Teks: Masayu Ahmad
Siapa yang layak
Salam kasih dan sayang, pada petang Jumaat yang mulia. Menu
istimewa hari ini sup tulang, kerabu nangka, ikan kering dan manisan serawa
durian dimakan bersama roti.
Banyak betul perkara yang mahu dikongsi. Pada masa saya
membasuh pinggan mangkuk, melantun-lantun bergayutan di kepala. Sekarang
tinggalkan sebentar tulang yang masih ada atas api, tunggu empuk dahulu sebelum
dijadikan sup.
Orang yang layak
Banyak yang saya salami dan ambil iktibar, apabila membaca
kisah-kisah kejayaan usahawan yang berjaya. Dalam apa bidang sekalipun, mereka
ini terus-terusan suka berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Ia menjadi
darah daging dan tidak pula berhenti di tengah jalan, selain meneruskan
perjuangan.
Selesai satu ujian, mereka akan alami satau ujian pula. Pada
ujian halangan seterusnya menjadikan mereka lebih kreatif dan lebih tegar.
Itulah antara yang saya sebut dalam entri yang lepas, selepas kita menemui satu
kunci, kita akan mendapat kunci yang baru. Kemudian apabila berada di puncak,
sudah mencapai matlamat, kita akan membaling kunci itu kepada meraka yang lain.
Mereka yang sedang mendaki dan menyelesaikan kunci demi kunci.
Sedia berkongsi
Orang kaya yang sebenar juga, suka berkongsi. Berkongsi cara
atau panduan yang dilalui sebelumnya, kepada mereka yang ingin berjaya
sepertinya. Dia tidak kedekut ilmu, malah berkongsi dan memanfaatkan apa ilmu
sedia ada dan pada masa yang saya masih meneruskan perjuangan sehinggalah tamat
garisan dan beralih ke alam lain.
No comments:
Post a Comment