sakit itu dan ini. Dia buat dengan sabar dan istiqamah. Mana mahu cari lagi contoh yang baik di depan mata. Jadi, saya perlu lihat dan cermin diri, perlu lebih rajin dan lebih sabar.

Moganya, Allah beri kesihatan yang baik untuk saya. Kesihatan yang baik, agar dapat menguruskan segalanya dengan baik, dengan hati ikhlas. Moganya Allah beri kesihatan yang baik buat mertua, asalkan selera makannya ok, itu sudah baik untuk saya.

Bersambung

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin