Saturday, June 2, 2012

Melepas lelah



Teks: Masayu Ahmad

29, 30,31, 1 Julai 2012 dapat sekejap keluar mengambil angin luar. Ketika Kota Bharu mengalami kesesakan jalan raya, kami sekeluarga menjejaki Kuala Lumpur. Lebih kurang 1 tahun enam bulan, kami sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Tempoh itu juga bersamaan usia Arissa.

Bertolak awal pagi jam 9 pagi dan sampai malam hari. Usai sampai di penginapan Hotel Quality, ia berada di zon bandaraya Kuala Lumpur. Malam hari tidak ke mana sekadar melepaskan penat.

Jendela kamar memperlihatkan panaroma Kuala Lumpur waktu malam. Quality Hotel ini banyak juga terpalit catatan wartawan muda ketika dahulu. Ketika saya mulai berhijrah dari Penang dan mula mencari pengalamar kerja di kota metropolitan. Majlis pelancaran, minggu setiausaha adalah contoh aktiviti tahunan di hotel ini. Saya seringkali singgah atas dasar tugasan sebagai wartawan.

Kini, kembali dengan anak empat, dan selepas setahun sudah, rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Wajah malam kota raya, saya lihat dan cerna dari kaca mata penulis.

Walau malam sudah berlabuh, anak kota masih gigih bekerja. Ada yang baru bergerak pulang, ada yang menjadikan malam sumber pencarian.

Kenderaan bergerak perlahan di pelbagai arah, itu sudah rutin, jalan sesak waktu pagi dan menjelang petang hingga ke malam. Saya memang tidak suka jalana raya sesak, mungkin kalian juga setuju dengan saya juga.

Namun, jika tidak ada pilihan terperangkap dalam kesesakan itu perlu diharungi juga demi kelangsungan kehidupan.

Raih rezeki di bumi bertuah

Apabila melihat wajah-wajah asing yang kian ramai di Kuala Lumpur, muka sepet, warna kulit gelap, hidung mancung dan berbagai rupa dan bangsa lagi. Lihat pula pada papan tanda kedai makan, restoran bakso, nasi beriyani, itu sudah cukup menggambarkan ramainya pendatang berizin dan tanpa izin meraih rezeki di bumi bertuah.

Meriah pula dengan acara beli belah di sogo dan Jalan Tar. Berbondong-bondong warga kita menghabis wang di dompet. Belanja dan belanja dengan meriah.

Kita yang berbelanja, warga luar yang kaya.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin