Sunday, June 3, 2012

Peluang di mana-mana

Teks: Masayu Ahmad

Sudah petang, jam sekatang 6.31 jadi saya marathon sekejap menyiapkan entri ini, sambungan cerita di Kuala Lumpur lagi. Sebabnya ada dicatat pada aktiviti ke ICT, jadi pergi sahajalah sambil bawa kanak-kanak riang. Saya  tidaklah teruja sangat, tetapi memandangkan ada peluang, maka pergi juga.

Pernah juga melihat aksi atau rakaman foto teman-teman di fb. Jadi apabila sampai di sana, oh, inilah lokasi ict...;D

Ia satu lokasi untuk warga kota dan orang luar mungkin untuk datang melihat pelbagai replikan yang sudah di inovasi, pada malam hari gabungan pelbagai bentuk, bunga, binatang yang dihiaskan dipancarkan dengan cahaya warna warni lampu.

Memang meriah suasana malam. Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat, ambil juga rakaman bersama kanak-kanak riang.

Selain ada lip-lip lampu warna warni pada replika ada juga snowalk, ada maklumat di sini
http://ezany-kun.com/snowalk-i-city-shah-alam-gambar/

Peluang di mana-mana

Ok, apa yang saya lihat, ada ramai pendatang yang menjual mainan yang berlampu dalam pelbagai corak. Awalnya hanya seorang dua berkeliaran. Satu harganya RM5, jadi bayangkan setiap malam di jual 50 atau 100. Lumayan juga.

Mereka bawa barang jualan ini dalam guni atau plastik besar, dan kemudiannya ada hamparan dan diatur. Selepas sejam berada di situ, semakin ramai yang berjualan. Pandai betul mereka mengambil peluang. Mungkin siang hari kerja lain, malam hari berjualan seperti ini pula.

Bersambung

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin