Thursday, May 24, 2012

Wanita super



Nahdi Guest House, hanya lima minit ke Wakaf Che Yeh penginapan selesa untuk keluarga, klik link di bawah untuk menempah.
Sumber: http://www.xpresszoom.com/nahdiguesthouse
Teks: Masayu Ahmad

Salam Jumaat yang berkat, hari ini sudah bermula cuti persekolahan bagi negeri Pantai Timur. Arif masih lena tidur. Hakim sudah mula buka buka sekolah. Pesan saya, kalau abang mahu berjimba-jimba, seronok bercuti selesaikan sekarang sebelum kita bertolak.

"Hakim mahu bawa beg bersama, boleh," jawab Hakim.

"Tak boleh, abang kena siapkan juga." Arah ibu lagi.

Tetapi pagi ini, dia bangun dan sudah mulakan aktiviti menyiapkan kerja sekolah. Saya tak boleh agaknya membantu Hakim, cepat rasa mahu marah. Aduhai, ayahnya lebih bagus dari saya. Itulah wajarnya saya tidak boleh bergelar guru.

"Ibu, pening tak boleh nak siap," alasannya lagi. Alasan terbaru, tetapi di tangan masih lagi pegang pen dan buku.

"Buatlah cepat,"

"Aduh, aduh," eh tiba-tiba pening. Banyak pula ragamnya.

"Ibu juga banyak kerja sekolah, perlu siapkan. Kalau kita berdua tak siapkan, nampaknya kita tak payah pergi."

"Tak apa ibu, abang bawa beg, abang tidur aje, nanti abang tak payah mandi," alasan Hakim lagi.

Saya meneruskan aktiviti, sambil sekali sekala menjeling anak bujang yang masih terkebil-kebil dengan kerja sekolah. Sekejap minum air, sekejap tarik nafas. Ish, ish Hakim, macam-macam.

Sebentar kemudian, datang pula Aiman.

"Nak upin dan ipin," sudah mula merengek-rengek.

"Kejap Aiman, ibu nak siapkan kerja,"

Akan berterusan lah begitu sehingga dia dapat.

Tips wahm & soho

1. Mahu atau tidak kita memang berkongsi masa dengan anak-anak.

2. Antara cabaran apabila anak-anak mencuri perhatian dan mula menjadi gangguan untuk fokus dan selesaikan kerja.

3. Sangat penting bagi kita sebagai ibu, menangani keadaan ini dengan rasional.

4. Boleh sediakan permainan, buku barau atau sebagainya untuk menarik perhatian.

5. Paling ketara apabila anak-anak suka menggunkan 'barang yang sama'apabila ibu mereka bekerja. Jadi kreatif menyelesaikan masalah ini. Mempunyai dua komputer juga membantu.

6. Anak-anak suka berada di persekitaran kerja. Jadi wujudkan ruang dan suasana agar anak-anak boleh melakukan aktiviti sambil ibu mereka bekerja.

7. Jika sudah tidak sabar dan anak-anak semakin menarik perhatian. Berhenti sebentar dan ambil masa untuk fokus melayan kehendak anak-anak. Kembali kepada matlamat asal untuk seimbangkan kerja dan rumahtangga. Pilihan di tangan kita, jadi biar fleksibel mengikut masa dan kerja.



Jemput singgah

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Saya sudah memiliki masa fleksibel bersama keluarga, semua informasi ada dalam ebook ini, langkah-demi langkah merancang bekerja dari rumah, atau memiliki soho, untuk membeli klik www.janawangdirumah.com

Jualan harga promosi buku Jana RM Dari Rumah RM12.75 sahaja (harga sebenar RM15. Beli di sini melalui Karangkraf Mall


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581











No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin