Sunday, May 27, 2012

super mama

Teks: Masayu Ahmad

Masih lagi dalam mood mengemas rumah dan pakaian untuk dibawa.

Timbunan ini boleh jadi satu terapi dan juga rutin. Rutin apabila ia, perlu diselesaikan setiap hari, terapi apabila ia sudah kosong dan sudah berlipat cantik seperti di bawah.


Contoh di atas bagaiman kita melihat masalah sebagai satu terapi. Maksudnya kita tidak suka melihat pakaian yang kotor, banyak dan tidak terurus. Mahu atau tidak kita perlu menyeleaikannya. Jadi perlu beberapa cara agar terapi ini kekal sebagai rutin yang seronok.


Tips kekalkan motivasi urus pakaian.

1. Sebagai suri rumah dan mereka yang bekerja di rumah, inilah masanya untuk kita tambah 'pendapatan pasif' kita. Selalu sangat kita dengar kerja rumah yang tidak pernah habis. Selerak sahaja kemas balik, sudah masak pagi, perlu memasak untuk tengahari dan malam pula. Begitulah seterusnya sehingga anak-anak membesar dan kita sudah meniti tua. Allah memang sayang kita, selalu diberikan 'upah yang tidak nampak', asalkan kita ikhlas menyelesaikannya, pasti pendapatan pasif ini akan membantu kita pada satu masa kelak.
Kalau urus pakaian 1 kali sahaja seminggu, atau sekali sahaja seumur hidup kan rugi. Jadi kembali bersyukur kerana kita ada perkara yang boleh kita urus dan tambah pendapatan pasif.

2. Bagi yang bekerja atau menguruskan bisnes. Jika ada lebihan wang mungkin boleh menghantar sahaja ke dobi. Pilihan hantar ke dobi, hanya untuk pakaian yang tertentu sahaja. Contoh pakaian seminggu anak sekolah dan pakaian kerja. Jadi masa untuk uruskan ini boleh digantikan dengan perkara yang lebih baik, ada lebih masa untuk anak-anak, atau masak masakan kegemaran mereka. Kita tolak 1, kita tambah 1 yang lain.

3. Apa yang penting, kerjasama.

Agihkan kepada suami urus pakaian, manakala melipat dan mengosok dan mengemas untuk isteri. Perlu cari imbangan dalam tugas rumah tangga, agar isteri bahagia suami gembira dan anak-anak terjaga.


Salam kasih sayang jemput singgah di sini:


Saya sudah memiliki masa fleksibel bersama keluarga, semua informasi ada dalam ebook ini, langkah-demi langkah merancang bekerja dari rumah, atau memiliki soho, untuk membeli klikwww.janawangdirumah.com

Jualan harga promosi buku Jana RM Dari Rumah RM12.75 sahaja (harga sebenar RM15. Beli di sini melalui Karangkraf Mall
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Terima kasih buat nelcyndana-pemilik web jualan ini
Nanti saya kongsi apa produk yang dijual oleh beliau. Kalian boleh singgah dahulu ke sana.


Teman ke mana jua...


 Terbitan : Oasis Books Sdn. Bhd. (Grup Buku Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd)
Bilangan mukasurat : 236

Buku ini ditulis oleh Puan Masayu Ahmad berdasarkan kajian dan pengalaman beliau sendiri sebagai penulis sepenuh masa yang bekerja dari rumah. Buku ini beliau bahagikan kepada beberapa bahagian penting bagi mengupas secara terperinci setiap isu penting berkaitan bekerja dari rumah. Berikut adalah antara isu-isu penting yang dibincangkan oleh beliau :-

Mengapa mahu bekerja dari rumah dan apa kelebihannya

Persediaan yang perlu dari aspek kewangan, fizikal dan mental

Pilihan kerjaya dan bisnes dari rumah

Persediaan bekerja dari rumah

Pengurusan masa dan cabaran bekerja dari rumah

Motivasi untuk bisnes dan sukses

Rancangan dan pengurusan bisnes di rumah, pelan pemasaran dan pengurusan kewangan

Lebih menarik lagi, penulis juga memberi beberapa contoh situasi dan pengalaman sebenar beberapa tokoh wanita yang berjaya bekerja dari rumah. Antaranya ialah pengasas forum wanitamelayu.com . Sumber inspirasi positif.

Secara peribadi nelcy menjadikan buku ini sebagai panduan penting dalam usaha membentuk kerjaya dari rumah. Terutama sekali dari aspek pengurusan dan pembahagian masa untuk keluarga dan kerjaya. Cabaran bekerja dari rumah ternyata sama sekali berbeza dari bekerja sepenuh masa di luar. Oleh itu ia memerlukan manual tatacara kerja yang berbeza dan khusus untuknya.

Pendapat nelcy, Buku ini wajib dibaca bagi mereka yang merancang dan bercita-cita untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya dan dengan harganya yang berpatutan, ia suatu pelaburan bijak.




No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin