Teks: Masayu Ahmad
Bersiaran secara langsung, terus dari Langkawi ;D. Hari ini teruskan rutin bekerja seperti biasa dalam suasana berbeza. Banyak yang perlu diselesaikan, insya-allah lebih banyak buku akan mula dimuat naik di dalam kedai buku online.
Bagi yang baru bergelar wahm terdapat beberapa isu yang akan mula mereka keliru, atau situasi berikut
1. Setelah beberapa bulan berada di rumah, sudah mula berasa bosan. Tidak ada kawan untuk berjimba-jimba.
2. Rasa putus asa kerana tidak dapat menjana kewangan.
3. Semangat turun dan naik, ada waktu rasa seronok ada waktu rasa kecewa.
Jawapan saya
1. Sangat penting untuk kita menetapkan matlamat asal berada di rumah. Matlamat untuk menjaga keluarga dan pada masa yang sama masih dapat menjana pendapatan. Tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa.
Memang ya, jika kalian tidak pandai atau kreatif menikmati suasana baru, akan mudah bosan. Jadi libatkan diri dalam kumpulan usahawan, jejaki kumpulan dalam bidang yang sama, bina persahabatan dalam bisnes dan wujudkan lebih banyak ruang untuk hadir seminar ilmu percuma atau berbayar. Jika ada wang lebih, pilih hari-hari tertentu untuk terapi diri merawat diri di spa, sertai kelas aerobik dan sebagainya. Apa yang penting jangan tepu dalam rutin yang sama.
2. Rasa putus asa apabila anda tidak dapat menjana wang sebagaimana orang lain. Jalan paling selamat ialah jangan berhenti kerja dahulu, sehingga ada sudah merancang dengan teliti, sudah ada bisnes yang dijalan secara sambilan.
Bersambung, Arissa sudah gigit paha saya, mahu menyusu dahulu ;P
No comments:
Post a Comment